.

seposen untuk Porsche

Sunday, May 13, 2012

Kisah seram di asrama

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/13/2012 01:21:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.

Kisah #1

Aku suka baca citer seram kat asrama skola. Dijadikan citer, aku pun ade jugak koleksi peribadi pasal asrama skola aku tu. Dijadikan citer, form 4 dengan 5 aku duk asrama. Memang pes time la duk asrama, eksited sebab duk skola teknik, banyak betul bebudak hensem (ceh).

Dijadikan citer, asrama bebudak pompuan ni betul-betul belakang hospital Segamat, belakang hospital itu ialah bilik mayat. Jadiknya, blok aku ni blakang bilik mayat la. Kalau yang tidur katil double decker belah atas leh la nampak blok mayat tu.

Alkisah malam tu kitorang prep kat dewan makan. Kalau prep, asrama kosong, lampu sumer padam (kes nak jimatkan elektrik, sila maklum). Kecuali lampu koridor je la menyala. Warden lak mostly kat dewan makan pantau student. Aku plak, di tengah-tengah prep kul 9 malam tu terasa nak terkucil yang amat sangat! (sangat2). Ko pepaham je la kalau dah tak tahan tu.

Disebabkan tekad, aku lari balik asrama. Masa tu asrama aku, depan bilik air ground floor, ade pokok besar merimbun. Ada 2 bilik air, satu kecik, satu lagi besar. Dengan aku yang takut-takut berani, aku masuk tandas kecik tu. Sebelum bilik air kecik tu, ada surau. Pintu surau terbukak tapi lambu tutup.

Setel urusan, aku keluar bilik air dan lalu depan surau. Masa tu, lampu jalan kat hospital tu terang, dan surau tu gelap. So boleh bayangkan situasi wayang kulit kat situ. Tiba-tiba aku TERtoleh dekat dalam surau, aku nampak bayang-bayang 2 kepala botak jalan belakang surau. Berderau tapi masa tu, kemampuan berfikir buatkan aku teka-teki sapelah punya kepala tu. Terbayang jek mende hijau tu dalam kepala, aku pecut ke dewan makan.

Aku citer kat kengkawan aku malam tu sebelum tido, masing-masing selamba dek aje. Tapi kami memang baca Yasin malam tu.


Kisah #2

Kitorang pelajar pempuan ni, memang ade skuad khas bagi menangani masalah histeria (exco agama). Masa tu ade sorang budak ni selalu kena histeria, kitorang panggil dia 'adik'. Kengkadang ade jugak heroin undangan saje masuk campur menangani kes histeria ni (aku la tu).

Satu malam tu, ada 2 orang kena histeria sekali gus. Aku dengan member aku sorang ni pun, tolong la exco2 agama tu menguruskan sorang junior ni. Yang 'adik' tu awal-awal lagi dah kena dulu.

Kalau nak tau, bebudak yang kena histeria ni, mata diorang bergerak je follow mende alah tu. Masa kitorang pegang budak ni, punyalah kuatnya minah ni mengerang. Dah ditampar berkali-kali pun tak sedar jugak. Mata dia plak asyik melilau je ke sana sini.

Alkisahnya member aku tu plak period. Pastu tolong junior tu. Time dok follow mata dia melilau kejap-kejap kat loker, pastu kat katil, pastu melilau lagi. Last sekali dia stop betul-betul atas kepala member aku yang period ni. Apa lagi, berderau member aku tu. Lama jugak mata minah tu terpaku kat member aku tu, pastu baru bergerak balik. Member aku ambik nafas lega. Maunya tak...


Kisah #3

Kisah ni masa aku kat universiti dulu. Memang dah jadik tabiat aku balik awal untuk start sem baru. Kalau kelas hari Isnin, hari Jumaat malam atau Sabtu malam aku dah sampai. Dan kebiasaannya jugak aku la yang tido sorang kat blok Indah Kembara tu. Toksah cakap la ade orang, memang takde pun. Kalau ade tu la nun kat tingkat 3, takpun 4. Tapi atas tu selalunya takde orang.

So biasanya aku sampai dalam kol 9 malam, aku akan call mak aku pastu aku mandi. Nak dijadikan citer, aku memang selalu berdoa semoga ada orang la. Aku nak g mandi kat toilet ujung nun. Time tetengah mandi tu, aku rasa cam ade orang lain join skali aku mandi. Aku dengar bunyik air terbukak kat sinki dan bunyik selipar kelepek-kelepek. So aku pun rasa selamat la skit. Setel mandi, aku kuar bilik air, tengok sinki sume kering jek. Fyi, aku tak pakai sinki pun sebelum tu sebab tak berani.

