.

seposen untuk Porsche

Showing posts with label kanak-kanak ribena yang dah terlampau masak atas pokok. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak ribena yang dah terlampau masak atas pokok. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Hurry Juddies

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/11/2011 10:21:00 AM 0 comments



I'm free!!! Now that I don't work anymore, officially yesterday is my last day working, so I've been enjoying my free time online and cooking and watching telly (few things that I missed the most because been very busy working).

Recently my friends from the company were celebrating my birthday. Thank you soooo much guys. Eventhough it was a simple celebration, but still I love it very much. It is also part of the Jamuan Perpisahan. Unfortunately (so many unfortunate events lately) the boss (the one who's asking us to bring bla bla bla) unable to come since he's with his family at Malacca, we're taking the pleasure ourselves.

Azite brought fried mee and some tempura nuggets, Asyraf bring friend fried chicken yang sungguh sungguh sungguh sedap! The fried chicken was one of my fav since every lunch time I used to go to the same kedai to buy nasi bungkus and friend chicken and sambal padang. Nazri, on the other hand, brought simple dishes such as currypuff and nagasari (a traditional kueh with fresh bananas as the filling). And some brings snacks which we've been continue eating the next day (Farah and Ahdwa). Me?






Trifle je. Sebab beberapa hari sebelum tu aku ada bawak trifle 4 bijik dari rumah, tapi Asyraf dapat makan sebekas jek. Lagi 3 bekas Nazri bawak balik. Hukhuk. Masing-masing tak puas so aku bawak lagi dan semua pun bawak balik jugak.






Seperti aku dengan Quraishah dulu, last day ofworking together we must have an ice-cream. It's like a tradition I've been creating to myself. 2 orang ni antara the coolest people I've ever met! Almaklumlah, kedua-duanya muda mudi dengan perangai yang agak gila-gila. Nak tahu betapa gilanya diorang?








Perasan tak model dekat 'Air Batu' tu? Ha, itulah dia! Haha, takde lah. Yang poyo puyu ni Nazri. Agak malu-malu kocheng nak bergambar kunun. Walhal masa duty dengan aku, elok jek amik gamba comel sendiri kat phone dia.

On the picture above, he's counting and checking the usage of the cigarettes and tobacco. FYI, the percentage of tar in every 'Menthol' and 'Light' cigars is lower than the usual cigars (usually in red packet). So if your father/brother/boyfriend/friends do smoke, ask them to change from Dunhill/Winston/Sempoerna Red to Dunhill/Winston/Sempoerna Light or Menthol. At least they may reduce the amount of tar that have been taking.








Wawa. Very happening person and also, the energetic one too. Ada lagi sorang yang energetic jugak. Mamat kat bawah ni.








Masing-masing nak jadik model untuk barangan 'kesihatan'. Ada lagi gambar diorang dengan pose macam-macam (termasuklah barangan macam-macam) tapi kena censored dulu. Miss you guys very the much! Mungkin lain kali kita boleh pergi k-box sama-sama untuk test suara, tapi tunggu u'all gaji dulu la haha.






Teruskan bermodel...
































Kisah gembira dah tamat satu bab. Lepas ni bukak bab lain pulak (n_n)

Thursday, March 24, 2011

Cheras

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/24/2011 07:40:00 PM 0 comments


Cikgu : Ha, masa cuti hari tu ada pergi mana-mana tak?
Pelajar Y : Saya pi..cikgu!
Cikgu : Awak gi mana?
Pelajar Y : Saya pi Johor..
Cikgu : Iye, Johor yang tang mana awak pergi tu?
Pelajar Y : Kat Cheras, cikgu (dengan wajah innocent)

Friday, February 18, 2011

basikal dan anjing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/18/2011 11:52:00 PM 0 comments

Petang yang indah, disertai angin sepoi-sepoi bahasa dan kayuhan basikal aku perlahankan. Menikmati keindahan pokok-pokok pisang...ermm alangkah indahnya jika dapat ku makan pisang-pisang tersebut. Tiba-tiba..

'Woit, jom masuk taman tu, kite tak pernah kayuh kat situ,' cadang Dayah. Kayuhan basikalnya diperlahankan seketika. Aku mengangguk setuju. Lantas pedal dikayuh semula.

Kawasan taman tu memang jarang kami masuk untuk jalan-jalan. Almaklumlah kawasan yang rata-rata penduduknya berketurunan Tionghua, ramailah yang membela anjing. Semakin kurang rajinlah aku nak main beskal kat situ.

