.

seposen untuk Porsche

Tuesday, November 15, 2011

Sebab esok Wordless Wed, jadi hari ini tulis panjang-panjang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/15/2011 11:01:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.


Korang ada tengok tak satu citer Disney tajuknya Into The Wild? Citer tu pasal sorang mamat kacing ni cuba untuk hidup tanpa menggunakan duit. Kononnya la. Macam mana dia survive? Dia tinggal dalam sebuah van, dia memburu binatang liar macam tupai, musang etc. etc. untuk dimakan. Dia mandi dekat sungai. Hidup tanpa televisyen dan teknologi terkini. Berhubung menggunakan surat sahaja.

Gila! Sebab? Aku takkan makan tupai...musang...mintak jauh la. Tak pernah dibut orang Islam kot makan tupai dengan musang. Lain la kalau dalam keadaan darurat. Tapi aku memang perlu survive sekarang.

Kata orang, sepatutnya kita cari penyelesaian, bukan fikir pasal masalah. Tapi kalau tak fikir pasal masalah, macam mana nak carik punca masalah. Dan kalau tak jumpa punca masalah, macam mana nak selesaikan masalah?

Jadi, penyelesaian masalah ialah aku perlu pergi kerja. Duit jual kuih tak cukup. Nak nak kalau yang order tu kebanyakkannya sedara-mara sendiri. Semua pun main cuit-cuit 'ala, sedara takkan kira mahal'. Emm...kerja ikhlas boleh jadi tak ikhlas. Sepanjang tahun diskaun.

Tolak tepi. Nak carik fixed job. Sekarang kita umat akhir zaman ni, manusia tak pandang sumber rezeki tu halal atau haram. 7e harus tolak awal-awal. Jual minuman keras. Nak nak yang beli tu ramai sekali umat Islam... Jadi aku nasihatkan, pada yang lepasan SPM tu kalau nak kerja, elakkan la kerja 7e ya dik. Hukum orang yang menjual, membuat sama la dengan orang yang meminumnya. Bila ada unsur syubhah dalam rezeki, kuranglah berkatnya.

Dalam-dalam krisis fulus ni, ada jugak angan-angan nak pergi bercuti. Ceh, orang lain kerja setahun cuti hujung tahun. Duit ada, tapi tu untuk masa-masa terdesak. Eh, sekarang kan waktu terdesak. Boleh la pakai! Haaa...mengada nak pakai bawak gi bercuti.

Sekarang yang penting, harus usaha mencari sumber rezeki halal. Yeah! Tunggu temuduga pun lambat lagi. Rajin pulak nak meng'improve' masakan sendiri. Tapi sape nak makan? Hukhuk family takde kat umah, pergi bercuti semua. Aku pulak kena tinggal sebab adik aku sorang amik SPM, harus la jaga beliau kejap.

Okeh, petang ni kita keluar!

0 comments: