.

seposen untuk Porsche

Tuesday, September 25, 2012

Setel

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/25/2012 04:29:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Waduh..hampir-hampir jek weekend aku bakal terkubur bersama perancangan-perancangan vast aku. Peh, mana boleh! Dah la banyak urusan nak setel, nak kira urusan kerja yang tak setel-setel tu, sememangnya tidak akan setel la jawabnya. Harusnya urusan yang boleh disetelkan seperti HIV test, thalasemia test, urusan jemputan dan kad kahwin serta fitting baju perlu diutamakan kerana sudah pasti, ianya akan setel jika disetelkan secepat mungkin!

Nak kira kerja, mengadap kerja 5 hari seminggu pun kerjanya menimbun lagi. Buat tensen aku jek. Elok-elok gi bercuti kengkonon nak hilangkan tensen tapi haprak...sekejap je seronoknya.

Aku dengar-dengar, Sabtu ni ada LDP plak. Hebat beb! Ada je yang aku terpaksa ponteng. Bagi la alasan cirit birit ke ape..janji dapat cuti. Aku nak setelkan urusan aku jugak.

Kalau nak ikutkan akujanji time dapat offer dulu, memang la tak boleh biarkan kepentingan peribadi melebihi tanggungjawab kerja. Gomen buat akujanji pelik-pelik la. Senang citer, takde keluarga yang aman, tenteram cemana la orang nak kerja dengan tenang. Dan tak ada manusia yang perfect kat dunia ni, dapat ikut 100% akujanji tu. Akujanji tu kena rombak balik kot. Biar aku yang rombak. Komfem takkan ada orang mengadu stress dengan keja lagik.

Akujanji!




Monday, September 17, 2012

Legoland

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/17/2012 09:30:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Ok, harga tiket masuk ialah RM140.00 untuk dewasa. Budak mungkin 60++ kot. Murah? Haa...bagi aku mahal la. Kalau keluarga ada 2 orang tua dan anak ada 3 orang...berapa dah tu? Tak ke cecah beratus.


Kat kawasan luar taman tema Legoland ni, ada banyak restoran dan butik...kedai la kot. Ada kedai coklat Fidani, kedai perfume Colours dan jugak butik beg...apa ntah nama dia. Tapi kedai makan a.k.a. restoran banyak la. Macam-macam pilihan. Ekspedisi kali ni, aku ditemani Kak Munirah. Memandangkan kitorang sampai awal around 10 dan Legoland dibuka pukul 12 tengahari, aku jenjalan dulu sambil borak-borak makan froyo. Kawasan ni belum siap 100%. Ada lagi kedai makan tengah renovate. 


Sebelum masuk main, kitorang lunch dulu. Ingatkan nak makan dekat Manhattan, tapi tak bukak lagi. Seperti yang dikatakan, mostly masih renovate. Tapi aku hampa bila ada sesetengah restoran tak halal kat dalam kawasan ni. Bukanlah menidakkan hak, tapi lebih elok kalau diorang hidangkan makanan halal, lagi banyak pilihan orang Islam untuk menjamu selera. Ini tidak, restorang tak halal ada 2 ke 3 bijik kat situ. Haish...


Alas, menjamu selera di El Midos. Tekak aku kena tonsilitis pulak, jadinya aku makan udang je, makaroni tinggal. Sedap, bukan tak sedap. Kuah makaroni tu best, cumanya tekak aku ni sakit nak menelan seberang makanan, waima air liur sekalipun. Jadi aku gigihkan habiskan udang. Sebab udang tu ala-ala half-cook, jadi ia sangat juicy dan kenyal masa aku kunyah.


Dan Aglio Olio untuk Kak Mun. Rasanya balance antara masin, lemak dan pedas.






