.

seposen untuk Porsche

Tuesday, October 27, 2009

nangis...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/27/2009 04:03:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

minggu yang agak tekanan bagi sumer pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan minggu depan
menatap nota2 yang agak berhabuk macam barangan lama yang berharga
saye rasa nak menangis
agak tertekan sebab cuai+lalai infiniti
dah nak pekse pun tak sedar2 lagi
mak call
mak pesan
'study..study..study..'
mase ni mula la jiweng tu datang
panas mata, mula la nak meleleh
selamat rumet tak perasan few...~
status kengkawan kat facebook ngan yahoo messenger
'study mode', 'busy-study' dan yang seangkatan
wonder
mum always have the power to bring me up
even with just a short and simple phone call

Monday, October 19, 2009

bunyik perut

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/19/2009 07:49:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

hari ni pergi pusat pergigian usm lagi. kali ni untuk tampal gigi plak hehe
ok, mase berbaring2 dalam dakapan doktor gigi pempuan tu
rase ok jek sebab dia buat, memula bace Basmalah
pastu start la bunyik 'ngiiiiiiiuuuu...'(camtu la lebih kurang) kat gigi ku
tapi dia wat slow2
sampai satu tahap
tengah sedap2 dia dok borak ngan assisstant dia sambil menenyeh alat tu kat gigi
tetibe jek gegendang telingaku menangkap bunyi
'krroook'
kat perut doktor tu
aik, tak sarapan ker
spontan dia kata 'sorry'
rase nak gelak tapi tak dapat, tahan je la(^-^)
pastu, ntah camner tapi dapat rase
semakin kuat dia tenyeh alat tu kat gigi aku
NGILUUUUUUU!!!!!
bergenang gak la air mata ni dibuatnye
sakit satu hal
wuuuu...balas dendam ke...(ToT)
tak aci...

Friday, October 16, 2009

tuan thomas masam manis

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/16/2009 03:05:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

'za, pegawai nak jumpe'
ah, mula la ketar lutut sebab buat buku akaun Navy ikut format sendiri, dengan tak betulnya, duit masuk kuar tunggang langgang. almaklumlah, prinsip akaun mase form 3, dah zaman jepun nak suh ingat balik mana larat. malam tadi takleh tido mengenangkan ari ni punye pasal. takut woo, siap bitau lagi 'aku taji jugak kang bendahari ni'. sakit perut+ nak nangis + cuak triple action. gila ah. mati la haku...

pagi tadi, siap baeeek punya memandangkan bliau lelaki, mungkin kalau cun2 skit, kurang la rase nak menaji bendahari ni (-_-!). dah le nak jumpa dia kat Lapang Sasar, buatnye dia jadikan aku sebagai sasaran Stayer atau M16 gara2 buku akaun tu, tak ke naya. last2, aku pegi jugak dengan ketaq2 lutut. orang lain kat Lapang Sasar tu pakai suar, ye la namapun menembak, sesat aku jek pakai baju kurung. perumpamaan dia macam nampak tandas di tengah padang pasir (pelik). tapi Alhamdulillah...dia tak marah pun. wah, tuan thomas, anda memang hensem! (n_n)

lepas tu, pegi kelas then makan-makan kat tesco. kali ni, of course dah pakai cardigan dan jeans kegemaran. terase nak makan nasi. aku pegi kedai yang besenye aku pegi.
'bang, nak...nasi goreng ayam masam manis'
order baik punya dengan sora lunak
abang tukang amik order geleng2 kapla. pe hal?
'ayam masam manis tadak' dalam loghat penang pekat
jelas wajah keciwa tak terbendung (ToT), aku tengok menu lagi
'nasi goreng ayam sweetsour ade?' aku tanya lagi
'sweetsour ada!' balas abang tu yakin dan terus amik order
dengan wajah innocent...aku renung jue...yang mula tersengih2
apakah ini..?


