Assalammualaikum w.b.t.
Kebelakangan ni (akceli baru bulan ni) Jemah (bukan nama sebenar) telah boros berbelanja sampai Asben pun kata benda yang serupa. Pembiayaan ASB Jemah terpaksa ditanggung oleh Asben kerana Jemah telah habiskan petty cash Jemah yang selama berbulan-bulan Jemah kumpul.
Jadi, oleh kerana perbelanjaan isi rumah terpaksa ditanggung Asben sepenuhnya, maka Jemah pun secara tak langsung menerima budget yang sangat tight. Jemah dah tinggalkan tabiat Jemah untuk order brownies chewy gooey dari member Jemah kerana hal ini.
Jemah juga sudah mula untuk membeli lauk-pauk stok peti ais untuk setiap minggu. Kadang-kadang tahan dua minggu kalau Jemah rasa Jemah bizi. Yaa...Jemah akan beli juga nasi bungkus, tapi hanyalah sebungkus. Kerana Jemah perasan Jemah makan sikit dan anak makan banyak.
Setiap kali beli lauk seperti ayam, ikan dan udang, Jemah akan pastikan lauk tersebut dipek dalam bekas yang kecil. Ini kerana kalau kita simpan sekilo udang dalam 1 bekas besar, nak masak nanti kena tunggu defrost semua baru boleh ambik sikit.
So Jemah rasa Jemah bijak (perasan lagi), Jemah gunakan plastik yang Jemah beli di Ikea beberapa bulan lepas dan bahagikan lauk-lauk tersebut. Contohnya, setiap kali masak udang butter, kami memang akan makan paling kuat pun 4 ketul seorang, so Jemah akan letak 8-10 ketul udang dalam 1 beg. Dan lagi 8-10 ketul dalam beg yang lain.
Begitu juga dengan ayam dan ikan. Untuk ayam, Jemah hanya beli bahagian peha dan tight sahaja. Sebab itu bahagian feveret. So akan ada 2 ketul untuk setiap pek.
Jemah juga telah menanam sifat bahawa makan di luar belum tentu selamat. Sebab Jemah selalu terpengaruh dengan status FB yang dikongsi rakan-rakan mengenai santau, udang tak siang, sotong yang hanyir dan sebagainya. Jemah akan sedaya-upaya masak juga walaupun kadangkala hauk. Ternyata memasak mengurangkan kos makan di luar. Contohnya makan di luar walaupun nasi goreng dan teh ais, Tentu tentu dah cecah paling kurang rm6. Tapi Jemah berkeluarga, so paling kurang rm20 dah tentu terbang.
Jemah rasa, kalau masak tu rm20 dapat dah peha ayam dan tight 4 ketul, tambah dengan ikan siakap saiz sederhana. Boleh dah buat lauk untuk 3 hari sekurang-kurangnya.
Jemah juga memastikan Jemah tak beli mainan anak sesuka hati. Itu ialah feveret Jemah yang terpaksa dibuang. Baru-baru ni Jemah membelikan anak set Lego made in China, jenis blok yang besar berharga rm68. Jemah tak bayar, Jemah mintak suami bayarkan. Jadi, perbelanjaan jimat sedikit disitu.
Jemah juga menghadkan permainan 'kutu' kat ofis. Kak Pah, akak di opis Jemah telah membuka 14 group kutu. Dia juga menghasut Jemah untuk join 3-4 group sebab katanya, tahun depan Jemah naik gaji. Tapi Jemah cuba bertahan. Sebab Jemah nak full control dekat perbelanjaan bulanan and cash yang Jemah ada. Jadi Jemah join 2 group sahaja. Cukuplah. Selebihnya, Jemah nak lebihkan pada bayaran pengasuh kalau boleh. Pengasuh anak Jemah sangatlah letih, Jemah hantar pepagi buta dan ambil pada lewat petang.
Jemah juga memastikan sebelum shopping, perut akan diisi terlebih dahulu. Ini kerana, shopping dengan perut lapar akan meningkatkan nafsu untuk membeli. Shopping dengan perut kenyang akan mengurangkan nafsu membeli. Cubalah!
Sekian tips MJBB. Yang buruk jadi teladan, yang baik jadi panduan.
.
Sunday, November 22, 2015
Monday, August 24, 2015
Belanja berhemah
Assalammualaikum w.b.t.
Semenjak kemerosotan nilai ringgit, aku pun cuba untuk memahami apakah efeknya kepada kita. Then I get to know that there's no value for our money outside Malaysia and that harga emas naik. Bahahah
Memetik satu laporan di sebuah forum online mengenai pendapatan dan jenis kereta yang mampu dipakai, aku terkejut mendapat tahu gaji dari rm3000-4000 mampu sahaja untuk menggunakan kereta seperti Mazda, Honda City dan juga Volkswagen Polo sedan!
Mentaliti generasi muda skang ni yang aku dapat lihat ialah, sebaik sahaja habis belajar, semua pulun carik kerja dengan angan-angan gaji Rm3000+ dan lepas tu nak kahwin dan buat loan untuk kahwin. Walaupun aku boros, tapi aku tetap beringat.
