.

seposen untuk Porsche

Monday, February 8, 2010

dinner oh dinner

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/08/2010 10:40:00 AM
sayatetapsaya betul

kalau kira-kira, dinner antara perkara paling banyak aku habiskan duit. berbanding perkara-perkara lain. macam tahun lepas, dekat seribu jugak habis untuk dinner, baju je dah 2-3 pasang aku beli walhal malam tu pakai sepasang jek. lepas tu, bayar untuk partner..tapi ini boleh dikecualikan heheh. lepas tu, bajet untuk make-up artist (cewah..akulah artisnye) dan hadiah-hadiah. haish..selamat tak buat dinner tiap-tiap sem, mau bengkrap woo~ inilah aku yang lupa diri bila bab berbelanja. memang amalan syaitan nirrajim btul!

kali ni punye dinner, aku memang bajet-bajet betul. ikhtiar hidup aku untuk minggu-minggu selepas dinner ialah carik biawak, katak atau dedaun pucuk kayu yang boleh dimakan bagi menggantikan lauk-pauk seperti sambal udang, ayam goreng, telur masin dan kobis masak lemak (-_-!)  mungkin untuk bershopping, aku boleh beralih kepada window sahaja sambil menyimpan angan-angan, dan elakkan teman orang lain shopping. sebab it always turns out that aku yang akan beli lebih-lebih (n_n)

risau la pulak dinner kali ni. aku belasah pakai ala-ala cerita 'Nur Kasih' tu. tak grand macam yang lain-lain dengan gaun labuh and manik-manik bagai. huhu (T.T)...

0 comments: