.

seposen untuk Porsche

Monday, September 28, 2009

tips tidak digelakkan orang atas salah sendiri

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/28/2009 10:33:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul



balik dari johor ke penang, saye naik bas. dan saye dapat seat paliiing belakang. sebelah saye lelaki. ini bas seat 2-2. walaupun malam sebelum perjalanan i haven't got enough sleep, tapi dalam bas mata saye segar-bugar. sebab?


aku bantai gelakkan orang yang tidur seat depan-depan tu.


haha!



mamat ni tidur, kejap-kejap kepala die jatuh. huhu kesian, mesti sakit leher bliau. akak yang belah depan die pun same. tu lagi la, ekstrem punya teleng. gambar dia tak dapat snap sebab bimbang yang lain menyedari perbuatan kurang bermoral ni.

ok, ni tips untuk tak jadik macam makhluk2 dalam bas yang saye gelakkan tu.

1) adjust kerusi agar selesa untuk disandar, jika tak, kepala tak stabil, tu yang terjatuh2 mase tidur

2) elakkan dari sandarkan kepala kat bahu, komfem pasti rase tak selesa masa bangun

3) jika tak dapat elakkan perkara num 2, cuba ambil sweater dan gulungkan sedikit. biarkan dia jadik alas di bahu, sekali lagi, pastikan anda selesa dengan gulungan tu

4) jika benar-benar mengantuk, sandarkan badan sepenuhnya pada kerusi. toleh sedikit je ke arah kiri atau kanan, jangan toleh/telengkan kepala sepenuhnya. boleh menyebabkan dengkuran

5) pastikan mulut bertutup sepenuhnya. ini bagi mengelakkan sebarang cairan yang tidak dikehendaki mengalir keluar dari rongga tersebut. kalau tak dapat elakkan, cover muka dengan sweater

6) ade sesetengah yang tidur dengan kepala terangguk-angguk. hehe. ade je kan? elakkan! boleh mengakibatkan pening dan mual dan penumpang lain putus tali usus sebab gelakkan anda.

7) menopang/mengangkat dagu dengan tangan amat bahaya. sekali terlepas tangan, anda boleh terhantuk ke depan walaupun cara ini agak comel.

untuk yang naik bas sebelah siang dan mengharungi perjalanan yang memakan masa lebih 2 jam, tips-tips ini diharap dapat membantu. jika perjalanan sebelah malam, kemungkinan orang nak gelakkan kita agak tipis. tapi, apa-apa pun, silalah berhati2 ye....

Saturday, September 26, 2009

bas abang rosak la sayang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/26/2009 03:56:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

ok, sekarang ni, mase ni patutnye saye dah sampai penang dan sedang bersiap sedia untuk turun bas kerana saye dijadualkan sampai penang pukul 4.30 petang.
tapi, apabila aral datang melintang...
percayalah
ia benar2 melintang
di tengah panas
di perhentian tapah
di dalam bas yang semakin panas
dan dengan mamat sebelah aku yang pasang lagu spring kuat2
arghh!!!
disertai kanak2 menangis
pergh!!
kalau ade penyakit jantung
ade jer yang terkiok kat sini
suddenly, mamat yang pasang lagu spring sebelah ni
mengadu kat awek die pasal bas ni
'bas abang rosak la, bas tak jalan'
kikiki
pastu suh awek die takyah keje
aish! za jahat! curik dengar perbualan orang lain
pastu die suh awek die jemput dia
kikiki
enough za!
bila la bas ni nak jalan...saye tak larat dah ni~~

Tuesday, September 22, 2009

anak mak uteh, landak vs kancil

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/22/2009 12:03:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

balik kampung dan menatap wajah sepupu2 terchentaku, sumenya dah besar panjang. anak2 mak uteh yang dulu kecik2 team *godak parit makin hensem, gila hensem! baru jek menyimpan hasrat jadik calon menantu wannabe, dapat tahu diorang 3-3 orang tu dah berpunya (ToT). credits to mak uteh sendiri sebab citer mase kat dapur. macam ni, lain kali takmau belikan mak uteh punye jeruk hehe (bliau selalu kirim jeruk dari penang)

seronok beraye, setiap rumah ape je yang dihidang saye sebat tanpa sebarang timbang rasa. harus diingat, berat badan perlu dijaga. bila makan, makan je. tapi, always remember to drink water. sebab air akan bantu proses penghadaman dan penyahtinjaan kuih-muih dan segala ketupat rendang lemang tu. makan pun kena ingat, kalau jenis yang kuat makan tu, setiap sejam atau 2 jam amik makanan sikit2. biarkan metabolisma kite bekerja. kalau dapat jus oren atau sunquick, lagi bagus. sangat membantu mengawal selera makan. lagi bagus, dapatkan buah-buahan pelawas seperti betik atau pisang sebagai makanan sampingan. bolehla buang mana yang tak diperlukan. sekian tazkirah syawal untuk ari ni (-_-!)

bestnyer raya kali ni, ade menu eksotik iaitu kancil dan landak. seyes, kedua2 hidangan ni menjilat jari! thanks to abah alip kerana menyediakan menu yang sungguh lazat ini. i bet u guys to try on this. selepas makan, baru dapat tahu landak tu ditembak (gulp!)

ready to eat kancil n landak (pics courtesy from gugel)

*godak parit=dulu2 kat kampung,ade parit yang sangat besar depan rumah, parit tu siap ade ikan-ikan kecik, puyu dan sepat. air parit jernih. godak parit ialah main kocak2 air parit tu dan memancing ikan gunakan batang ubi. di akhir aktiviti, ibu2 akan enterprem cubit telinga kami.