.

seposen untuk Porsche

Saturday, February 12, 2011

oh budak sekolah!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/12/2011 11:04:00 PM 0 comments
Betul. Aku rasa macam nak hempuk jek budak-budak kelas aku yang comel nakal-nakal manja tu. Haish, nak suruh diorang dengar cakap bukan senang. Orang suruh buat kerja sekolah;

'Tak bawak buku lah Teacher...' lepas tu, buat muka comel. Peh, comel gila rasa cam nak tempeleng jek. Selamat ada 5 6 ketul je yang buat perangai, buatnye 1 kelas, tak ke botak kepala aku.




Ada jugak kes, aku bagi kertas latihan, pergi dilipat-lipatnya kertas tu. Mak haih, berapi beb! Ingat banyak la duit aku nak pergi fotostet selai-selai tu.

Ikhlas. Ermm..bila tengok student buat macam tu, berkecai luluh hati aku. Kalau yang nakal tapi dengar kata tu, ditampal. Buatnya tak. Tapi kalau jenis nakal betul tu, memang jadik kapal terbang kertas la jawabnye.




Jenis budak-budak ni, ada yang gemor bebenor le mengusik cikgunya. Gedik lak aku rasa pakai perkataan 'usik'. Asal cikgu-cikgu praktikal lalu, bebudak lelaki sekecik tingkatan 2 leh 'peeeewittt'.

Haiii..aku tengok diorang kecik besar kecik besar jek. Walaupun aku kecik, tapi kalau dah macam tu pe'elnya, diorang tu aku nampak cam semut jek. Sekali ku picit..




Ada jugak kes, aku terpaksa kunci pintu belakang elak diorang cabut balik. Tapi kebanyakannya diorang tak lari balik. Alhamdulillah, mula-mula diorang macam malas buat kerja, yang ponteng pun ada. Tapi setakat ni, tak ponteng dah. Cuma tahap kemalasan tu yang tinggi.

Ada golongan nakal tu nak belajar, macam Bob (bukan nama sebenar). Tapi sebab kengkawan dia, dia cam malu nak belajar. Kengkawan perangai hampeh, kalau dia belajar, hilang la macho sebagai gangster Kampung Dusun dia tu. Ada jugak yang pandai, tapi sebab malas, tu yang dalam kelas, tido. Kes-kes tido ni, biasanya dia sedap membuta, aku tepuk meja kuat-kuat. Haa..nak tercabut jantung kau.






Apa-apa pun, i'll be watching you guys. Jangan sebab korang puji teacher comel, sesenang aku nak melepaskan korang dari homework. Kalau tak pandai, belajar. Cita-cita nak jadik tentera, poyo betul.

Sunday, February 6, 2011

kawan baikku kawen pang kepang kelepung!! (stereotaip bunyik kompang)

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/06/2011 06:20:00 PM 0 comments
yaaa..akhirnya bertemu jodoh juga beliau. Alhamdulillah..happy sangat-sangat.

Kak Mun dan Abang Shazan

Pak Supir

Bila Kak Mun kata serang, kami kata 'Jom!!'

Borak plak dengan member lama sampai bosan kembang nasik dalam pinggan

Tiba-tiba

haiiii u olls..muah muah

Wal, Seha, Asmah dan Yul

Kau ghaso-ghaso e kan nanti, ko nak boghi makan apo?

Den tak tau lagi la, kot dapek diboghi dodak kek orang, den boghi. 

Betul...aku tak tipu

Eto kirim salam

Bergambar bersama keluarga pihak perempuan

Ok, candid!



Masuk bilik pengantin, terus amik gambar hantaran 

Lepas tu, balik Penang semula dan terus lepak di Padang Kota. Dan kemudian, masing-masing berpisah. Perpisahan mesti sedih haish poyo

Friday, February 4, 2011

'poyo' pun ada dalam wikipedia beb!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/04/2011 10:31:00 PM 6 comments
Hah, aku tak sangka perkataan yang selalu digunapakai ala-ala perosak bahasa ni agak fofuler jugak! Menurut wikipedia, 'poyo' ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

1. Seorang yang berlagak, merasakan diri bagus (bajet hensem, kacak, cun, perasan hot), dan suka temberang (jarang lak aku pakai poyo untuk si kaki temberang nih)
2. Seorang yang hodoh dan buruk (tak baik kooo)

Jadi, sebelum menggunakan sesuatu perkataan itu, kenali maksudnya dahulu :) Sekian.