Tu je cara paling jimat aku boleh save duit gaji aku yang ciput tuh. Cemana caranya supaya aku boleh holiday sambil berkonvo di Penang dengan tenang dan selesa yek? Adakah aku perlu potong perbelanjaan di bahagian 'lain-lain' itu? Oh, tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nak mintak sponsor mak abah gua, memang gua malas sesangat la. Abah gua tak kisah, tapi kalau mak gua...gua rasa gua leh tau ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut beliau. Begini bunyinya:
''O...tau nak mintak aje ye. Nyimpannnya tak penahnya ndak! Dapat biasiswa di joli-jolikan. Simpan ASB pun kau jolikan jugak. Kata keja kat Jusco dulu gaji ribu-ribu, tak simpan jugak. Duit Palapes tu pun, kau jolikan jugak. Apa nak jadik...duitnya tak pernah ada. Ada jek yang nak dihabiskan, yang nak disimpan tu, simpan kat mana? Kedai?!''
Oh, pedas barangkali. Tak boleh, tak boleh.Wa mesti carik alternatif lain untuk mencukupkan simpanan wa bagi membolehkan wa bercuti dengan duit yang cukup! Target gua, lepas Penang, Langkawi back to back.
**Lampiran
Plan bercuti ke Penang. Hotel
Tempat makan/Restoran
Jalan-jalan
Shopping
Jeruk Madu Pak Ali
Si dia (n_n)
Pakai baju kancing la suasa~
Pakai mari baba lah melaka~
Biar ana rosaklah binasa~
Kerana konvo tidak mengapa~
dum dum dum
Pics credits to Ginnyhong.blogspot and Google Image ;")
0 comments:
Post a Comment