.

seposen untuk Porsche

Monday, July 18, 2011

tukar tukar telefon

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/18/2011 09:04:00 PM
sekali dalam hidup, mesti kita akan tukar phone kan? macam kita tukar boyfren..

Ok, salah. Ada orang mungkin tak akan tukar-tukar kekasih tapi telefon tukar-tukar. Telefon sekarang ni bukan sahaja satu keperluan, tapi satu kemestian. Aku tengok, budak darjah 6 pun dah pakai iPhone sedangkan aku, kekal setia dengan nokia3100. Huu~kayes sungguhs budaks itus.

Kalau nak dikira kemampuan aku, RM800 pun dah buat aku tercungap-cungap nak bayar. Tapi phone sekarang makin murah, makin mampu milik. Aku ingat masa aku beli K800i dulu, aku beli RM900, seminggu lepas tu kawan aku pergi tengok, dah tinggal 650 jek. Sengal.

Sekarang setelah seseorang tu henponnya rosak sebab tercampak pastu tak dapat dengar dengan clear bila orang lain call, dia pun berniat nak beli telepon lain. Secara tak langsung memotivasikan aku untuk menjanakan wang gajiku ke arah yang sama.




Sony Xperia X10, harga minggu ni sekitar RM1050-RM1080. Berat 135.0g, 4" capacitive touchscreen. Ciri yang membuatkan aku suka ialah kamera dia 8.2Mp (kalau tak silap). Lagipun, memang aku suka Sony punya phone, kamera, bla bla bla. Untuk seseorang itu pulak, ada beberapa phone yang dia duk usha manjang. Dulu carik blekberi, kenapa ntah tiba-tiba tak berminat plak.




Samsung SL. Kawan aku yang pakai jenama Samsung ni beritahu, Samsung jenis yang agak tahan lama dan tahan lasak. Dia guna Sony dengan Samsung sekaligus, sebab tu leh wat perbandingan. Sejauh mana tu aku tak pasti la sebab aku pun tak pernah pakai.
Samsung Galaxy Ace. Sekali pandang, sumpah aku tak tau apa beza 2-2 jenis nih. Ada beberapa jenis dari android punya siri yang aku rasa, sejibik betul. Bezanya kat nama jek. Entahla, mungkin aku kena tengok depan mata kot baru tau bezanya.

Tapi apa-apa pun, aku tetaaaaap sayang I punya nokia3100 tu ye. Sebab telefon tu lagi dah banyak mengharung susah senang dengan aku. Tercampak disaat keluar kereta, terjatuh ketika naik motor, terbaling ketika keluarkan dari poket seluar, tergoreng (tehehe...yang ni eksiden) dan berperisa aiskrim stoberi. Ah, telepon telepon jugak. Sekali beli telefon jek, hangus duit bajet-bajet tunang aku. Huhu..demi telefon!

0 comments: