.

seposen untuk Porsche

Showing posts with label cara diet. Show all posts
Showing posts with label cara diet. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Review : Produk Pelangsingan/ Turunkan Berat

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/21/2012 08:43:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Last month, aku cek berat aku 54kg. Lepas tu, masa kena tonsil sampai 3 4 ari tak makan, turun 52kg. Lepas tu aku tak berani cek dah, sebab lepas tu aku makan macam takde hari esok lagi. Aku pun berusaha la dengan produk-produk turunkan berat.
 

Produk pertama aku cuba ialah losyen Mustajab Pati Halia Dunia Herbs. Produk ni terbaik. Memang kurang senggugut. Tapi bukan itu point aku pakai losyen ni. Losyen ni tahap kepanasan dia sekejap je, sebab aku pakai kaler ijo punya. Nak pakai kaler merah, aku rasa macam over la plak.

Lepas tu aku tukar, aku amik De Herbs Premium Diet. Haa yang ni terbaik. Biasa la produk minuman fiber ni, dah sah la kau akan nyahtinja banyak kali. Aku minum belah malam. So pagi tu dalam area pukul 6 aku dah terbangun untuk ke jamban. Terbaik la tu. Aku ambik 2 kotak je, lepas tu macam kurang lak proses nyahtinja berlaku. Aku tukar lagi. Produk ni bagus gak nak turunkan berat, dengan syarat kontrol makan sikit and minum lebih plain water.

Haa...seterusnya aku ambik pil. Liposinol. Pil ni tujuannya untuk menurunkan berat secara tradisional. Dia akan block lelemak dari makanan dan keluarkannya melalui proses penyahtinjaan ataupun...berak. Pil ni ambik banyak kali, sehari mau 8 bijik aku ambik.

Lepas tu, aku ambik V-Asia Appleslymm. Yang ni pun minuman fiber. Tapi Alhamdulillah, dah masuk kotak kedua ni, aku rasa ok je. Walaupun berak-berak, tapi perut tak la rasa memulas gila macam aku ambik lagi satu produk tu.

Losyen seterusnya aku pakai BioSireh. Yang ni bagus. Tahap kepanasan yang terbaik dan berpanjangan. Sebab aku sapu pagi lepas mandi, sampai tengahari pun boleh terasa panasnya. Perut pun nampak perubahan sikit la. Takpe la perubahan lambat pun...at least ada la jugak.

Buat masa sekarang, aku gabung pil, losyen and minuman. Nak eksesais tak sempat, terpaksalah guna jalan merbahaya macam ni. Tapi seyes la, dulu masa zaman uni, aku dapat perut kempis melalui sit up. Setiap hari eksesais at least buat 50 kali. Memang terbaik. Perut rasa tegang and kempis jek. Nak salin baju dalam bilik pun rasa yakin. Sekarang ni...aduss...member aku mintak jadik pengapit pun aku tak dapat tunaikan. Almaklumlah...badan dah lari alignment. Hukhuk

Thursday, July 28, 2011

brunch anak dara

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/28/2011 12:30:00 PM 0 comments

Waking up and I found myself a loaf of bread on the kitchen counter, I was seeking another thing in the fridge and on the shelf. Luckily, there's an egg, banana, honey and fresh milk. Yippie!


While abah was peeling the garlic, I enjoying myself beating egg with a lil' bit of fresh milk, dipping the bread into it and fry it, slicing banana's and so on.


And then while I was taking my brunch, I got my parcel and opened it. Yahoooo...baju raya aku dah siap!! Jimat duit. Lepas ni buleh la den membeli barang-barang buek kek ngan kuih. Takdo nak boli baju-bajan tudung-tudang dah ha hukhuk bajet bajet.

Esok cuti, cadangnya mau mengajak ibuku ke Econsave ke..Tesco ke..Giant ke..beli barang untuk bulan puasa. Jauh la berjalannya esok. Mak aku tu jenis malas sikit kalau nak beli barang tempat jauh-jauh ni. Penat berjalan katanya. Ah, tak kira. Esok gaji, harus pergi beli esok sebelum aku asingkan duit tu ke tempat lain!

Monday, March 28, 2011

bila rindu------>diet

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/28/2011 07:06:00 PM 0 comments
Ape nak buat kan? Bukak laptop, mengadap la benda-benda yang memacam ni ha. Esok nak kena observe untuk kali terakhir. Cuak..cuak..

Semalam aku call mak aku, rindu pulak kat orang tua tu. Aku pun terus bertanyakan pasal anak kucing kecik kat rumah tu...aiii, yang tu laaaaaagi aku rindu tehehe penawar suka duka si budak kecik tu. Manja..tapi tang mandi memanglah mewarisi sifat kekambingan emak dan bapaknya.



Buat masa sekarang, aku tengah berusaha diet nasik. Dulu aku pernah amalkan diet macam ni, sebulan tak makan nasik berat turun dekat 4kg jugak. Berkesan, badan pun nampak la perubahannya. Dan tak la terseksa sangat sebab setakat ganti dengan mee, roti dan spageti. Hee..boleh je aku hidup. Tengahari makan kuih atau spageti. Untuk hidangan malam, aku ambik bihun dengan sup ke..(feveret aku bihun kungfu + cili potong perghhh!).



Lagi satu diet, aku makan biskut Iko sahaja dengan air milo, teh hijau ataupun neskepe. Haa..yang ni memang berbaloi untuk kempiskan perut. Cuba la amalkan seminggu, dah nampak kesannya. Tapi terseksa batin ni oiii!! Karipap, samosa, mahupun lauk-pauk berminyak yang pedas dan sedap di kafe Indah Kembara aku tak bedal. Seksa tekak ouh. Waktu ni, biskut tu aku bawak bekal ke mana-mana pun. Agak terasa nak makan, aku makan la biskut tu.



Pernah gak aku cuba makan Nestle fitness fruits yang kepingan jagungnya punyalah....besar. Setiap hari aku ganti lunch dengan dinner aku makan benda tu selama seminggu. Ha, yang ni pun terbukti berkesan. Untuk waktu-waktu lain, kalau terasa nak mengunyah aku ambil buah jambu yang kering dalam paket hijau tu. Agak-agak tak cukup, aku minum milo ataupun makan coklat dengan kacang.



Lagi satu paling senang, aku ambil nasi putih. Tapi nasi putih tu 1/5 dari lauk. Aku lebihkan sayur (terutamanya jagung muda, sawi, brokoli, lobak merah dan kobis --> sayur veferet den) dan aku tak ambil ayam, aku ganti dengan sotong, udang ataupun ikan. Masa makan, air suam atau air masak je yang aku minum. Untuk malam, aku makan sup sayur atau daging. Yang ni nak kata diet, tak la jugak sebab tak bawak perubahan sangat pun. Cuma makan secara sihat jek.

Apa-apa pun, diet aku ni memang la tak berapa sihat sangat. Sebabnya kurang protein dan mineral, juga vitamin...karbo banyak la kot. Lagipun, aku diet bukan nak turunkan puluh-puluh kilo berat badan. Cuma nak buang 3 4 kilo jek hehe bagi maintain sket.

(pics kredit to atuk gugel)