.

seposen untuk Porsche

Showing posts with label Navy. Show all posts
Showing posts with label Navy. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

all in all

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/16/2010 12:27:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

when my father first met me at my granny's house, he kinda ask me 'kakak, kenapa dengan muke tu?' and i was like..'abah!!!' i know it's dark, and macam ade topeng yang berbentuk petak kat muke ni. i tak tahu nak jawab ape lagi..(kenapa aku tulis macam gadis gedik nih?)

so, itu la komen pertama abah bila nampak aku. sekian.

3 minggu tauliah. ni baru dapat hapdet full entri, serba sedikit jek pasal aktiviti aku semasa 3 minggu ni.






aku buat keputusan untuk balik awal ke Penang, sehari selepas Shrek 3 release..heheh. so, hari Sabtu tu Mirul datang and bring all of us to Queensbay, we had McD yang mane merupakan feveret Mirul (selain dari kekangan duit--->almaklumlah, tengah cuti), sebelum tu main-main game dulu and then tengok Shrek. memang terbaek!!



malam tu, having a very wonderful dinner. dinner aku dengan kengkawan Navy bukan dinner kat hotel atau restoran mewah, cukup sekadar masing-masing kuar duit, payung-payung dan wallaa..ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, daging masak merah, kerabu mangga, tomyam campur extra pedas and nasik putih + air tembikai. sume sekali RM40

the next day, hari Ahad, masing-masing melapor kat KD Sri Pinang. aktiviti bermula dengan kawad pagi tu, dan keesokan paginya kami tengok perlawanan hoki antara TUDM, TDM dengan TLDM.




pasukan penyokong..



feveret player aku..teehee..sempat je cuci mata tengok Iskabella nih

selama 3 ari perlawanan hoki, kami terpaksa berlatih kawad pukul 3 petang sampai 5 petang. syukur jugak mase tu, musim hujan. muahaha! muka tak burn sangat, kawad pun tak letih. cuma bila kau duduk dalam baris yang mana, ade budak malas basuh baju, kau boleh rasa nak pitam la bila diorang da berpeluh.

ok, sukan 4 penjuru. bukan bermaksud sukan tu dimainkan dari 4 penjuru berbeza macam padang bola tu. tapi sebenarnye melibatkan Palapes USM, Palapes UUM, staf KDSP dengan PSSTLDM. group aku bernasib baik, menang la acara bola tampar johan dengan futsal wanita, naib johan. hehe terel kan aku main?

seminggu kat KDSP setel, lepas tu move on dekat USM. which is super tired! dua minggu semuanya sama jek. pagi kawad, petang kawad, malam latih amik watikah depan agung. aku tersasul beberapa kali mase terima watikah kuning tu, aku cakap 'Daulat Tuanku', 'Menjunjung Titah', tak cakap pape langsung pun ade. heheh tapi Alhamdulillah, mase hari sebenar lancar je aku sebut 'Menjunjung Kasih, Tuanku' tu. hehe

pagi tu, kami bersiap sebaik mungkin. walaupun mak bapak aku tak datang, tapi aku tetap nak buat yang terbaik. dan lagi satu, aku ingat bila disebut kerabat diraja, semuanya hensem. hakhak tapi bila tengok raja muda perlis tu...chubby. comel betul! hakhak dia kata 'Palapes hitam legam'. tapi dia seronok.



it's me bebeh


having nasi putih, sambal, telur goreng and sosej for lunch..huhu

walaupun family aku tak datang, tapi aku ade Syuk, Pijie, Too dengan Mat temankan aku selepas selepas selesai upacara amik watikah. dan aku dapat bunga dari Puan As..hehe terima kaseh auntie! petang tu, jumpe dengan Menteri Pertahanan. beliau memang best! tapi..sebelum menunggu ketibaan dia tu, ramai je kepala macam ayam kene sembelih kat dewan tu. terteleng-teleng sebab tido..termasukla aku sekali.





told ya, we're so sleepy

malam tu..dinner ataupun comball dekat Eastern and Oriental Hotel. memang terbaik! overall, aku rase seronok. aku turun gak la kat dance floor tu, menari dengan Dato', Datin..heheh sekali sekala.



peach rose, and a yellow one from Shuk, not included here. bunga rose kuning tu dia curik dari meja makan



inner decor



super yummy grilled mediterranean salad



baked tomato soup



lemon sorbet



main course: tenderloin steak with mashed potatoes. for my partner, chicken breast with pasta.



yang ni desert dia..name mango ape ntah.

the next day, aku naik bas malam. so, siang-siang hari tu ronda-ronda dengan Kak Mun and Syuk and tengok movie ni..The A Team. memang terbaek!



dan berakhir di situ. hallamak, rindu ah ngan korang-korang intake 21 ni.