Then pukul 12 tengahari, berduyun-duyun umat masuk ke Legoland. Memang lego kesemuanya. Dari patung-patung orang, haiwan...kesemuanya lego. Haa bangunan signature pun lego. Siap ada sound effect dan ianya hidup! Maknanya bila kau lalu dekat masjid, serius kau akan dengar azan okeh. Comel jek bila kau tengah tengok KLCC then suddenly, ada komuter lalu kat bawah kaki kau. 

Lepas tu aku dah malas nak ambik gambar dah. Tunggu la aku dapat gambar dari kamera Kak Mun, aku upload. Tapi kan, tengah seseronok aku berjalan-jalan kat situ. Aku tengok orang-orang Islam yang kerja kat situ terlupa ke nak gi semayang Jumaat? Huhu selamba je abang-abang photographer tu jenjalan tangkap gambar orang. Almaklumlah, dah kepalanya omputih kan, keje pun pakai suar pendek paras lutut.

Kitorang main lego, masuk 4D cinema, lepas tu main roller-coaster. Orang lain candid gambar muka excited, mulut terlopong. Tiba aku dengan Kak Mun punya gambar, nampak tudung jek! Hahah memang la, dah memasing takut, menunduk dan pejam mata je la sepanjang atas roller-coaster tu. Lepas tu, turun jek dari game tu memasing mengadu pening-pening ala orang peknen. 

Kalau nak rekomen, aku tak rekomen datang skang la. Aku rekomen datang tahun depan. Sebab buat masa sekarang ni, belum siap sepenuhnya pun. Kawasan pun masih kering-kontang. Tak berapa cantik la. Mungkin tahun depan bila semua dah siap, akan cantik la. Dan masa itu pun, takde la tiket free lagi ye. Huhu

Tuesday, September 11, 2012

Langkawi :: Budget trip

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2012 06:47:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Yeay..Alhamdulillah sudah pun pulang dari holiday. Giler ah boleh plak gua demam dalam bas malam tu perjalanan ke Perlis. Peh, seksa tak payah cakap la. Tapi demi semangat membara, ku gagahi jua untuk sampai ke destinasi pelancongan.

Bertolak dari Pasir Gudang pukul 8.30 malam, tapi bas tu boleh plak pergi Larkin dulu ambik orang. Harga tiket RM 186.70 pergi balik. So dalam pukul 10 jugak la gerak. Pukul 7.30 pagi kitorang sampai kat Shahab Perdana, Kedah. Aku agak-agak komfem sampai Kuala Perlis lambat ni, mesti dalam pukul 10.30 punya. Dah tu nak sampai Langkawi pukul berapa? Tunggu feri lagik. Terus aku utarakan cadangan kat Najmie untuk stop kat Kedah jek.

Najmie pun on. Kitorang turun and terus carik bas ke jeti Kuala Kedah, Kedah. Aku ingatkan aku dah takkan naik lagi bas ting-tong *bunyik loceng bas* ni...rupenye naik jugak. Peh!! Bas dia boleh tahan oldskool. Kalau ikutkan kat tempat aku, bangla ngan jebeng jek yang naik bas camni. Selamat Kedah takde jebeng...kot.

To my surprise, sedap plak naik bas pepagi camtu. Angin sejuk, keter pun tak banyak. Sambil mengenakan Ray Ban Aviator...aku tenggek muka kat tingkap bas. Huu sedap. Ah, bukan ade orang kenal pun. Lama gak nak sampai ke jeti tu, dalam sejam ada kot.

Sampai jeti, dapat tiket feri pukul 10.45. RM 23.00 je harga tiket. Sambil tunggu feri, makan roti canai dulu kat mapley berdekatan. Lepas tu naik feri dalam 2 JAM baru sampai Langkawi. Feri plak so-so je level dia..ade je bebudak kecik nanges. Disebabkan aku noob sangat, terambik tempat orang. Peh, jebeng beb! Tapi Indon kaya la...cakap omputih berabuk dengan aku sebab aku terambik seat dia. Selamat anak bujang die hensem gilos.