balik2 bilik, dapat tau tuan thomas nak jumpe lagi malam ni
BUK! (jatuh pengsan)



akibat kontrol cun...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/16/2009 12:04:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

pagi tadi pergi buat cucian gigi for free kat pusat sejahtera (klinik usm). ngilu bila terkenang2 bunyi benda alah tu. keluar dari bilik, terus cari toilet. tacap2 mne yang penting. then trus melangkah dengan penuh keyakinan keluar dari bangunan tu. sambil jari mula menekan2 punat phone carik lagu2 yang sedap untuk mencairkan lilin telinga dengan tahap desibel yang tinggi.

mata usha2, hmm..ade sorang mamat duduk kat bus stop yang sedang dituju. okeh, mula la kaver2 jalan. even mamat tu chinese, dari belakang BAPAK HENSEM! bibir vibrate ikut lagu, jalan tak pandang bawah, pandang straight je, kepala mendongak sikit (kan dah kata jalan kaver cun) sampai je berhampiran bus stop, ade sorang lagi mamat alim berjalan dengan arah bertentangan.

ntah camner, baek punye cover kontrol cun, tak semena-mena...
"Oooi!"
kakiku hampir2 terjerumus ke dalam longkang, tapi agak tersenget jugak la badan menahan dari jatuh. tapi yang peliknye...
mamat alim tu yang terjerit kecil dan..
dia siap hulurkan tangan kengkunun nak sambut in case tergelincir
dan otometikelli mulutku
"sorry..." dengan malu2 kucing dan terus melangkah untuk duduk kat sebelah mamat chinese tu

pehal lak aku yang cakap 'sori'?! dan pehal lak mamat tu pun same malu2 kucing? warghh!! sungguh ku tak paham.

Tuesday, October 13, 2009

seram sejuk di belakangku

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/13/2009 10:59:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

seronok makan di pizza meneman cik zatil berbuka puasa ganti (hehehe). keluar dari pizza dah pukul 7.45pm and it's already dark. we walk down the road and sampai kat depan pintu pagar USM, both of us looking each other. my my...bus mesti lambat. nak sampai bilik cepat. then, spontan kepala zatil menoleh ke arah jalan belakang masjid, iaitu laluan tasik. laluan tu memang short cut ke desa indah kembara.

ok, laluan tu gelap sangat. waktu malam memang jarang2 and kadang2 je orang guna. eventhough ade lampu jalan, tapi ade beberapa batang je and kat jambatan tu lagi la gelap. i pandang muka zatil
'really?'
zatil balas 'y not?'
hah? tetibe mcflurry cornetto stroberi rase tak sedap di tekak
dulu kan ade kes budak kene ***** kat situ
memang aku pernah lalu kat situ tapi mase tu ramai2,ade 15 orang
kali ni kami berdua
zatil-tali pinggang hitam taekwando
aku-jurus silat wajib je..dan mcflurry stroberi di tangan
anything happen, aku cucuk mata dia pakai sudu mcflurry!

memang keadaan kat situ gelap, lebih2 lagi mendekati jambatan yang memisahkan 2 tasik tu
melepasi jambatan, ade 2 laluan. kami ikut laluan sebelah kiri. dan aku pandang laluan belah kanan. serentak tu jugaklah...aku nampak 1 lembaga melintas kat situ!

Subhanallah! takut ngan tergamam. 1 benda jek terlintas kat fikiran, if lembaga tu orang and cuba nak apa-apakan kami..
secara automatik, kaki melangkah pantas
sampai di kawasan yang cerah,baru rase lega.
few...syukur...dan aku tak menoleh lagi ke kawasan tu
straight jalan sampai ke bilik

Saturday, October 10, 2009

gol pertama

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/10/2009 06:13:00 PM 2 comments
sayatetapsaya betul

wuhuuu!!! hari last training tapi keseronokan yang sungguh melampau-lampau.
kalau david beckham, ronaldo, kaka dan sesapepun...
lawan bola dengan saya
komfem kalah
muahaha!
of course la saye yang kalah
tapi kalau amirul, syukri dan shasa
lawan dengan saye
komfem kalah
mereka kalah!