Monday, May 31, 2010

busuk

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/31/2010 07:38:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

jadik kadet, busuk
jadik junior mids, busuk
jadik midshipment, busuk
sedang naik jadik Lt. M, busuk

busuk
busuk
busuk

dah la busuk, hitam pulak tu
jalan kaki tertempang-tempang
muka berminyak
badan bongkok sebab letih
bau peluh masam
toleh belakang
ade budak u mane entah, muntah
nampak seketul-seketul ape yang die bedal sebelum masuk padang kawad
tekak aku pulak naik kembang

jadual tauliah
0500H bangun, mandi, siap-siap pakai uniform
0600H setel subuh, terus turun sarapan
0630H ambik M16 dan terus berbaris
0700H masuk padang, jalan dulu seround dua padang dengan bawak natang 2.96kg tu
1030H rehat, minum air panas teh atau nescafe
1100H sambung kawad
1200H abes kawad, g makan, rehat-rehat
1400H sambung kawad
1700H kawad setel, balik bilik and solat
1600H makan malam, muster (berbaris), solat maghrib
1800H latihan amik watikah kat dewan pulak
2300H/2400H/0300H setel latihan, baru balik bilik and zzz...

Sunday, May 2, 2010

anjing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/02/2010 02:14:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

masing-masing mata merah. lebam jek bawah mata. penerangan Laskar tu agak bosan, pasal perahu layar, laser la senang citer. akhirnye, pukul 9 lebih Jurulatih suh tukar baju bagi yang nak main kayak. heh, pergi tempat tu untuk belajar pasal laser, tapi last-last naik kayak jek.

kerana kemengantukan yang amat sangat, tak terbendung langsung gamaknye. aku, Jue, Bibi, Aida. 4 orang ni pergi jauh dari Boat House. kira tempat strategik, hujung pantai betul. di mana pasirnya sejuk, pokok kelapa dan batu besar. 4 orang ni tergolek. huish, nyenyak tidur sampai tak sedar... orang lain panas-panas peluh hitam (yek!) main kayak dengan air masin, yang 4 orang ni bedal tidur.

'JUE!!!!!
ZA!!!!!
BIBI!!!!!!
AIDA!!!!!'

masing-masing celik mata. uish..sedap tido. bukak mata, Kemey berdiri. cekak pinggang. panggil balik ke Boat House sebab semua da habis main kayak. sampai kat sana, masing-masing mencekik minum pagi, mee goreng dengan teh panas. fuh, sedappp..bangun tidur terus makan, apa tak nikmatnya. lepas tu mula la sekor-sekor

'aii..baru makan? orang lain da abes makan dah..'
'mak haih, korang pergi mana ni? korang tido eh?'
yang ni kurang asam, cakap kuat-kuat. tapi ade lagi paling haram..
'korang tido kat hujung sane tu eh? (sambil jari tunjuk kawasan kitorang tergolek) eee...kat situ ade anjing lalu la..'
'jeles la tu kitorang tido,' balas kami.
'korang kene samak ni. tadi anjing lalu kat situ. najis!!'


ini rupe laser tersebut. sume pun sibuk nak posing


kayak-ing..


antara duyung yang sempat jadik manusia


what the...


turtle...


yeah, kegirangan selepas cukup tidur





Saturday, April 3, 2010

pasal kawan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/03/2010 07:06:00 PM 2 comments
sayatetapsaya betul

bangun dari tidur pukul 5.58 petang, Noni mesej, 'Kau pergi keje tak?'. baru teringat yang shift aku dah masuk sejam yang lepas. terus aku kata, hujan. kalau ujan berenti, aku datang. sementara tu, kedai tutup dulu. Aku toleh sebelah aku, rumet tergolek dog. letih la tu. tiba-tiba, aku terus rasa sunyi.

