.

seposen untuk Porsche

Sunday, November 18, 2012

Gemuk

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/18/2012 10:37:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Aku menatang pinggan berisi nasi minyak, ayam goreng dan kuah dalca. Lepas tu, aku duduk sebelah makcik-makcikku. Kendian, terdengar sore...
''Makan lagi, kak?''
Aku senyum-senyum kambing. Bengang tapi aku sabar jek. Rilek ar...takkan nak carik gaduh ngan budak tingkatan 1 kan? Aku makan. Setel, aku ambik pinggan hantar kat tempat membasuh dan straight aku mulakan tugas membungkus bontrot.
 Sedap aku membungkus, aku minum air kopi. Dengar lagi...
''Asyik makan je akak ni, patut la tembam,''
''Mulut budak ni aku cili kang! Haa...baik ko jaga-jaga!'' aku cakap dalam nada berlawak walaupun aku SERIUS!

Memang aku naik berat, cakap la aku ni darah manis ke, senang hati ke, makan sedap ke, ada aku kesah? Haa bukan aku tak usaha nak turunkan berat, aku ambik pil, ambik minuman fiber, sapu losyen. Kalau la aku jatuh sakit disebabkan makan ubat-ubatan ni...mulut-mulut ni la puncanya yang dok cakap aku ni dah GEMUK.

Akal memang ada...tapi kalau dah serangan mental bertalu-talu, sape tak bengang cik adik oii.

Monday, November 12, 2012

ke-Angker-an USM

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/12/2012 12:38:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Aku ni patutnye memalam gini buat keje. Tapi disebabkan sistem down, makanya aku bukak satu laman web ni lalu terbaca kisah-kisah misterius di UUM. Haa...maklum aku ni penuntut USM, makanya adalah jugak satu dua kisah yang melibatkan u aku jugak.

Dulu aku ni asal cuti sem, nak balik ke Penang tu mesti aku naik bas pagi dari Johor. Sebabnya nak naik bas belah malam, takde sapa nak mengantor aku ke bus stand Segamat. Citernya bermula bila aku sampai Butterworth pukul 7 malam. Solat and naik feri masuk pulau, sampai USM dalam kol 9 lebih camtu. Dan aku biasanya balik hari Sabtu pagi, so sampai Sabtu malam. Sila maklum kalau cuti sem, blok tempat aku menginap tu memang rata-ratanya kosong.

Nak dijadikan citer, sekali tu aku sampai memang awal la. Kul sembilan lebih aku sampai, lepas tu terus masuk bilik. Sah la aku sorang kat blok tu sebab masa tu cuti sem panjang. Aku tinggal first floor. So, sampai bilik, aku pecut g toilet nak mandi. Tengok lantai kering jek. Tandanya floor aku takde orang. Tengah aku mandi sepantas kilat tu, aku dengar orang masuk bilik air kat bahagian sinki tu. Air terbukak. Lega sikit sebab ada budak agaknya baru nak mandi. Siap2 ambik air smbayang dalam bilik mandi, aku kuar. Tengok-tengok...peh, kering jek sinki. Takde kesan orang guna. Lantai kering, cuma ada bekas tapak kaki aku je. Emm...aku pun blah secepat mungkin, masuk bilik terus tido. Dalam hati aku doa-doa, cepatla member aku sampai.

Kisah kedua plak, masa tu aku sampai USM awal..still belah malam lagik la. Aku ingat pas raya kot. Biasanya bebudak Palapes blok aku tu memang akan balik cuti. Dan bila aku sampai jek blok aku tu, aku tengok ada 2 3 lampu bilik terpasang. So aku pun...Alhamdulillah, dah ada orang dah. So aku buat biasa seperti biasa sebelum esoknya aku tanya makcik cleaner (aku rajin gak borak ngan cleaner, dulu cleaner blok tu orang India)
'cuti raya pun kerja ke, cik?'
'ya lah...awal balik?'
'tiket bas takde, cik. Lagipun ada lagi yang balik awal. Tu bilik-bilik terang kat tingkat atas'
'mana ada...acik sini juga kerja. Dari Jumaat, awak je yang baru sampai...
...katanya mana ada orang balik lagi. Baru aku je sampai. Huhuhu tensen aku.Selamat petang tu rumet aku sampai. Lega~

Lagi, ada bebudak dok kat blok baru bukak atas bukit ittew...nampak lembaga putih terbang dari tingkap ke tingkap. Hmm...tapi dulu masa first year, first sem aku duk jugak blok situ. Memang agak seram la. Bahagian aku cuma 2 je berpenghuni dari 4 bilik. So bayangkan kalau penghuni #1 tak balik, tak ke aku sengsorang kat bahagian situ.



Agak luas floor tu. Rajah ni cuma satu part, dalam satu wing tu ada 2 part macam ni. Dan satu floor ada 3 wing. Kalau time hari biasa pun sunyi jek bahagian wing tu. Bayangkan plak kalau cuti sem camner?! Aku memang tutup tingkap la start kul 6 petang sampai 7 pagi esoknye. Langsir aku cepit supaya tak terbang-terbang. Tingkap dia besar giler. Masa dok blok ni...kengkadang terasa sejuk semacam jek dalam bilik even pasang kipas level 2 jek. Fefeeling Cameron tapi seremm sejuk.

Masa aku join Palapes dulu, early morning activity tu kira dah wajib plak bagi kitorang. Bangun pepagi buta sebab aktiviti start kol 3 pagi, kengkadang kol 4 pagi. Aku teringat masa melintas kat tasik biawak depan blok Aman, kitorang jog masa tu untuk pergi ke bangunan HEP, aku ternampak satu benda terbang dalam jarak 50 meter kat atas kepala. Aku fikir takde pape kot. Tapi skang ni bile terpikir balik...burung ape yang terbang pepagi buta camtu? And agak besar ye saiz burung tersebut. Benda tak nampak jelas sebab pepagi buta...cuma diterangi lampu jalan tapi...kaler merah.

Sekali lagi aku menemankan member aku buka posa kat Pizza. Balik time tu dah nak maghrib so kitorang lalu jalan kat tasik biawak tu sebab tu jalan short cut nak balik IK. So, dalam kesuraman tasik tu sebab pokok besar-besar gila, rendang plak tuh, aku terperasan ada benda melintas dalam jarak 100 meter. Terus ku ajak member tu jalan cecepat sambil berwaspada kot-kot itu orang jahat ke (itu je yang terpikir sebab takut). Sampai blok baru citer kat bliau, tapi bliau kata dia tak perasan pape plak. Perasaan je kot.

Apa-apa pun, Alhamdulillah aku selamat...fuu~









Thursday, November 1, 2012

the L word

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/01/2012 10:20:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Pes skali bila aku invite kengkawan aku menghadiri wedding, bole plak naik status kat pesbuk yang mengguris hati. Apa-apa pun, terima kasih kepada awak kerana menyedarkan saya bahawasanya memang time-time macam ni baru saya nak ingat kengkawan lama. Sebab selama ni saya tak pernah komen status u'oll kat pesbuk, mesej-mesej ke hape..kan. Nak jumpe setiap kali raya, kuar hang out sama-sama pun tak nak dah. Mesej u'oll pun saya tak layan.

Maaflah, saya memang lupa diri.  Sangat-sangat kan? Maaflah lagi sekali. Tak datang pun takpe, saya sedar.











***

Bersawang dah rumah kedua aku ni. Dulu time blaja, kemain lagi boleh kata hari-hari datang melawat. Ini nak jenguk seminggu sekali pun payah. Heh, bukan ada follower gilababeng punya hari-hari baca pun.

Semenjak dua menjak ni..kengkadang terasa diri cam loser plak. Tak leh jadik ni, kene wat sesuatu dalam hidup. Bosan gile hidup takde benchmark. Kalau time blaja dulu bole la kejar pointer. Ini dah keje, takkan nak kejar 'pekerja cemerlang' plak. Emm...kuasa plak haku.

Malam ni ada dinner. Dinner tempat kejer aku ni tak berapa syok la. Almaklumlah kebanyakkannya pangkat mak orang. Nak melaram ikut tema 'glamorous bling-bling' pun tak berani. Tema kemain, aku nak tengok nanti orang pakai bling-bling ke tak.

Lagi sebulan lapan ari jek nak kawen. Hukhuk neves dol! Rasa dia macam ko nak makan siput gong-gong untuk first time. Ko nak makan, tapi ko takut, tapi ko nak try. Macam tu la rasanya.

Aku tengah gian nak karok. Member-member sekeje plak sume bukan kaki melalak macam aku. Dem betul la. Dulu kat uni kemain senang nak carik geng karok, tapi masa tu duit takde. Bajet ciput, karok jamban je la mampu. Skang dah ade duit, member plak takde...pekena karok 3 4 jam best jugak nih. Uishh..giannye.

***
Aku dah balik dari dinner. Serius memang hampeh! Makanan kurang syok. Udang goreng butter tapi kepala udang hitam menunjukkan udang dah lama, kambing lak overcook-daging lembut sangat. Tu je la rezeki Allah nak bagi...bersyukur dan telan je la.

Boring plak ujung-ujung minggu duk umah sewa. Macam orang tua plak rasanya. Tengok tv...takpun membuta..basuh baju..adoi, parah ni.

Hmmph...adakah aku sedang mengalami krisis pertengahan umur? Bulls***