.

seposen untuk Porsche

Monday, December 24, 2012

Cerita lepas kahwin

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/24/2012 10:43:00 PM 3 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sudah selesai berbulan madu bersama encik suami. Walaupun sekadar berada di Lumut ketika dia bekerja dan aku duduk di rumah je, tapi cukup la. Walau macam manapun, ada kesukaran untuk aku menyesuaikan diri selepas berkahwin. Paling utama dan cukup penting ialah meminta izin untuk kemana-mana. Kadang-kadang aku terlupa nak mesej beritahu keluar pergi makan Tutti Frutti, pergi beli barang...sebab sebelum ni aku main keluar jek. Autoriti katanya.

Lepas kahwin jugak, aku mula belajar gosok baju dia. Emm...tapi uniform dia aku tak gosok la. Aku memang tak berani nak gosok uniform beliau. Takut la terhangus ke, ecehh...alasan. Padahal asyik lupa jek. Dia pergi kerja, aku sambung tido (selepas teman dia sarap), untungnya dia tak suka sarap yang berat-berat. Muahahahaahaha bangun tido mula la aku membaca, buat air panas dan mengadap tv. Time-time dia nak balik, cecepat aku mandi (untuk kali kedua) dan order...

''Nak sambal udang la...dengan sayur. Ape-ape je sayur asalkan bukan peria dan petola,''

Haha setel lunch. Oppp! Bukan nak kata aku malas masak, tapi dia kata tak payah susah-susah. Hee... Petang plak sambil tunggu dia balik, aku baca buku dan lepas tu buat minum petang untuk dia. Then siap-siap keluar dinner.

Hari tu masa duk sana, aku tinggal umah sengsorang. Bila dia bekerja, aku akan duduk ruang tamu je sepanjang hari. Jarang masuk master melainkan dia temankan! Dan kawasan dapur tu aku tak akan masuk selepas Isya'. Eee...tatut. Sebab tingkap dapur takde langsir. Nampak terus kawasan hutan banat kat belakang dapur.


Hari tu kan...nak citer skit. Selepas dia pegi kerja, aku pun meneruskan sesi mencari ilham depan tv kat ruang tamu. Dalam area pukul 8 lebih tu, aku antara sedar dengan tak, aku dengar orang panggil nama aku, sayup jek. Bila aku semakin sedar, suara tu semakin hilang. Benci la aku, nak tido pun tak senang. Pastu dan-dan plak pundi aku ni terasa nak terkucil. Cis!

Bila waktu siang, aku pakai toilet luar master bedroom. Masa aku flush tu, aku dengar toilet dalam master bedroom tu pun flush dengan bunyik paip air terbukak. Aku memula suspek bilik air rumah atas, tapi rumah atas mana ada orang. Benci la aku menda camni. Nak buang hajat pun tak senang. Tu yang aku akan mandi siap-siap sebelum Subuh, buang air siap-siap dan terus tak pergi toilet sammmmmmpai la dia balik lunch. Betapa besarnya peranan dia disisi aku kat sana!

Kalau dulu belum kawen, nak pegang tangan segan. Sekarang, buat la ape pun, ade aku kesah? Kengkadang aku peluk pinggang dia...orang (tua-tua waima muda-mudi) tengok-tengok. Ah, aku dah kawen. Sebab memang tak nampak macam orang dah kawen pun, hikhik inai dah mula pudar warna.

Sebelum balik tu, si dia belanja lunch dekat tempat special. Hmm...saje nak buat I rindu lettew. Aku harap dengan segeranya aku dapat jumpa dia lagi. Dah nak mula bekerja ni, kadang-kadang rasa bila cuti lama sangat, nak start balik memang payah.

Aiyooo...rindu woo.

Okeh, review skit pasal kawen. Hmm...mencik la adik aku ambik gambar gegar la, muka sebelah la...tensen aku.


Semasa kerja pemasangan pelamin, satu keluarga tak sempat tengok pelamin tu disiapkan. Yang tolong tengok ialah kucing aku, si Tompok ni. Dia tengokkan, dan leka pulak dia tengok pelamin tu setel.


Can you spot Tompok? Kalau kau ada kucing, kau taulah apa yang aku cakap ni.


Masa akad, aku ingatkan aku duduk sekali dengan Wan. Rupanya tak dipanggil. Maybe kat masjid je kot dapat tengok laki nikah. Sedar-sedar je, dah setel semua. Bila aku ke hall, dah tinggal lafaz taklik je. Sedih, sedih jugak bila dengar dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri dia. Tapi takla berjujuh-jujuh air mata aku. Nak menangis tu memang ada, sayu je tapi aku tahan membayangkan buruknya rupa aku kalau menangis huh.


Adakah dia juga mau menangis? Malam sebelumnya dia dah tido kat Muar, tapi di homestay la. Pagi tu agak lambat skit rombongan lelaki sampai. Tapi Alhamdulillah, selamat dah semuanya.


Imam Ghazali yang bertanggungjawab menikahkan kami.


Hikhik then ada sesi bergambar. Emm part yang ni seyes aku MALU! Eee...suh ulang balik, takmau aku. Baik la aku camwhore dengan dia jek, dari ada orang amik gambar dan ramai-ramai tengok. Kendian, bersanding. Gedebuk gedebak sampai la kat depan rumah di mana...tu diaaaaa, makcik-makcik aku dengan sepupu tunggu depan pintu. Ramai!!

Ok...kite nak nyanyi lagu pa?

Tau tersengih jek sebab 'tol' banyak. Heheh

Pok amai-amai, blalang kupu-kupu~

Anak itik tokwi mandi dalam kolam~


Kitorang tak nak lagu, kami nak duit 'tol' jugak!!!

Yahooooo!! Berjaya!

I smiled a lot that day. And thank you so much for everyone who've been supporting me from the first day of rewang until the W-day. Without you, it would be meaningless. (n_n)



Thursday, December 13, 2012

Puan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/13/2012 11:18:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...aku dah selamat bergelar isteri orang. Syukur semuanya selesai. Nanti-nantilah aku upload gambar. Ceh, macam la ramai sangat nak tengok. 

Sunday, December 2, 2012

Debaran makin terasa

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/02/2012 11:43:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Cuak cuak. Double cuak.