biasanya, hari sabtu aku memang pack nak mati. apa taknya, bangun pukul 5 pagi, siap-siap untuk pergi Latihan Mingguan la, sepanjang hari kau duk berlengas dalam peluh sampai pukul 5 atau 6 petang. sampai-sampai bilik, semua tergolek dulu. dalam pukul 7 lebih baru bangun, solat dan terus pecut ke pasar malam isi perut. malamnya pulak kalau nasib baik, boleh la rehat kat bilik siapkan esemen ke..layan movie ke..keluar ke.. kalau nasib tak berapa baik macam masa zaman kadet dulu, tiap-tiap malam sabtu diorang bantai bagi roll-call. penatnya masa tu, Tuhan je yang tau. tapi itu dulu.

lepas tu, hari isnin, rabu dengan khamis pun letih jugak. hari isnin dengan khamis petang ada Aktiviti Petang pulak. aktiviti ni kalau kena gayanya, setakat lari round-round kampus je la. paling-paling kurang, main bola tampar, bola jaring dengan futsal. tapi kalau turun pegawai yang tak berapa masak sikit tu, mula la dia bagi punishment macam-macam. alasannye nak tengok kitorang fit ke tak. mananya tak fit bila kau kena guling la, starjump la, jumping jack la, kerbau pendek la, start pukul lima sampai pukul 8 malam plak tu. elok je 2 jam akan jadik 3 jam latihan petang. balik bilik, letih. tapi letih-letih pun, malam tu boleh fight lagi pergi group discussion la, ready untuk test esok la, buat assignment la. tapi itu dulu..

pagi rabu selalu bikin kacau. buat insan-insan stok membuta bangun sampai matahari dah segalah tu, memang adventure nak suruh diorang bangun pukul 5 pagi. lepas subuh jek, dalam pukul 6.15 camtu trus pergi padang kawad sebab ade Baris Pagi. kitorang panggil M.I jek. lepas tu sekor-sekor datang pagi tu dengan mata lebam. ngantuk lagi. dulu zaman kadet dengan junior mids, memang pagi-pagi buta kau da berpeluh buat punishment. biasanya dapat la 2 set sebelum start mi, da abes check baris kang, dapat lagi 2 set. pukul 8 mi abes, sume pergi kelas. letih sebab tido malam tu komfem2 la area 12 atau 2 pagi baru lelap, lepas tu kena bangun pagi, pergi MI. kalau kelas pukul 9 start, ada la 2 pilihan. ponteng atau pergi kelas. kalau aku dulu, ponteng. kuasa aku nak pergi kelas, baek aku sambung tido. tahun 1 kat usm, ade la beberapa kali jek aku g kelas pagi rabu, lain sume terkubur bawah selimut. hehe.

masa yang free cuma hari selasa dengan ahad. malam jumaat selalu ada Rounds atau Lawatan Malam. bilik kena pastikan tip top tahap kebersihan tu. jangan main-main, diorang jumpe habuk atau selai jek rambut gugur, berpeluh kau malam tu. bukan kau je, dengan satu intake kau berpeluh. sesak tak sesaknye hidup kalau da tiba ari jumaat ngan sabtu tu. dah la kau kena berdiri lame-lame dalam bilik, tunggu pegawai datang. ade yang detect kau duduk jek, kau berpeluh dulu dalam bilik sebelum kena ramai-ramai. tapi aku dulu duduk jek, kadang-kadang tu makan dulu buah, sambil kunyah, sorang jaga pintu bilik kot-kot la senior da sampai. lepas tu buah tak abes, main campak jek buah tu ikut tingkap.

naik midshipment tahun 3, baru terasa biasa dengan jadual ni. so, bila tiba hari sabtu, automatically akan full. dan bila takde apa-apa, rasa bosan gila. pagi tu bole hadap lagi, da masuk lepas lunch ke petang, rasa bosan. aku punya effect lagi cepat, bangun pagi sabtu tanpa training jek terus rasa bosan. sebab biasanya rancang hari ahad untuk bergonjengan. tapi bila ade 2 hari free, takkan nak 2-2 ari gonjeng. mau kayap poket.

so, ari ni bila kami berpeluang jumpe untuk kali terakhir sebelum tauliah kang, peluang tu digunakan sebaik mungkin. cuma masih ade beberapa orang yang tak dapat datang. nak wat caner kan? seronok, siap bakar ayam, goreng bihun, ade sambal lagik. memang aku, sepanjang 3 tahun kat usm ni, kengkawan aku paling2 rapat pun dalam Navy ni la. memang la ade mulut kata aku tak berkembang, kawan dengan dak Palap jek. abes tu, da susah senang bersama. kengkawan lain tu, yang senang bersama ramai la, susah sama-sama tu..ade. tapi susah la nak jumpa. so, ape yang ada ni baik aku hargai betul-betul.

pernah aku bayangkan sem depan tanpa diorang, ni sem last bagi yang 3 tahun, course aku 4 tahun. berat jugak. sebab dah biasa kot. tiap-tiap kali bukak sem akan ada acara makan semeja satu intake. dengan sambutan besday yang horror gila! rasa macam tak puas pulak dengan diorang ni. aku tak tau la aku yang feeling lebey-lebey ke ape, tapi memang aku akan rindukan diorang la. bebudak trans memang la 4 tahun gak, tapi...memang susah la kau nak jumpa balik bila da takde Navy ni.

9am in the morning


best buddies dua orang ni buat peace. heh, kalau terlanggar divider tu, tak la aman sangat kot~


ok, mandi-mandi is the most exiciting activity of the day! kedalaman air -2 meter


makan also part of the exciting activity, thanks to bbq-er Porke, Bibi..k, Arfa and sape lagi ntah


aktiviti wajib, terjun!


after fully dressed, camwhore dlu


going back home..


korang memang tak cun, hensem pun tak, bajet je lebih- orang kata.
korang best, cheerful, kacak, giloss cun! -aku kata

malam sebelumnya, aku jumpe dengan dua orang buddies aku zaman-zaman sekolah menengah dulu. yang ni takmau cerita lanjut. sebab diorang bitau aku aweks-aweks mereka tak senang aku cun sangat heh perasan! overall, it was a fun weekend (n_n)

peace! u guys in my blog!


Sunday, March 28, 2010

renang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/28/2010 09:06:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

situasi : petang di kolam renang USM.
mood : gayat

'tak mau!!!!!!!!!!!!!!!'
'terjun la, kau tunggu apa lagi?' marah PTI. geram betul dia dekat anak buahnya yang satu ni. disuruh terjun pun susah betul. bukan tinggi mana, pelantar tu 6 meter sahaja. terjun dalam air yang 12 meter dalamnya. letih menunggu, dekat setengah jam!
'kejap, PTI..kejap...'
kecut perutnya melihatkan kedalaman air tu. tambah lagi dengan tingginya. boleh buat tercabut anak lutut. agak lama dia ambil masa untuk terjun. PTI makin panas. 4 orang guys lain da lepas terjun. yang sekor ni, liat bebenor.
'kau jangan sampai aku naik atas, kalau aku naik atas...' ugut PTI.
'ok,ok...' seketika kemudian...
KECEBURR!!

tamat sudah penyeksaan sementara beliau. aku plak, nak sangat jadik superhero. naik atas pelantar, bersama-sama Wal ngan Aida. mula-mula mesti la aku takut tak usah cakap. terjun, sesiapa pun takut. even orang yang nak bunuh diri pun fikir 2-3 kali bila tengok ketinggian cam tu. gayat seyh!
kecebur!!
kecebur!!!
kecebur!!!!
setel sume ladies terjun. tinggallah Asma pulak. ah, ade lagi yang takut terjun. disebabkan dia lagi ambik masa yang lama untuk terjun, aku, Wal, Aida, Kemey, Fina, Alit, Lukman, Shuk, Chuah ngan sape lagi ntah, disuruh hold front support. dah kena hold, kami tengok Asma melalui celah kelangkang. sebab lama kena hold, terpaksa la 'tembak bulan'. waa..heaven. paling heaven bila PTI datang kat kami pukul sorang-sorang pakai float. bunyik dia, KELEPAP! bapak kuat. tapi setakat float, 2-3 kali bukan terasa sangat sakitnya. tapi bila dah masuk berbelas kali..
'Asma..terjun je la!'
'kalau kau fikir takut kau, kau fikir la kitorang ni woi!'
jerit kami. jerit-jerit kat dia, kene pukul lagi.
'eh, disebabkan Asma amik masa yang lama untuk terjun, guys bukak baju. ladies toleh tempat lain..' arah PTI.
kami pusing kiri. lepas tu, kedengaran suara mengerang.
'adoi...PTI!!!'
'adudududdu..macam ni hari-hari, bangkrap aku,'
haha aku tak tau la ape yang diorang kena. tapi macam kena sasar kat part-part yang sensitif jek.

