.

seposen untuk Porsche

Showing posts with label Ramadhan dan Raya. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan dan Raya. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Educating Children :: Duit Raya

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/13/2013 09:34:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

We're so used of having angpao or duit raya during Eid Mubarak until our children seeing it as something needed instead of going asking for apologize. I remember when I was in standard 4, collecting duit raya is something fun to do especially when we're with our friends and we start to stop by at any houses. That is what Eid Mubarak means to me instead of celebrating it after the month of Ramadhan.

When I grow up, I realise the collection I have is not as much as I have before. And I start to wonder why. Maybe because of my age, my size or maybe because I was in form 5, that means I'm 17 years!

When I start working, it's my turn to give what tradition and custom start to teach me before. I prepared duit raya for about 50 packs and to my surprise, the kids coming to my house looking inside of it and making funny faces. They left the packs on the table and took only the money. They even talks about the amount just before they step out of our house!

Then I learn that maybe I should educate kids nowadays. Instead of giving them, I want them to come, salaam me and at least say 'Selamat Hari Raya' before I give them one of the green packets. Because I saw what my parents did when we went to houses, they start looking for the children who was watching television to give the green packets, that didn't even bothered my parents when they went into the house. The parents didn't teach their kids to salaam the older people and respect when people come.

So, what I saw was my parents usually will say 'Ok, acik nak balik dah ni. Nah,' and my parents will give the packs to the kids, the kids didn't even blink their eyes from the telly!

Nah, this is what I did this time. When we went for beraya, I didn't look for the children. Only if they come, salaam me before I went back, then I took out the green packet. Same goes to the children that went to my house.

I talk to my sisters, knowing that they still collecting it, I told them what I did. And that Syawal means we're looking for apologize and connecting to each other, knowing our relatives and so on, and it's more that just collecting green packets. So if you have it, syukran. If not, let's enjoy the fun we have travelling from one place to another.

Monday, August 12, 2013

Of Hari Raya and Durian

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/12/2013 05:05:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Dua hari sebelum Aidilfitri, aku hampir-hampir saja ditahan di hospital kerana mengalami kontraksi hari sebelumnya. Kus semangat tak kena tahan. Kalau tak, mau beraya kat wad bersalin aku ni. Hal ini disebabkan oleh ketidakhairanan aku memakan durian dalam jumlah yang banyak. Kalau diikutkan, makan durian hanya menyebabkan panas badan dan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan akan mempercepatkan tumbesaran bayi. Tapi aku tak tau plak kalau mempercepatkan kelahiran. Huhu

Apa-apa pun, kesian pada asbenku kerana dialah yang menunggu paling lama sekali sepanjang menemani aku di hospital. Bayangkanlah admitted pukul 12 tengahari, dalam pukul 3.30 petang baru keluar wad. Sepatutnya hari tu giliran di rumahnya, tapi lambat sampai. Huhu. Punyalah plan nak goreng kuetiaw, tak sempat. Sampai Maokil dah pukul lima setengah, aku sempat gorengkan naget ayam jek. Hee untungnya Umi dah buat sup tulang. Feberet den!

Sepanjang dia cuti, sekali jek dia puji aku masak sedap. Iaitu sandwich sardin! Huhu. Dia kata, 'Saya rasa untuk sandwich sayang ni, saya boleh bagi 9.5 dari 10.' Ceh, punyalah banyak benda lain aku masak, sandwich jek yang dapat pujian?

Cuti juga menguji aku membuat kek lobak merah untuk pertama kalinya. Emm...boleh tahan la sedapnya. Tapi mungkin tak kena dengan tekak mak bapak aku kot. 

Semalam sebelum dia bertolak, aku nyatakan hasrat untuk ikut dia balik ke Lumut. Dia tak bagi sebab hujung minggu ni dia duty. Emm...kalau tak aku memang nak teman. Risau pulak drive sorang-sorang bila dah malam. Elok pulak semalam time dia bertolak tu, hujan. Huwaa lagi la risau berduyun-duyun aku dibuatnya.

Jadinya, setiap sejam aku akan call dia tanya dia dah sampai mana. Risau beb. Aku jugak bawakkan goody bag untuk dia. Hikhik. Dari time bercintan lagi aku ni memang suka bekalkan dengan goody bag. Cuma dulu time bercintan, aku bekalkan coklat je lah. Kali ni, dalam goody bag dia ada towel (aku tak tau apa gunanya towel tu, aku bagi sebab dapat free), biskut raya dalam bekas cantik (bekas recycle kawen hari tu), coklat 2 bar dan gula-gula mentos. Mak aku bekalkan peyek dengan tumpi dengan maruku sembelit. Haha maruku sembelit ialah gelaran untuk maruku yang dibuat guna kacang dal tu, yang kasar-kasar tu. Namanya memang menjijikkan sikit.

