.

seposen untuk Porsche

Friday, November 30, 2012

Harapan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/30/2012 10:11:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.

Hidup ni memang bukan macam kisah novel. Bila kau rasa orang sekeliling cuma ambik tahu hal kau sorang je, bila orang lain kau boleh marah-marah, sindir-sindir tanpa sebarang pertimbangan, masalah kau saja yang besar dan kisah hidup kau saja yang sempurna. Orang lain tak ada hak ke?

Hidup memang bukan macam kisah novel melayu murahan yang kau asyik jadi pujaan lelaki-lelaki kacak, hebat dan idaman ramai je. Asyik kau je yang berhak rasa cinta dan orang lain cuma jadi pendengar setia masalah cinta kau. Engkau aje yang ada kisah menarik dalam hidup macamlah orang lain takde hidup diorang.

Novel melayu murahan kegemaran tu kisahnya sama je. Balik-balik satu perempuan jadik rebutan lelaki. Lelaki taknak kalah pulak tu, semuanya hebat, kacak la, anak orang kaya la, bos syarikat besar, ada kereta mewah la, macam drama Indon kat tv swasta yang bodoh tu jugak.

Novel melayu payah nak jumpa yang berlainan plot. Selalu kisah cinta yang mual dan muak. Lepas tu bermusim pulak. Time tengah meletup cerita Korea, dia buat novel ala-ala tu pulak. Lepas tu cerita Islamik, berlambak novel islamik. Tajuk pulak semua bertasbih la, lindungan Kaabah la, sujud la. Apa pun tak boleh.

Masalah kau, semua orang kena tolong setelkan. Macam kau sorang malaikat, baik dengan semua orang, orang lain semua nampak jahat. Ramai pulak orang back-up kalau ada masalah.

Bangunlah wei. Bukan kau sorang je yang ada hidup dalam dunia ni. Sekian.

0 comments: