.

seposen untuk Porsche

Showing posts with label how to tackle your in-laws. Show all posts
Showing posts with label how to tackle your in-laws. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

How to tackle your in-laws : Milk Cookies

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/12/2011 02:13:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Kerana kesukaan aku untuk makan, jadi bagi mengekang fulus keluar kepada kedai-kedai yang bertanggungjawab menyediakan hidangan untuk memenuhi selera tekak, baiklah saya buat sendiri ya. So, this time I'm baking some milk cookies. It's simple and delicious. It melts in your mouth (if u chew it) and cute. Yang takde gigi pun boleh makan.






Pic ini dari Google ya, bukan aku punya. Aku punya aku buat kaler merah, hijau, kuning dan putih. Haa..meriah mak.

Okeh, let's check out the ingredients :

250g tepung jagung
5 - 6 sudu besar susu pekat manis
4 - 5 sudu besar mentega/marjerin

Cara-caranya :

Mulakan dengan Bismillah. Masukkan susu pekat sesudu demi sesudu sambil digaul dengan tepung jagung. Kalau agak-agak tepung dan susu dah berketul tanda sebati, tak perlu gunakan kesemua 6 sudu susu tu.






Kemudian, masukkan mentega sesudu demi sesudu jugak sambil diuli agar membentuk doh. Langkah ini pun sama macam langkah pertama tadi. Kalau sesudu tak cukup untuk membentuk doh, tambah lagi sesudu mentega.

Haa...bila dah jadi doh macam ni, boleh la warnakan doh tu. Bahagikan kepada dua dan letak warna kegemaran. Lepas tu bakar dalam suhu 170 degrees selama 20 minit. Biskut ni lagi sedap kalau simpan semalaman dan makan esoknya.

Tengok tu...hehe I warnakan dan mintak tolong bibik tu gentel biskut. Lepas tu, setel! Haaa...tak semestinya biskut ni kita buat biskut raya. Kalau nak buat makan-makan ala chipsmore pun buleh. Yang penting, RAJIN. Kot malas tu, boleh la dipersilakan ke kedai. Hehe


Sunday, October 30, 2011

How to tackle your in-laws : jemput-jemput a.k.a. cucur cendawan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/30/2011 10:07:00 AM 0 comments



Assalammualaikum w.b.t.

Shitake mushroom. Sedap dan aku sangat sukakannya. Pertama kali aku makan cendawan goreng, Kak Mun gunakan cendawan ni dan aku terus terpikat. Jadi, aku ubah la jadi jemput-jemput cendawan. Kalau orang kampung, biasa makan jemput-jemput ikan bilis. Aku pernah makan dekat rumah seorang rakan, dia hidangkan jemput-jemput. Tapi dia blender bawang, bilis sampai lumat. Aku lebih suka kalau nampak 'bahannya'.

Sarapan orang kampung yang ini meeeeemang aku suka. Selain dari penuh kolestrol dek penggunaan minyak untuk menggoreng, ia juga sedap dan cepat disediakan.







Bahan-bahannya:

70g cendawan shitake - potong dadu
2 labu bawang sebar - hiris halus
50g ikan bilis
50g daun kucai - hiris sepanjang 1 inci
200g tepung gandum
Garam secubit rasa
Air
*jika suka, boleh la tambah serbuk penaik

Cara-caranya :


1. Semua bahan-bahan tu masuk dalam satu mangkuk. Mulakan dengan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul bancuhan. Bancuhan tidak boleh digaul terlalu lama kerana boleh membuatkan cucur menjadi liat.

2. Lepas tu, goreng dalam minyak sampai masak. Toskan dan hidang untuk minum petang atau sarapan pagi.






Haaa...hasilnya? Hehe maaflah, buaya kan banyak. Haruslah buaya yang tulis blog ni sekali pun turut serta makan-makan supaya tidak ketinggalan.

