.

seposen untuk Porsche

Saturday, January 30, 2010

training sabtu #3

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/30/2010 06:53:00 AM 2 comments
sayatetapsaya betul

nak buat macam mana bila orang lain cuti Hari Wesak, kau pun sibuk nak cuti tapi tak dapat. entah macam mana bole ada pulak training hari-hari cuti ni. setakat hari sabtu, bole terima lagi. tapi bila training diadakan disaat orang lain bercuti, boleh mental ouh.
kau akan rasa tensen bila bangun pagi, dan tengok bilik-bilik penghuni lain gelap lagi.
kau akan rasa tensen bila tengok kafe mak cik jual sarapan tutup walhal biasanya hari sabtu, dia akan bukak untuk memenuhi perut budak2 Navy yang kebuluran.
kau akan rasa tensen bila kengkawan time-time cuti umum ni pergi naik Cameron atau Genting atau layan movie sampai lebam atau tido lewat malam sebelumnya
kau akan rasa tensen bila memikirkan cuti umum macam ni jugak, bila buat training, bapak ramai tak pergi. masing-masing ada alasan tersendiri

pikir positif punya pasal, aku akan dapat elaun lebih ari ni. patutnye elaun ari ni kena ganda 2 atau 3 kali sebab buat training masa cuti umum.

Thursday, January 28, 2010

nak mati

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/28/2010 12:59:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

aku gayat. orang yang gayat tempat tinggi macam aku ni, mase kacik-kecik dulu, agak terel memanjat pokok jambu, rambutan, mangga dan memacam lagi. tapi aku gayat tengok bawah. setakat panjat, tengok atas jek ada pe hal kan.

tapi sejak-sejak masuk Navy ni, nak mati aku menangani kegayatan aku ni. pernah dulu, masa latihan life-raft, nak mati terjun dari atas jeti jambatan Pulau Pinang ke dalam air tu.

tadi petang, gatal punya rumet ajak buat latihan ujian renang. berenang dalam kedalaman 12 kaki, pastu terjun dari ketinggian yang aku tak tau berapa belas meter ntah. lagi sekali rasa nak mati menangani perasaan gayat tu. sampai kat tempat terjun paling atas, aku dah pegang palang kat tepi tu.
'hoi, kau pegang palang tu buat apa?!'
'aku gayat seh,'

sorang demi sorang terjun. elok je aku tengok. kecut perut, aku tengok bawah. peh, gila dalam! masa ni mula la aku ingat syurga la, neraka la, dosa-dosa dan hutang piutang aku, mak, abah, kucing...dah tu, tinggal aku. manusia yang dah sampai kat bawah tu jerit-jerit suruh terjun, padahal tadi diorang dengan aku sama je gigilnye. wah, kemain lagi korang eh. aku mula tutup hidung, silang tangan. tutup mata dan....

bibik : 'weyh, gila! macam mana dia terjun tu?'
kak mun : 'ha'ah la, bahaya!'
bibik : 'pak cik, macam mana ni?'
'biaq pi la, pandai la dia nak hidup.' balas pakcik jurulatih renang tersebut.

mental aku dibuatnye.

Tuesday, January 26, 2010

teh krisantemum

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/26/2010 06:05:00 PM 1 comments
sayatetapsaya betul

kadang-kadang, kita tak sedar kita ada buat sesuatu perkara yang membuatkan orang lain akan ingat kita sampai mati. sama ada benda baik atau jahat, lain cerita. tapi aku ingat sorang kawan aku ni. kiranya coursemate aku la.

mase tu kami rancang nak buat discussion pasal assignment. dia dari hostel dia, dia tanya la aku nak minum ape, dia tolong belikan. aku seperti biasa menempah air soya, tin punya. ok.

dalam pukul 8, kitorang bertiga dah ada di kafe blok aku. mase dia sampai, dia kata 'kau punya air takde la, sori...' aku kata takpa la walaupun sedikit kecewa. kalau dia beritahu awal, aku tempah satu jenis lagi air feveret aku. heh, orang lain minum air nestlo, tapi aku tak bole minum sebab nanti pening. tensennnya!

suddenly dia bawak keluar air tin krisantemum. aku tergamam. satu ayat je yang kuar dari mulut aku, 'gee...' terharu beb! inilah air yang aku nak tempah sebenarnye.

'i know u kan suke benda-benda ber'teh' ni' katanya dalam nada sedikit berlagak. ceh! tapi seyes memang gua terkaku. sebab air tin ni, aku ingat sampai bila-bila.

see how simple things really can touch people around us.