.

seposen untuk Porsche

Friday, October 9, 2009

sayangku tersalah send!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/09/2009 01:21:00 AM 0 comments


sayatetapsaya betul




untuk mereka yang kayu tiga tu, silalah carik alasan yang best sikit kalau dah tersalah hantar mesej/emel tu ye. haish, tak bole blah manusia lelaki yang nak hantar mesej kat gf num 1 terhantar kat gf num 3. tolongla create reasonable answer. jangan bagi alasan macam ni!!!

1) tadi member pinjam phone, dia xder kredit nak hantar kat awek dia
-even betul sekalipun, carik alasan lain. kedengaran sungguh tak logik

2) mesej tu untuk mak saya. memang saya panggil mak saya 'sayang/babe/honey/bucuk-bucuk' pun

3) tak perasan saya taip nama awak tadi. awak 'ayu' kan? bukan 'siti'
-demmit!

4) err...awak tengah buat ape ni?
-kaver kesalahan dengan tukar topik

5) mesej/emel salah send. member saye dengki, dia taipkan tadi
-boleh blah!

nak detect kalau mamat tu memang betul2 kaget (cemas+risau sebab tersalah hantar kat awek num 3), dia akan balas mesej tu lambat. sebab nak cari idea kaver kesalahan tadi. beware, girls!
credit to ****** sebab beri idea entri nih



*gambar sekadar illustrasi,takde kene mengena ngan hidup mahupun mati

Sunday, October 4, 2009

umur dan muka

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/04/2009 11:21:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

'cube awak tengok muke awak kat cermin, kan dah ada kedut2 tu'
terus lari ke loker
hmm...tilik2 muka
aish..tak la..
baru 2* tahun, takkan naik kedut
lagipun saye rajin pakai pelembap
kedut susah nampak
terima kasih kawan2 yang menyambut hari lahir saya
wishes, gifts, party...
haha
really love it

selesai sesi menepung tawar mangsa (yang ni pemangsa)

mangsa


mangsa kedua-kesian kak mun kikiki

sebenarnye ada lagi sorang mangsa. tapi mangsa tu harapkan muke je hensem, model, tapi penakut tepung.


ni bliau!


















abah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/04/2009 11:04:00 AM 1 comments
sayatetapsaya betul

semalam memang seronok + penat. saye rasa mengantuk sampai nak menangis. seyes.
ade jamuan hari raya palapes dan kami bedal sate sebanyak mungkin (hehehe cover diri sendiri dengan melibatkan orang lain)
tapi, sewaktu berbaris di hadapan markas untuk balik
pakcik bas yang bertanggungjawab untuk bawak budak transkerian balik
dijemput makan sekali
masa nak masuk ke dalam markas
dia terlanggar pintu
di hadapan lebih kurang 200 lebih pelajar
dan pegawai serta staf
kapten jo tersenyum sedikit, ade yang ketawa
saye....
sedih
'jangan ketawakan dia!'
okay, maybe i take things too serious
tapi...bayangkan
dia seorang ayah, abah
kalau saye lihat ayah saye diketawakan
kerana kejadian seperti itu
saye rasa sedih (menangis for sure)
dia sedang mencari rezeki
untuk anak2
dan tak kisah dimalukan
tapi ade anak2
malu nak mengaku
pekerja seperti itu
ayahnya