Kayuhan basikal diperlahankan.
'Dayah, jum patah balik, dah pukul nam stengah,' aku mengajak. Tanpa menunggu anggukan kepala beliau, terus aku pusingkan basikal. Serentak itu jugalah seorang Amoi membawa keluar anjing jenis poodle yang berwarna putih. Dan serentak itu jugalah-

'Ruff! Ruff! Ruff!' Poodle tersebut berlari ke arahku. Gembira barangkali melihat budak berumur 9 tahun menaiki basikal berwarna merah. AKU CUAK!! Terlepas kaki dari pedal, aku tergolek tepi jalan. Menjerit-jerit aku ketakutan sebab aku fikir, nanti kena samak. Leceh! Amoi tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan tetapi tertawa melihat telatah anjingnya. Beberapa minit kemudian, barulah dia menarik anjingnya pergi sambil meminta maaf padaku.

Aku rendang anjing ko tu baru tau!

Thursday, February 17, 2011

aku lebih gembira dari seekor burung dan 'french fries'

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/17/2011 12:30:00 PM 0 comments


'Woiiiii...baca la. Aku baca ni..hangpa baca la sekali!!!!'
'Woiiii dak pempuan, baca la woiii!'

Haaa untuk pertama kalinya, aku berjaya membuatkan Azfar membaca diikuti oleh kengkawan sekelasnya. Hahaha bagus. Selama ni suara aku saja yang berteriak, sekali sekala bagi student yang terpekik terlolong bagus jugak rupanya. Rehat tekak aku  :)

Thursday, November 25, 2010

macam-macam

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/25/2010 12:45:00 AM 0 comments
Jeng! Jeng! Jeng!!
Haaa..disebabkan aku ni bakal guru. Jadi sudah tahu dapat tempat untuk buat buat latihan mengajar. Hikhik..excited dowh! Tapi..excited pun, aku tetap cuak. Almaklumlah, semalam kite duduk kat meja, cikgu mengajar kat depan. Hari ni, kita duduk kat depan, budak-budak tido kat meja oppppsss hehe bukan i hokeh

Cuti dan final exam pun da setel. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari duit poket tambahan untuk semester depan. Actually bukanlah untuk semester depan sangat pon sebab ade scholar (Alhamdulilah...) tapi lebih kepada keinginan untuk berbelanja yang semakin membuak-buak. Sejak-sejak keje ni, semakin tinggi pulak keinginan beli kasut, beg..dan baju. Baju import dari hendon pulak tuh, haha memang untung si Asma duduk kat Indon tu meniaga ngan aku yang sedang bekerjaya nih. Lagi tu, pantang Jusco buat sale, aku la promoter yang merangkap pembelinya sekali tehehe

Ok, berbalik pada isu penakut. Aku tak dapat satu sekolah dengan Zatil, merangkap kulit (kacang) kat sini (aku kacangnye). So, masing-masing tercampak, jauh. Aku sorang-sorang. Ada la lagi 4 orang tapi tu sume bukan budak course aku pun, tapi takpe la, nampak semua pun ok jek hehe aminn aminn aminnn

Sekolah aku dekat dengan pantai. Ala, pakai gugel maps carik, bukan susah pun. Hujung jarry jek. Mat-mat saleh and minah saleh bikini tu perkara biasa kat situ ----> ok tipu. Pantai tu lebih kepada tempat orang buat maksiat (maksiat? muka terkejut). Haaa la, dengan orang buang sampah.

Dekat sekolah tu ada kuarters guru. Fully furnished dengar citer. Aku tak sempat usha lagi, baru budak-budak ni pergi tengok. Ha, sedang eloklah tu. Aku harap ada kelengkapan asas macam mesin basuh, tv, peti sejuk, dapur, almari, peti sejuk, set sofa mahogany, katil King size --- wah, over. Ala, setakat ada tv, katil dengan tilam, almari pun dah cukup bagi aku. Lain-lain, pandai-pandailah. Kata askar..kena la kentel!

Lain-lain, itu je la. Mak aku suh balik kampung pulak sebab nak pindah rumah. Hmm..terpaksa la aku memendekkan jangka hayat aku bekerja. Gaji tak masuk lagik, duit makin kering. Hujung minggu ni nak berjalan ke Kedah, waaaa celah mana pulak aku nak carik duit tuh!!!