Kalau mak-mak mertua makan, lepas tu hidang dengan sambal kicap..perghh! Haha poyo pula rasanya. Nyam nyam..

Wednesday, October 26, 2011

How to tackle your in-laws : Keropok Lekor

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/26/2011 06:08:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Yaa...anda suka makan keropok lekor? Aku pun! Aku sangat sukakan keropok lekor dari Terengganu dengan sos pencicahnya yang sungguh LAZAT! Sos pencicah tu pulak, kadang-kadang aku makan dengan jemput-jemput. Memang nikmat tak terhingga. Heheh, apa kata sebagai langkah awal menjimatkan wang disamping membantu para nelayan, kita buat sendiri keropok lekor ataupun nama komersialnya kepok gete (gentel).






Hahah, walaupun dari segi rupa...erm..biasalah kan. Tapi rasanya memang ada (masuk bakul angkat sendiri).

Bahan-bahannya ;
2 ekor ikan tongkol (siang, buang tulang dan kulit kemudian blend)
300g tepung sagu
200g tepung gandum
Garam secukup rasa



Campurkan ikan yang dikisar tadi dengan tepung sagu, tepung gandum dan garam. Sedikit pesanan, jika anda rasa adunan agak keras (sebab bergantung pada kuantiti isi ikan), tambahkan air sejuk. Adunan haruslah lembut.











Gentel keropok anggaran panjang sejengkal, namun pastikan tidak terlalu tebal. Sediakan air rebusan, apabila air mendidih, masukkan keropok dan tunggu sehingga keropok timbul (tandanya dah masak).


Dan boleh la digoreng atau makan begitu saja (n_n).






Selamat mencuba (n_n). Resepinya saya ambil sumber dari myresipi.com.

Tuesday, October 11, 2011

how to tackle your in-laws : trifle

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/11/2011 09:49:00 AM 0 comments
Recently I've been dying to try out as much dessert as I like. But somehow, it always turn out to be cubajaya since I'm a total zero in cooking and that I'm following hundred percent from the recipe. Few of the recipes that I've been collecting from my friends really working out very well. You know the kinda person that giving compliment and asking for the recipe and try it out and then making money out of it..yup, it's me!

Few recipes that I've been trying and making a big success is basically...puddings! I love pudding very much. And I think that the simplest way to tackle your family, friends, husband and in-laws is through the perut! And dessert is like the best. I think it's better giving out something simple, first, then comes the main meal and so on.







Trifle.
Simple, taste good.

Bahan-bahannya:
Swiss roll (pandan/strawberry/vanilla) ataupun kek buku yang biasa (coklat/vanilla)

4 sdb tepung kastard (aku pakai Bird's custard)
1 tin susu cair
1 tin air
4 sdb gula pasir

13g serbuk agar-agar/jeli (aku pakai Nona)
250g/ 1 cawan gula pasir
1 liter air

1 tin laici
1 tin buah-buahan campuran


Cara-caranya:




Potong kek gulung dengan tebal 1 inci ke 1 1/2 inci dan susun dalam mangkuk kaserol ataupun dalam cawan cantik macam dalam gambar (di atas).

Laici dan buahan-buahan campuran diasingkan dari airnya. Air buahan campuran dan laici disiram atas kek gulung. Pastikan kek gulung basah.





Masakkan campuran tepung kastard, air, susu cair dan gula. Masakkan sampai pekat dan mendidih dan terus dituangkan ke atas susunan kek lapis.












Susunkan laici dan buahan campuran di atas lapisan kastard.












Dalam periuk lain, kacau serbuk agar-agar, air (ikut sukatan pada pek agar-agar/ jeli) dan gula sampai larut. Kemudian, baru masakkan atas api sampai mendidih. Dan terus tuangkan di atas lapisan buah-buahan tadi.










Let it chilled in a freezer for half an hour and then enjoy it with a scoop of ice-cream or just have it like that.











Yum yum~