.

seposen untuk Porsche

Thursday, September 30, 2010

Mohd Shakirin, seorang cikgu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/30/2010 12:51:00 AM
Kes 1
Hari pertama kelas.
Aduh, cuak. Nak masuk kelas, selama ni tak pernah pun jadik cikgu, mengajar. Jadik anak murid ade la. Itu pun dia la paling dajal sekali. Melangkah masuk ke kelas, ungkapan pertama dari budak-budak menerjah gegendang telinga.
'Macho laa..'

Kes 2
Hari pertama kelas.
Kelas ni ramai pelajar perempuan. Bebudak lelaki ade la 8 kerat. Semua perempuan. Jumlah pelajar, 35 orang.
'Okey, ade sape-sape nak berkenalan dengan saya tak?'
'Saya!' angkat tangan sorang.
'Saye cikgu!'
'Saya!', 'Saya!', 'Saya!'

Kes 3
Beberapa hari kemudian.
Sedang mengajar di hadapan. Tiba-tiba makin bising pulak budak-budak nih.
'Ehem, ehem! Tengoklah cikgu yang hensem ni..'
Bebudak senyum. Kelas senyap terus.

Kes 4
Di kelas muzik.
'Setakat gitar, violin, piano, semua cikgu tau main nih!'
Bebudak pandang dengan mulut separuh terlopong.
'Cikgu, main la!'
Shakirin tersenyum.
'Nanti saye main la. Sebelum tu, korang main dulu.'
Separuh masa pertama..
'Cikgu, bila nak main?'
'Nanti la..'
Sampai ke sudah, satu alat muzik dia tak sentuh.

Kes 5
Hari ini.
'Cikgu, ni mak saye bagi. Untuk cikgu,'
Shakirin ambik bungkusan. Harum semerbak. Diintai bungkusan tu. Oh, cempedak goreng..

Hari esok.
'Cikgu, mak saye bagi untuk cikgu.'
Shakirin senyum. Ucap terima kasih, budak blah dengan senyuman lebar. Bungkusan diintai, eh, karipap.

Minggu depan.
'Cikgu...ni-
'Oh, terima kasih ye..' ucapnya. Kali ni, kuih serimuka.

Mak student tu janda.

Kes 6
Sebelum cuti hari raya, bertimbun-timbun kad raya dia dapat dari pelajarnya. Ada satu, siap ada gambar dia lagi tengah mengajar, dan ada 'love' kat tengah-tengah gambar tu. Dahinya berkerut. Bila masa pulak budak ni ambik gambar aku?

Kes 7
Setelah naik sekolah selepas 2 minggu cuti raya. Shakirin tak mengajar lagi. Bebudak kelas bertalu-talu mesej dia.
'Kenapa cikgu pergi tak beritahu?'
'Cikgu tak mengajar lagi?'
'Cikgu, kenapa tak datang sekolah?'

***

'Za, rileks je. Mengajar memang seronok. Orang rasa sedih pun ada tinggalkan sekolah tu. Sebab budak-budak best kot. Yang penting kita tau ambik hati diorang. Pastu, kelakar. Mula-mula memang la malu, tapi lama-lama ok jek. Tak payah garang sangat, yang penting tegas. Tapi memang best lah mengajar. Sebab budak-budak tak bezakan pun kita ni cikgu ganti ke, cikgu sementara ke. Dia cuma ingat kita 'cikgu' jek' - Sir Shak.

2 comments:

Unknown on September 30, 2010 at 5:35 PM said...

sye membaca smbl terlopong.. ada ke student smp mcm tu skali crush kat cikgunye? hahaha.. skola rendah ehk? hihihi... klaka2..

Anonymous said...

syahdu giller..terbaek r yen..huhu...
aku bangge dpt saim supo mu...2 ore...hik2x...