tunggu punya tunggu, Asma tak jugak terjun-terjun. Shasa (ini sorang lelaki ye, bukan perempuan) diarah PTI naik pelantar. cupp, kejap je Asma boleh terjun dengan jayanya. heheh, kena tolak. padan muka. susah sangat.

akhirnya, setel jugak ujian renang kami untuk hari tu. Alhamdulillah, lulus renang. bole la jadik Leftenan Muda yang mantap dan chargasss bulan 6 ni!!

Wednesday, March 17, 2010

oh! pegawai baru

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/17/2010 08:02:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

sangkaan selama ini silap! pegawai baru itu mungkin tidak seperti yang aku harapkan. sebabnya pagi ini sewaktu Baris Pagi, beliau dengan jayanya menyetelkan kami dengan memberi 3 set sebagai salam perkenalan.

heh, aku tak heranlah same salam perkenalan dia tu. dah la muke tak macam Robert Pattinson, tak senyum plak tu lepas acara beri-memberi tajian. hasilnye..kepeningan teramat sangat. almaklumlah, kalau dah tau esok ade Baris Pagi, jangan gatal-gatal nak tido lewat malamnya. ade harapan kau bangun lambat. bila kau bangun lambat, kau kene siap cepat-cepat tanpa sempat bancuh Milo peket macam yang aku selalu buat. kan dah kata,  (nyanyi) 'Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat'. jadi, bila tiada milo, memang lemah longlai aku jawabnye bila dapat beberapa belas set tajian.

sekian, time kasihla kepada pegawai koordinasi baru tersebut. syukur Alhamdulillah tinggal minggu ni and minggu depan jek training aku. bagi kadet-kadet aku dengan junior mids tu, semoga berjaya la ye menempuh sem-sem akan datang. aku dah nak tauliah!!!

Monday, March 8, 2010

kentel

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/08/2010 01:46:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

sedang elok-elok membaca surat khabar kat kedai, aku tercengang seketika. mata tertumpu kat tajuk berita. tersentap jantung.



perlu ke berita macam ni masuk paper? aku terfikir, dah terlepas berita ni ke pengetahuan umum, habis la..nanti mesti orang fikir yang negatif jek pasal tentera. dah tu,semua takut nak join tentera.. pasal taji-menaji ni, kawan aku pernah bagi pendapat. dia kata 'perlu ke benda taji-menaji ni? sebab tradisi jek, sebab tu diturunkan sampai junior-junior. sebenarnye sebab perasaan dendam jek semua tu. kalau kita nak train, tak perlu taji-taji. sebab dendam tu la, diorang akan balas pada yang bawah, dan yang bawah akan beri pada yang junior diorang.'

pendapat kawan aku ni ade benarnye. tapi bagi aku, bagus jugak taji-menaji ni. sebab kekuatan mental tak boleh didik dengan teori. kalau boleh didik dengan teori, baik ambik budak-budak u ni ha. pastu, kau hantar diorang pergi berperang. tengok la, ade je yang sanggup pecahkan rahsia negara kang kalau jentik sikit.

Thursday, March 4, 2010

semue baru

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/04/2010 10:57:00 AM 1 comments
sayatetapsaya betul

keletihan ditaji khamis petang lepas tak habes lagi. tambah berita baru, ade pegawai baru untuk kami. excited? heh, takde maknanye. kalau hensem, rasa berbaloi jugak ditaji. at least dia hensem, mungkin keletihan ditaji hilang selepas tengok muka dia walaupun rasa nak mati. tapi kalau tak hensem....ok, ini leceh. sebab rasa tak berbaloi gila ditaji, tambah-tambah lagi jenis yang muka masam tuh. wah, berbakul-bakul kutukan dia dapat, maka berbakul-bakul jugalah dosa aku bertambah.

