Susah betul nak carik kasut raya dekat Muar nih. Aku pening sebab kedai kasutnya banyak, tapi warna terhad. Balik-balik aku tengok kasutnya warna hitam, putih, hitam, putih. Paling banyak, hitam. Dalam hati aku fikir, pekedai kasut ni rabun warna ke hape. Semua hitam. Kalau nak jumpa warna paling mengancam sekalipun, warna silver penuh sequin, mak haiiii...
Tapi itu bukan topik asal.
Subjek : 'Za, kitorang nak tukar-tukar hadiah mase konvo nanti. Jom la join!'
Mau ku tolak..ah,tak mampu nak tolak. Bila lagi nak dapat hadiah kengkawan kalau tak time macam-macam ni. Tapi ada syarat, perlu 'handmade', iaitu buatan tangan. Aku mula berfikir, 2 3 orang yang join tu sumer berbakat mengait. Ada yang bisnes pin tudung handmade, bisnes crochet handmade, bisnes anak patung yang dikait handmade. Aku?
Haa...takkan nak bagi kuih-muih lak. Mana aku reti sangat buat biskut lawa-lawa nih. Scones aku tu pun da macam bentuk mukabumi bulan dah aku tengok. Kek lapis? Masalah satu jek. Takut tak tahan. Yang lepas aku bawak balik USM kek lapis cheese strawberry, 2 hari je dah naik kulat. Inikan pulak nak simpan sampai 5 hari?
Akhirnya sewaktu aku menolong mak kat dapur, aku terpandangkan sesuatu yang memungkinkan ianya untuk dibuat sendiri. Alhamdulillah...dapat ilham! Sekarang, bagi memastikan keaslian buatan tangan tu, aku dah berfikir-fikir mengenai cara wrapping pulak.
Idea asal. Balang kaca macam ni bagi aku nampak sangat tradisional dan ada nilainya tersendiri. Aku sedang mencari balang macam ni tapi nak kecik lagi, isipadu dalam 50ml pun boleh. Tadi aku carik online, semua besar-besar...lari konsep. Paling penting, penutup kertas dengan tali sabut tu akan melengkapkan konsep tukar-tukar hadiah tu nanti.
Untuk packaging-nya pulak, mungkin beg kertas ala-ala beg wain ni agak sesuai. Sebab tinggi dan boleh letak benda lain (kad ucapan, bunga, lolipop dll.) Simple pun simple, senang aku nak angkut bawak naik bas.
Takpun macam ni. Comel pun comel. Yang penting menyerlahkan konsep 'buatan tangan' tu. Hari tu tak excited sangat nak buat beg-beg macam ni, ni bila dah dapat idea, mencurah-curah ke ladang gandum la pulak.
Yang penting, bahan asas tu ada di sekitar rumah. Tehehe~jimat pun jimat jugak. Sesuatu yang tradisional Melayu + English deco. Tunggu...
Saturday, August 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment