.

seposen untuk Porsche

Showing posts with label tips pakai selendang. Show all posts
Showing posts with label tips pakai selendang. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Another Shawl Tutorial

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/22/2011 08:25:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Setelah melihat banyak hits menuju ke tips pakai selendang. Mari sini saya tunjukkan 2 tutorial pakai selendang. Satu jenis satin dan satu lagi jenis pashmina. So, next time I'll upload more style ok. This is the usual Hana Tajima style, so I just show to you how I'm using it. It's simple and just to make sure, cover your chest. By the way, I was thinking of giving a tutorial on how to make turban style. It's in, isn't it?



Letakkan selendang 3 tone (supaya lebih menyerlah gitu). Bahagi sama untuk kedua-dua hujung.
Ambil sedikit bahagian depan kedua-dua belah, bawa ke belakang (bahagian sanggul) dan pinkan.
Dan membentuk telinga beruang kat situ.
Kemaskan supaya nampak ombak-ombak ala Hana style.
Ambil bahagian kanan selendang dan kemaskan di bahagian kiri bahu. Kemaskan supaya menutupi bahagian dada anda sepenuhnya.
Bahagian kiri pula pusingkan ke belakang, dan kemudian pinkan juga di bahu kiri. Kemaskan pula bahagian belakang. Dah siap!



Ok, the second style would best if you use pashmina. This one is simple and again, cover your chest.



Bahagikan kedua-dua hujung sama rata.
Untuk bahagian kanan selendang, ambil bahagian dalam selendang.
Pinkan dekat bahu kiri.
Bahagian kiri selendang yang masih berjuraian tu, ambil bahagian dalam.
Lilitkan ke bahagian atas kepala dan pin. Kemaskan supaya nampak alunan yang natural.
Taraaa! Dah siap.

 Apa yang penting, stail macam ni tak perlukan sanggul ciplak yang besar dan nampak pelik tu. Dan juga ianya menutupi dadamu. Tidak perlu ya memakai tudung lalu terbonjol sana sini. Selamat mencuba!

Thursday, May 5, 2011

Cute:: Benda hodoh tapi orang suka (Entri ini pasal tips memakai selendang)

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/05/2011 12:44:00 AM 0 comments
Yesss...that is 'cute'. How do i know it? It started when i was shouting to my choral speaking students like 'ooook...don't make faces like that. Smile! And when you smile, you look cute inside out!' (as I said this,I was smiling) and the students goes on like 'awwww...teacher...so cute...' and suddenly the other teacher talks to me sayin'

'Do you know what cute it?'
'Nope...what is it?'
'Cute is something ugly but adorable'.

Duh!

So, I was like...whatever. TAPI aku pergi jalan-jalan dekat blog orang dan aku jumpa ramai pemakai selendang yang sunggoh comel (comel ok, bukan kiut). Dan dari situ mendapat inspirasi. Untuk memakai tudung bukan sekadar menutup rambut tetapi juga melindungi dada :")

Dan di sini aku senaraikan beberapa blog yang boleh dijadikan rujukan untuk memakai selendang ;


Beliau ni pelajar Medik kat Indonesia. Aku pun baru je mengikuti blog farah liyana ni. Boleh go through blog dia dan lihat pesen-pesen tudung dan tips solekan (yang ni i loiiiike). Belajar cara memakai pakaian yang sangat simple (t-shirt, baju kurung) tapi menarik. Ahahahah! hey, cara dia pakai pencil eyeliner sangat mudah dan membuatkan mata nampak cantik. Cubalah!



Beliau ni pulak pernah muncul kat Wanita Hari Ini bersama Rizman Ruzaini, pereka fesyen terkenal tuh. Blognye my amethyst ye, boleh klik. Selain dari selendang, fesyen bliau pun sangat ok. Boleh la buat rujukan untuk padan suai pakaian yang baru beli dengan yang dah terpikir untuk buang. Aku suka sebab dia pandai ambik gambar, sume gambar pun santek.


Haaa...ada bran ka? Klik the old blossom box store. Sangat banyak idea menarik (a.k.a. berani) untuk dicuba. Beliau ni sangat popular ok, da pernah keluar rancangan Bella (NTV7) dan mereka pakaian untuk Intan Ladyana untuk ABPBH!

Hah, untuk shoes lover, this is a must-go blog because their shoes is soo super hot! I love each pieces of them because they sure looks good on my feet (dan menambah ketinggian juga). Barangkali boleh bengkrap jika anda tidak berhati-hati (amaran keras!).


Lagi blog best untuk pakai selendang. Sapa nama dia? Hehe aku pun lupa. Klik aje la kat sini.


Dan calaqisya. Blog dia bukan setakat fesyen selendang saja, ada banyak benda lain dan yang penting, bole la shopping online kalau rasa duit manyak juta-juta lemon. Ok, cukup kot 5 blog aku promote.

Comel kan kalau pandai mengenakan selendang? Asalkan kena gaya dan tempatnya.

Kesimpulannya, kalau tengok kat tv tu, balik-balik yang watak bertudung sume pakai tudung bawal (ada yang tak gosok plak tu, nampak kedut-kedut). Tak paham aku. Kan ke banyak fesyen tudung skang ni (asal jangan berbonggol udah le). Ikut la peredaran semasa, selagi tidak menyalahi hukum-hakam agama :') Kalau tang tak bertudung tu,elok je dedah sana sini. Tapi tang watak bertudung......bawal saje. Tapi tak semua, cuma kebanyakkannya macam tu la theee..hee

Ok la,tido. Salam.