Sampai Langkawi...EXCITED beb. Teksi RM 6 je untuk perjalanan dari jeti ke pekan Kuah, tempat hotel 1Baron Langkawi. Disebabkan keletihan, check in lepas tu siap-siap terus g makan. Ada satu tempat makan best kat area Pekan Kuah ni. Restoran makanan Thai berhampiran simpang empat, cornet lot. Konsep fine dining tapi nak ala cart boleh jek.





Gua suggest tempat ni sebab tomyam dia terbaik. Mungkin sebab sebelum ni aku tak pernah makan tomyam dalamnya ada isi ikan merah kot. Tapi tomyam dia memang sedap, lemak dan cukup masam, pedas dan manisnya. Even aku yang demam-demam pun, menghirup jugak kuah tomyamnya. Sekali duduk cecah RM 60 jugak.

Then bermulalah pencarian coklat. Ada banyak kedai-kedai borong coklat kat Pekan Kuah ni. Pilih je la. Aku dengan Najmie masuk dekat Haji Ismail (popular hokeh kedai ni) dengan Langkawi Saga. Ada sesetengah jenis macam Ferrero Collection takde kat Haji Ismail, tapi ada kat Langkawi Saga. Macam Golden Boronia murah kat Haji Ismail, mahal sikit kat Langkawi Saga. Lindt & Sprungli Collection cuma ada kat jeti jek. Macam tu la.

Sepeket RM 21.90
Coklat putihnya tidak terlalu manis macam coklat murahan yang lain, kacang pun banyak. Memang sedap.
Apalah maknanya...

Hasil borongan


Malam tu kitorang kuar lagi. Seriously Pekan Kuah lagi hidup belah malam. Ramai orang kuar jalan-jalan dan beli-belah. Baru nampak muka mat-mat saleh makan minum kat restoran-restoran seafood Cina. Aku sempat la rembat sejenis dua coklat lagi sambil cuci mata. Kitorang carik tempat makan je la. Selamat berdekatan hotel ada satu lagi tempat makan yang memang terbaik. Restoran ni berkonsepkan kafe terbuka. Makin malam makin ramai yang datang. Kitorang seperti biasa la. Fine dining. Ada pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut (jus buah yang mantap).





Esoknya hari last, after breakfast terus check out dan menuju ke jeti. Kat situ kitorang tinggalkan luggage dan berjalan kaki round kawasan sekitar macam dataran Helang dan Langkawi Fair. Kat Langkawi Fair, ada satu restoran Arab yang best dimana aku telah try Turkish Coffee. Turkish Coffee ni kalau minum tanpa gula, rasanya pahit dan ada macam rasa herba sikit. Tapi bila tambah gula, rasa dia dah balance. Seteguk Turkish Coffee memang mendatangkan kepuasan. Walaupun pekat, tapi rasanya tak strong macam kau bancuh kopi 434 dalam cawan kecik, lepas tu kau minum, boleh migrain.




Lepas tu aku makan falafel. Serius tak sedap! Aku pelik camne la Maria Tunku Sabri dalam JJCM tu cakap falafel sedap. Macam wadeh jek aku rasa. Lagi sedap wadeh tu sebab ada bau daun kari dan rasa pedas dan masin. Falafel ni camtu jugak, dibuat dari dal kot...ke kacang kuda? Entahla, tapi plain jek rasa dia.

Next kitorang jalan kaki ke jeti, terus carik tempat lunch plak. Kat jeti tu ada satu mapley, yang ni aku tak berapa rekomen sebab tak berapa sedap huhu. Nasi ayam...ayamnya masin. Najmie makan mee goreng, pun tak berapa kena dengan tekak.

Then bermulalah perjalanan pulang pulak. Walaupun tak round island tapi aku tetap puas hati sebab dengan izinNya..kami dapat rezeki yang sangaaat sedap. Alhamdulillah (n_n)

InsyaAllah destinasi seterusnya Legoland, Nusajaya.