Kurang plak daya nak ambik gambo tahun ni. Biasanya rajin je aku amik gambo, tapi sebab tahun ni punya raya aku sibuk kat dapur, pastu keletihan, emm...terpaksa aku lupakan sebentar kegemaran aku tu.

Cuti masih berbaki lagi 5 hari, seronoknya~






Wednesday, July 17, 2013

Nikmatnya berpuasa

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/17/2013 09:49:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sedang berusaha menunaikan salah satu Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Sememangnya bagi aku, terasa amatlah seronoknya waktu berbuka apabila dapat meneguk minuman. Tapi malangnya aku ni tak beranilah minum air sejuk waktu berbuka, stamina aku di bulan puasa ni merudum aje penurunannya. Jadinya aku berbukalah dengan kopi atau teh panas. Pergh, nikmat ok. Asalkan dapat minum.

Setakat ni tak ada rasa nak pitam atau muntah-muntah, tapi rasa haus ya amat. Macam orang lain jugak. Lapar pun kurang. Betapa aku sangat menghargai setiap teguk yang aku minum selama ni. Alangkah nikmatnya air anugerah Allah s.w.t. itu.

Malangnya, aku ni terlalu kuat pulak minum teh dan kopi di bulan-bulan pose ni, sehingga aku mampu minum air kosong 2 gelas sahaja sehari. Sebelum tidur dan semasa sahur. Sepatutnya kena lebihkan kerana kalau badan aku dehidrasi, air ketuban untuk baby pun boleh terhidrat sekali. Baru tahu huhu. Jadinya lepas ni kena tingkatkan minum air kosong.

Bulan puasa kali ini jugalah menunjukkan betapa MALASnya aku untuk memasak buka. Tahun lepas kemain rajin lagi. Buat mi kungfu la, soto lah, masak nasi...tahun ni, setakat ni muka aku tak pernah gagal check-in dekat bazar sekitar Masai ngan Pasir Gudang ni. Cuma waktu sahur aku gagahkan diri untuk masak jugak, walaupun sekadar goreng telur. Tapi hari tu berjaya buat daging padkapau untuk sahur. Kira ok jugaklah kan.

Minggu depan ada lagi sekali check kat Klinik Kesihatan. Tak kusangka, baby dah nak masuk 8 bulan. Hihi. Semalam baca, katanya usia kandungan macam ni, bayi dah boleh menggeliat, kelip-kelip mata, jari pun dah boleh gerak-gerak. Membayangkan macam manalah budak tu menggeliat dalam perut, aku tersenyum sendiri.

Tahun ni agak berbeza, beraya pun dah ada dua kampung secara otomatiknya. Labis dan Muar. Walaupun tak jauh, setakat Wan bawak keter, aku rasa sejam setengah aje jaraknya, tapi bila beraya kena lah bagikan cuti.

Cuti rayaku bermula awal. In sha Allah seawal 3hb Ogos 2013. Haa awal kan. Mulanya nak temankan dia kat Lumut nun ha, tapi mak aku kata dah sarat tu tak payah la pergi jauh-jauh. Balik kampung yo lah. Kot terberanak kat Lumut kang satu hal plak nak balik Johor. Sebab masa tu aku kandungan dah mencecah 8 bulan. Kalau ikutkan aku, sapelah takmau teman suami sendiri. Huhu. Dia pulak taktau cuti rayanya bila.

Kalau balik kampung, sempat la aku menguli kuih raya sejenis dua. Setakat ni dah dua buku kek lapis aku tempah..rasa macam nak kensel tapi segan la pulak. Almaklumlah, mau cecah RM200.

------> bersambung. Toilet.

Alhamdulillah. Lega. Satu fakta yang aku baca, bila kandungan dah masuk trimester terakhir, akan terasa tekanan di kawasan pundi kencing yang mengakibatkan ibu-ibu hamil akan terasa kerap nak buang air.

Buat masa sekarang, duduk lama sangat pun rasa kurang selesa. Berdiri pulak cepat letih. Rasa senak jek bahagian bawah dada ni. Yang paling selesa, semestinya berbaring. Hahah.

Oh ya, feveret den maso bulan poso ni ialah air sirap bandung soda. Dulu pernah buat sekali, berketul pulak susunya. Kali ni, aku buat dengan berhati-hati. Aku kacau dulu susu cair dengan kordial ros. Pastu dah elok warnanya, baru aku masukkan aiskrim soda. Terus kacau. Macam ni, takla mendadih susu tu tadi. Aku buat tak letak air kosong, memang soda tu aku letak banyak. Hasilnya, pekat, segar dan manissss menyelerakan. Aku memang minat manis ok. Jadi, tak ada masalah sangat nak hadap air tu. Cuma kalau buat kat rumah (maksudnya, kampung) memang la aku letak air masak. Kalau tak bising mak aku.