walaupun team kami ade 4 perempuan
dan team mereka 3 lelaki
okey okey ade 2 orang pemain tambahan group kami (fendi dan safwan)
tapi saye tak sangka
saya....berjaya jaringkan gol
wargh!!!!!

bola tu dengan perlahan bergolek ke gawang
yang hanya ditandakan sepasang kasut bola sepak (sebab pemain lain pakai kasut sukan)
weehoo!

Friday, October 9, 2009

sayangku tersalah send!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/09/2009 01:21:00 AM 0 comments


sayatetapsaya betul




untuk mereka yang kayu tiga tu, silalah carik alasan yang best sikit kalau dah tersalah hantar mesej/emel tu ye. haish, tak bole blah manusia lelaki yang nak hantar mesej kat gf num 1 terhantar kat gf num 3. tolongla create reasonable answer. jangan bagi alasan macam ni!!!

1) tadi member pinjam phone, dia xder kredit nak hantar kat awek dia
-even betul sekalipun, carik alasan lain. kedengaran sungguh tak logik

2) mesej tu untuk mak saya. memang saya panggil mak saya 'sayang/babe/honey/bucuk-bucuk' pun

3) tak perasan saya taip nama awak tadi. awak 'ayu' kan? bukan 'siti'
-demmit!

4) err...awak tengah buat ape ni?
-kaver kesalahan dengan tukar topik

5) mesej/emel salah send. member saye dengki, dia taipkan tadi
-boleh blah!

nak detect kalau mamat tu memang betul2 kaget (cemas+risau sebab tersalah hantar kat awek num 3), dia akan balas mesej tu lambat. sebab nak cari idea kaver kesalahan tadi. beware, girls!
credit to ****** sebab beri idea entri nih



*gambar sekadar illustrasi,takde kene mengena ngan hidup mahupun mati

Sunday, October 4, 2009

umur dan muka

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/04/2009 11:21:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

'cube awak tengok muke awak kat cermin, kan dah ada kedut2 tu'
terus lari ke loker
hmm...tilik2 muka
aish..tak la..
baru 2* tahun, takkan naik kedut
lagipun saye rajin pakai pelembap
kedut susah nampak
terima kasih kawan2 yang menyambut hari lahir saya
wishes, gifts, party...
haha
really love it

selesai sesi menepung tawar mangsa (yang ni pemangsa)

mangsa


mangsa kedua-kesian kak mun kikiki

sebenarnye ada lagi sorang mangsa. tapi mangsa tu harapkan muke je hensem, model, tapi penakut tepung.


ni bliau!


















abah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/04/2009 11:04:00 AM 1 comments
sayatetapsaya betul

semalam memang seronok + penat. saye rasa mengantuk sampai nak menangis. seyes.
ade jamuan hari raya palapes dan kami bedal sate sebanyak mungkin (hehehe cover diri sendiri dengan melibatkan orang lain)
tapi, sewaktu berbaris di hadapan markas untuk balik
pakcik bas yang bertanggungjawab untuk bawak budak transkerian balik
dijemput makan sekali
masa nak masuk ke dalam markas
dia terlanggar pintu
di hadapan lebih kurang 200 lebih pelajar
dan pegawai serta staf
kapten jo tersenyum sedikit, ade yang ketawa
saye....
sedih
'jangan ketawakan dia!'
okay, maybe i take things too serious
tapi...bayangkan
dia seorang ayah, abah
kalau saye lihat ayah saye diketawakan
kerana kejadian seperti itu
saye rasa sedih (menangis for sure)
dia sedang mencari rezeki
untuk anak2
dan tak kisah dimalukan
tapi ade anak2
malu nak mengaku
pekerja seperti itu
ayahnya