Aku tengok-tengok kot kat luar ada kesan orang jalan, takde plak. Emm...sudahnya aku cabut masuk bilik cecepat, lampu koridor sume aku bukak, aku tido sambil tunggu rumet aku yang biasanya sampai kol 4 5 pagi nanti. Huhu seksa ouh.


Kisah #4

Asrama skola aku dulu, ground floor dengan tingkat pertama, tandas ada 2 bilik. 1 bilik air kecik tu, satu lagi yang besar. Dorm aku tingkat pertama. Ground floor takde dorm, cuma ade bilik warden,bilik tv, surau, bilik basuh dengan bilik air.

Tingkat kedua plak ade 2 bilik air jugak. Sama je macam tingkat pertama dengan ground floor, bezanya tingkat kedua punya bilik air ni, bilik air kecik tu dikunci. Kisah ni member aku la citer. Katanya senior kitorang dulu, masa gi toilet memalam, die perasan bilik air yang selalu berkunci tu tetiba terbukak. Masa on the way dia nak balik dari toilet yang lagi satu tu, kena melalui bilik air yang kecik tu, ada sorang minah rambut panjang berdiri. Kes ni aku taktau la betul ke tak, tapi yang berkunci tu sampai zaman aku skola pun, tetap berkunci.


Kisah #5

Ada 1 masa tu, skola kitorang pernah kena histeria besar-besaran sampai kitorang semua kena duk surau utama siang-siang buta. Surau utama ni besar, kalau hari Sabtu, Khamis memang semua pelajar berkumpul untuk bacaan Yasin, solat hajat ataupun Qiamulail. Hari tu memang hari bersekolah, tapi sebab kes macam tu, kitorang dibawa ke tempat yang 'selamat'. Masa duk kat surau, ade dekat 10 ke 12 orang budak pompuan yang kena histeria. Penat toksah cakap la. Almaklumlah, bila diorang terkena histeria, kekuatan jadik berganda-ganda. Kerjanya nak menerajang orang je.

Bila keadaan tu reda dalam kol 11 lebih macam tu, bebudak yang terkena ni kata, dia nampak ada makhluk hitam berbulu besar dekat pintu surau. Benda tu nak masuk kacau diorang tapi tak boleh. Masalahnya, dengan makcik cleaner asrama pun kena kacau. Beliau mendakwa kakinya ditarik ketika menaiki tangga aspuri. Dan masa ni jugaklah, tandas tingkat 2 yang selalu berkunci tu, terbukak. Aku sedar perkara ni sebab aku naik atas carik junior aku, tandas tu terbukak luas.


Kisah #6

Memang ada satu-satu masa kat skola asrama tu yang aku rasa, payah betul mata ni nak lelap. So bila dah payah nak lelap tu, aku terkebil-kebil sengsorang atas katil berlawan dengan nyamuk. Ada satu malam tu aku rasa mata ni payah betul nak tido, dalam kol 12 lebih camtu, aku rasa panas sangat. Lepas tu nyamuk kiri kanan macam hape. Tetibe aku terdengar bunyik pintu pagar blok kitorang terbukak.

Masa tu aku rilek lagi. Sebab aku fikir pagar tu memang guard tutupkan. Masuk 2 3 kali aku dengar bunyik yang sama, aku mula dengar bunyik lain. Bunyik tu panjang sangat. "Eeeeeeeeeeeeeeeeek". Sayup-sayup jek plak tu. Aku baca la ape yang terlintas sampai la terlelap.

Bila aku balik cuti hujung minggu tu, aku citer kat mak aku pasal malam aku tak bleh tido tu. Mak aku kata bunyik yang aku dengar tu....mungkin bunyik cik ponti. Sebab cik pon tu bukannye berbunyik macam yang slalu kuar kat tv tu, tu tipu. Diorang mengilai panjanggg betul.

7 comments:

tanpa nama said...

Best tu best la tp kena lebih drama lg,ok!

Anonymous said...

Seram :'D Takut nak balik asrama .

Anonymous said...

Seramnye cite nie

Nr Syu on November 15, 2014 at 8:44 PM said...

Seram gila.. Tkut pulak nk msuk asrama... :"(

Anonymous said...

ketar2 tgn ni tulis comment ni sbb seram sgt huhuhu

Teacher Sherry on August 1, 2016 at 1:40 AM said...

Aku pnh kene 'gigit' time duduk IK a.k.a Indah Kembara tu. Sbb ade kesan lebam yg pelik.

Teacher Sherry on August 1, 2016 at 1:55 AM said...

Aku pnh kene 'gigit' time duduk IK a.k.a Indah Kembara tu. Sbb ade kesan lebam yg pelik.