Aku harap, semoga kekuatan terus diberikan olehNya untuk meneruskan ibadah berpuasa ni. Nikmatnya ketika berbuka, Subhanallah...hanya Tuhan yang tahu.


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan datang lagi!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/21/2012 07:50:00 AM 1 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...dapat jugak menyambut puasa selepas beberapa tahun tak dapat huhu almaklumlah...orang perempuan khenn.

I want to wish here a happy Ramadhan...may you will have the strength to fast during the day and pray during the night.

Ramadhan datang dan pergi, cuma kali ni Ramadhan aku adalah yang terakhir sebagai orang bujang...insyaAllah jika dipermudahkan-Nya aku akan bernikah dengan seseorang. Dan itu sekaligus akan mengubah hidupku 360 darjah. Eh ye ke? Hehe lantaklah. Yang penting, setiap Ramadhan ada keistimewaannya dalam hidup aku.

Seingat aku, kali terakhir aku sambut Ramadhan pertama dengan keluarga masa aku tingkatan 6. Lepas tu takde dah, sume pun sambut kat u. Yang lepas...sambut kat tempat keje. Huhu ni la pes time selepas beberapa tahun tak dapat buka pose yang pertama kat umah. Emm..

Hidup makin terurus. Almaklumlah kerja dah ada (Alhamdulillah) dan kalau ada rezeki lebih, boleh la bukak pusat penjagaan kucing-kucing terbiar. Aku tengok kucing kat kawasan umah aku ni makin banyak. Huhu kesian diorang...

Emm...Selamat Menyambut Ramadhan =")

Sunday, September 18, 2011

Tidbits

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/18/2011 05:21:00 AM 0 comments
Johor-Perak-Penang-Johor less than 24 hours




Here's the challenge, I need to collect a letter for my convocation from USM, from 10am Wan terpacak in front of my house and we're headed straight to Selangor. Since he need to get back to Lumut, I'm taking the bus from there and went to Pulau Pinang, meet my friends there and then going back to Johor the same night and then, 8am I pulak terpacak in front of Bentayan Bus Station, Muar. It is indeed, a very tiring job and yet I've done it without failed. Yahooo!!

On the way from Penang to Muar, Cik Haida Hj. Hashim yang comel helped me bought Mc D for me and on the way, i'm eating quarter pounder and watch Pirate's of the Caribbean 2. Rasa cambest sebab bas bergerak and kau tengok movie sambil makan dalam aircond sejuk waktu malam...nikmat. Bila lagi la nak merasa macam ni?


My Raya only starts this week

Yup! Working seems to be the main reason why pagi-pagi raya I'll stay in my house waiting guest and SLEEPING while my family went all over to our couins house.




That night when I was working with Quraishah, she brought Rendang Kerang. This is my second time eating this dish. Trust me, it is sooo delicious! She also brought some ketupat, chicken rendang and masak lemak lodeh.




Finish oledi...haha mesti la aku yang melicinkan mangkuk tingkat berisi rendang kerang tersebut! Thanks Quraishah, it is so sedap and I would like to have it next raya ^-^





Lepas habiskan makanan kekdahnya, melantak pulak aiskrim. Almaklumlah, she's going to continue her study and that would be the last day we're together, so we're having ice-cream and I forced her to buy Milo! Haha though she prefer Solero...ko kene jugak makan eskem Milo!






Haaa....lepas makan, cuba teka siapa yang ala-ala voya tembaga gitew...hahah. Of course we're tired,but Quraishah tewas dulu. She is sooo sleepy. Haha

Then, of course I've been dating with si dia. We went on the road, sesat-sesat and everything, but the most important thing is we able to catch-up things that happen during Ramadhan.




Thanks to these wonderful shoes, keep me company all the way on my journey. This raya is quite special since Amirul Abdul Karim and Norhaida Haji Hashim, friends way back then from Penang visits me. I've never imagined they would come here but they do!




Second day Raya my aunt from Negori still here, so 7.30 am i went to her house (sebelah jer pon) and asked her 'cik, ada lagi tak rendang?' Muka tak malu.

 This Rendang Pedas my aunt brought from Negeri Sembilan is super duper delicious. It is black and super spicy but it taste great to eat with Lemang (lemang pun beliau jugak yang sponsor). Oh, my raya is blessed with wonderful food Alhamdulillah...