*harap-harap muke pegawai baru tu macam die ni hehe


lepas macam-macam benda jadik. aku pun jadik gila sekejap. perangai tak tentu hala.  training goes on as usual tapi lemau sikit sekarang ni. rasa macam nak belit sepanjang masa. sebab asal turun jek, ade je benda tak puas hati dibangkitkan. lepas da bebel, kena pulak! kena bukan sikit-sikit, kau bole rasa nak masuk spital dan mintak mc untuk setiap kali training. 



duit..duit..the only thing dalam otak. kalau boleh dibahagikan otak aku ni, portion paling besar untuk duit. kedua, assignmment. part time aku memang best, duduk je pun, jadik cashier, duduk dalam air cond, selesa. pastu tunggu orang datang ngurat kau. ok, tipu. kau kena kira harga barang-barang tu. dapat customer (yang terdiri dari student2) ok, beli barang rm3, dia bagi rm5. kalau jenis bangang tu, beli panadol dua bijik lima posen tu pun dia nak bayar pakai rm50. lepas tu, aku balas dendam bagi rm1 tu banyak2 sampai cukop jumlah baki duit dia. padan muka.

perlu lebih positif sekarang nih.

Friday, February 26, 2010

guling kaw-kaw

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/26/2010 01:08:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

masing-masing berasa sejuk kaki tangan, muka pucat macam hantu dalam cerita-cerita seram korea ngan jepun. letih, penat, rase nak muntah pun ade. petang ni petang paling hell dalam hidup sepanjang sem ni. bermula dari padang kawad, aktiviti beri memberi buah tangan berupa push-up berterusan membawa ke larian pantas selama 10 minit, dan diteruskan dengan perkelahan di tepi tasik. perkelahan yang tak aman langsung bila kau disuruh berlari..dan kemudian guling-guling, kemudian sit-up, kemudian lari lagi, guling lagi..guling dan guling..lari..(tulis pun buat aku rasa pening).

aktiviti guling memang sengsara. bayangkan kau naik 'pirate ship' dekat genting highland, rasa nak tertanggal tulang belakang? ini lagi dahsyat. lepas tu, ade forward roll. part ni, jangan kata ladies, guys pun same pening. 3-4 orang dah tertonggeng-tonggeng tahan muntah, yang sendawa bau-bau muntah masam pun ade.

try la forward roll ni. kalau rase tak terhuyung-hayang aku tak tau la. ladies ramai yang takleh wat. kene buat side roll. same je tahap kepeningannya. ade satu part, kene guling naik bukit. aku main guling jek. sampai satu masa tu, PTI tegur..
"baju kau tu ade ape?"
aku toleh.
demmit! muntah sape la aku kesat nih


ok...rase letih hari ni. mengantuk sangat-sangat~

Monday, February 22, 2010

latihan tambahan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/22/2010 05:04:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

seperti yang digembar-gemburkan, cuti yang bosan di awalnye menjadi seronok sebab ade kem Palapes. orang tengok, mungkin orang akan ingat 'eee...masuk Palapes muka jadik hitam kowt~' tapi setakat ni, muke hitam pun janji kentelll...

disebabkan budak-budak aku ni semua gila camwhore, maka aku rela ambik gambar diorang mase diorang tak perasan mereka di'capture' oleh lensa aku. hasilnye~

mendaki Bukit Bendera setinggi 5000m dari paras laut


kaki bukit 30 darjah. bukan kamera aku sengetkan, tapi ini hakikat. land rover je yang aku jumpe berselisih ngan kitorang


bayar hutang! panjat bukit penat nak mati lepas tu minum air kelapa, abc, makan laksa

pemandangan dari puncak.
balik dari mendaki Bukit Bendera, semua mengadu sakit kaki. sampai sekarang rasa sengalnye lagi.

Mael in action

sume orang enjoy =)

kasut kotor akibat beberapa hari tak basuh






somehow, gambar ni paling aku suke sebab sume ketawa


ketawa sebab ni! yang memukul itu ialah PTI Madon


mane lagi nak jumpe orang yang sanggup kena guling same-same kalau bukan kamu!

training last sebelum ditauliahkan menjadi Leftenan Muda, lepas tu kahwin nanti bole lalu bawah pedang. heh, kahwin. ok, lari topik.

setelnya training petang ahad, setel jugalah cuti mid-sem. tak larat buat apa-apa, balik makan Queensbay, aku setel satu assignment dan terus bum! atas katil. baru teringat pasal aku terlupa telefon mak aku seperti yang aku bese buat pada hari ahad dan pasal 'namjeon nampa'.