Berbelanjalah secara berhemah. Kalau macam aku, hujung bulan sebelum gaji masih mampu spend sikit untuk bercuti. Tapi, syaratnya duit dikumpul dari awal. Bahahah. Mana la nak dapat duit hujung bulan sebelum gaji tu unless kau korek la ASB tu ha. Itu pun kalau ada. Kalau takda?
Pentingnya baya-baya aku ni berbelanja secara berhemah. Setakat ni aku perasan ada sejenis (kengkawan aku rata-rata baya 25- 32) yang jenis berbelanja ikut suka. Maksud aku, beli apa saja dia nak. Hat ni biasanya laki bini mampu, laki peguam ada own practice plak tu. Tak kisah la kan.
Hat lagi satu, jenis biar papa asal bergaya. Yang ni pun ada. Jenis tudung nak paritdah, orang beli rumah, kau pun nak beli rumah jugak, pakai keta 2 bijik lepas tu personal loan melambak. Sampai kat Aeon kredit pun jadi tempat pinjaman. Anak bagi la susu cap murahan asal tudung dan baju ibu bapa bertukar. Adoiii...lepas tu hujung bulan meminjam kengkawan. Dinasihat kawan katanya busy body. Sudahnya, kelautlah kamu anak-beranak.
Alhamdulillah, aku percaya jika kita pandai mengurus kewangan, hidup jadi lebih mudah. Prinsip aku senang, biarlah aku tenang dengan kereta kecikku berbanding pakai kereta besar tetapi maintenance tinggi. Memang sentiasa teringin dalam hati sebab kereta continental sentiasa lebih menarik pada pandangan mataku. Juga kalau kereta jenis ini yang menarik pandangan sopan saudara-mara. Berbanding kereta kecilku yang kini, pandang sebelah mata waima tanya khabar pun takmau.
Seringkali berkongsi rasa dengan rakan sekerja, katanya dia juga mahu begitu. Akhirnya kami saling menguatkan semangat masing-masing. Tak mengapalah kereta kecil, asalkan sampai hujung bulan masih mampu jalan-jalan dan balik kampung. Asalkan setiap bulan masih mampu mengirim wang kepada mak bapak kat kampung.
Paling penting, kurangkanlah makan di luar. Sekali sekala di hujung minggu tidak mengapalah. Untuk wanita bekerja sepertiku, makan diluat amatlah memenatkan. Sedap pulak belum tentu. Lebih eloklah jika masak, suami dan anak merasa air tangan sendiri. Bersih pun terjamin walaupun lauknya ala kadar.
Beli barangan dapur setiap hujung minggu, especially lauk-pauk. Aku jenis merancang lauk untuk the whole week. Wajibnya ada ayam, udang, daging segar dan ikan. Wajibnya juga sayuran tahan lama seperti kobis dan labu. Selalu juga kobis, kailan dan cendawan jadi sayuran wajib. Jadi sekali belanja baru cecah rm50-70 untuk seminggu. Itu pun bergantung juga.
Aku juga amalkan bulk buying untuk sesetengah barangan macam lampin pakai buang. Sekotak sekali beli, untuk jangka panjang. Susu anak juga akan dipastikan beli lebih. Selalunya stok sebulan jugak.
Akhirnya baki barulah dibuat untuk makan diluar sekali sekala atau berjalan dan bercuti. Aku juga bukanlah kaki online shopping yang setiap bulan beli selendang Neelopar atau baju mahal. Payah juga nak beli baju baru tetapi undies aku akan pastikan yang terbaik.
Pentingnya, pokok pangkalnya, diri sendiri. Jika kita berbelanja dengan berhemah, pasti senang dimasa akan datang, in sya Allah.

Thursday, July 9, 2015
Raya Bertiga
Assalammualaikum w.b.t.
Sawang rumah keempat aku ni. Almaklum busy mengalahkan Perdana Menteri. Laki aku beritahu baru-baru ni kami tak balik beraya pada hari raya pertama. Aku tak kisah sangat, sebab dia tak belayar. So aku rasa, it's not a problem at all.
Kali ni juga la aku akan masak sendiri untuk raya. Pelan dalam kepala ni macam-macam. Tapi tak tau la sempat ke tak nak membuatnya. Kalau seorang buat, mana yang larat je la masak. Rancangannya nak rebus ketupat, dendeng daging, ayam kampung masak kari, sambal kacang dengan lodeh. Lepas tu aku nak buat dessert trifle ataupun red velvet cuppies. Punya la planning dalam kepala. Kuih raya 3 jenis dah siap, ok la tu. Maklum nak sambut raya di rumah sendiri, harus eksaited walaupun tanpa mak abah.
Cumanya...ha ada lagi plak tu. Laki aku plak ajak balik kampung. Hangin la aku satu badan. Mana nak jumpa bini tak suka balik kampung? Aku sorang jek. Harus le, sebab aku ni plan nak beli barang weekend ni. Asben pulak duty minggu depan sampai Jemahat baru balik umah. Ceit! Mana sempat nak beli barang macam-macam dengan menu aku camtu.
Penin mak jemah!!

Subscribe to:
Posts (Atom)