Sambal Sotong. Wallaa...after having ketupat, rendang, lemang, serunding, I'm happy to meet my old enemy, squid! Memang habis aku kerjakan. How-evah, Raya doesn't seem like a real 'Raya' to me since i'm working. The next time (insyaAllah), my Raya should be better (Amin....)

Raya is wonderful, but Ramadhan is much better. Sebab tanpa Ramadhan tiadalah Syawal. Apalah maknanya Syawal tanpa Ramadhan. Entah sempat entahkan tidak untuk menyambut Ramadhan tahun depan...

Monday, August 15, 2011

berbuka puasa dan kucing kesayangan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/15/2011 07:55:00 PM 0 comments
Rindu pulak masa Ramadhan di USM. Seronok la berbuka dengan rumet busuk-busuk manja aku tu, Cik Bibie hikhik. Kadang-kadang, Kak Mun pun join sekali. Selalu jugak aku berbuka kat luar dengan kengkawan. Berbuka dengan si dia ada la sekali...

Aku teringat time berbuka dengan rumet aku yang lain. Kalau dengan Ain, berbuka kami minima jek. Cukup sekadar buka sahaja. Kalau dengan Jue dan Arfa, berbuka memang macam-macam sebab Jue berbuka lengkap nasi dengan kuih-muih. Kalau dengan Bibie dan Kak Mun, bergantung. Sebab masing-masing ada main course dengan supper, main course dihadap sewaktu berbuka, supper pulak dalam pukul 9 lebih atau 10 malam.

Paling seronok mesti la berbuka dengan budak-budak Navy aku. Syok sebab meriah, meja panjang 3 4 buah. Lepas tu mula la konpius dah buka ke belum, sebab kawasan kedai makan tu tak dengar azan. Bergantung pada jam tangan.


Haha...rindu, rindu jugak. Aku lagi rindu nak buka kat rumah. Sesedap sedap buka kat kedai, hotel, lagi sedap buka kat rumah. Almaklumlah, mak yang masak kan.




Alhamdulillah...dengan izinNya berjaya buat puff berlapis-lapis cenggini. Kan dah kata, lagi seronok berbuka kat rumah. Sedap ke, tak sedap ke, komfem abes punya.



2 3 hari lepas, aku dapat seekor anak kucing kampung warna kuning putih tompok-tompok. Sangat comel, dalam 1 bulan macam tu usia dia. Adalah jugak kawan budak itam kat atas ni ha. Dan kami semua sayang kucing kecik tu sangat-sangat. Tapi pagi tadi, ada kucing liar datang gigit dia sampai mati. Sedih sebab kucing kuning yang aku panggil Neng-Neng tu manja.


Kucing memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup aku. Dan pertengahan Ramadhan ni, dia dipulangkan kepada penciptaNya. Sehari suntuk ni, Mot cuma tidur jek, tak aktif sangat. Kawan dia datang sekejap jek, lepas tu pergi untuk selamanya.

Thursday, July 28, 2011

brunch anak dara

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/28/2011 12:30:00 PM 0 comments

Waking up and I found myself a loaf of bread on the kitchen counter, I was seeking another thing in the fridge and on the shelf. Luckily, there's an egg, banana, honey and fresh milk. Yippie!


While abah was peeling the garlic, I enjoying myself beating egg with a lil' bit of fresh milk, dipping the bread into it and fry it, slicing banana's and so on.


And then while I was taking my brunch, I got my parcel and opened it. Yahoooo...baju raya aku dah siap!! Jimat duit. Lepas ni buleh la den membeli barang-barang buek kek ngan kuih. Takdo nak boli baju-bajan tudung-tudang dah ha hukhuk bajet bajet.

Esok cuti, cadangnya mau mengajak ibuku ke Econsave ke..Tesco ke..Giant ke..beli barang untuk bulan puasa. Jauh la berjalannya esok. Mak aku tu jenis malas sikit kalau nak beli barang tempat jauh-jauh ni. Penat berjalan katanya. Ah, tak kira. Esok gaji, harus pergi beli esok sebelum aku asingkan duit tu ke tempat lain!

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan datang lagi...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/26/2011 06:17:00 PM 0 comments
InsyaAllah akan berjaya menyambut hari pertama Ramadhan ;) setelah beberapa tahun gagal hukhuk. Semoga aku berjaya memanfaatkan Ramadhan tahun ni dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Dan hadirnya Ramadhan yang bakal tiba ni juga membuatkan aku mula rindukan Ramadhan di Kampung Jawa dan USM.

Jadual untuk bulan Ramadhan pun dah dikeluarkan. Memang simpang-siur jadual tu aku tengok. Ada je aku berbuka ngan bersahur kat kedai ni kang hukhuk