.

seposen untuk Porsche

Monday, January 31, 2011

banjir

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/31/2011 06:20:00 PM 0 comments Links to this post
Perkara paling aku risaukan masa banjir ialah kucing-kucing aku. Dulu masa banjir paling teruk melanda Segamat, kami terpaksa berpindah tanpa kucing-kucing kami. Sebab rumah kampung dulu ada alang-alang, jadi kami pindahkan kucing-kucing kami naik atas alang. Baru kami pindah. Mana sangka, air banjir tu sedalam 10 meter...

Dan bila kami pulang, Alhamdulillah, kucing semua selamat. Sebaik je sampai depan rumah, kami dengar kucing kami mengiau. Mungkin selepas beberapa hari tak dengar suara tuannya. Lepas pindah ke Muar, aku taktau apa nasib kucing tu sekarang. Kami ingat nak bawa pindah sekali, tapi sebab kawasan sini tak sesuai bela kucing. Anjing liar bersepah. Sebab tu kami tinggalkan di sana dan amanatkan pada jiran. Sekarang banjir sekali lagi melanda Segamat. Dengar kata, lebih teruk. Allahuakbar...

Monday, January 17, 2011

cuti-cuti mesia

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/17/2011 10:52:00 PM 0 comments Links to this post
n_n


Seperti biasa, pembukaan sem tidak akan sempurna tanpa pergi bercuti. Dan kali ini, destinasi saya ialah kawasan pelabuhan Navy ^^

Walau bagaimanapun, lebih kepada test kamera baru sebenarnya.





dekat Taman Monyet


oh, anaknya yang comel




merenung masa depan barangkali






arghhhh!!!!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/17/2011 06:49:00 PM 0 comments Links to this post
Sesekali aku terpikir gak, pehal la aku boleh tercampak nak jadik cikgu nih? Wah, rasa berat gila kepala!

Tuesday, January 11, 2011

bukan kami tak mahu belajar, tapi...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/11/2011 06:25:00 PM 0 comments Links to this post
Nakalnya Ya Tuhannnnnn...

Antara kelas tercorot, kali pertama aku masuk kelas, nampak muka-muka liar tu. Lebih senang mengajar budak tingkatan 1 pucuk rebung yang baru masuk sekolah menengah, dari si tua bangka yang dah keras menjadi buluh.

Nak taji pun, kalau junior aku sedap jugak aku bagi guling-guling. Selamat budak sekolah, tak boleh sentuh langsung. Hari tu masa sesi pengenalan diri aku tanya sorang-sorang cita-cita diorang. Ramai jugak dari group nakal tu nak jadik askar. Ha, masuklah Navy. Bolehlah aku suruh beliau torture diorang kaw-kaw.

Sunday, January 9, 2011

aku cikgu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/09/2011 10:13:00 PM 3 comments Links to this post
Ha la! Nanti aku tunjukkan kawasan sekolah aku eh. Ada 15 minggu praktikal, tolak cuti raya cina seminggu, cuti sekolah penggal satu seminggu, tinggal 13 minggu jek. Hahaha antara sebab aku perlu seronok jadik cikgu, cuti sekolah banyak. Cuti pun bergaji. Ekekeke

Memang la aku susah skit nak hidup takde kucing ni. Kat kawasan rumah aku ni, kucing jiran sebelah rumah memang banyak. Siap pakai loceng lagi sumer kuceng-kuceng dia. Comel dan berbulu kembang. Tapi kucing dia sombong! Macam tuannye jugak. Ingatkan tadi petang kami nak la tegur-tegur rumah sebelah ni, siap nak bagi buah nangka lagi. Bagi salam punya kuat, tapi orang kat dalam buat dek jek. Bukan kami tak nampak bayang-bayang orang datang kat pintu rumah tu, lepas tu blah. Haish. Lepas tu, kami bedal nangka tu ^_^

Anak murid kat sekolah. Memang lain la dengan sekolah aku. Sekolah aku dulu, tak lekang anak murid bagi salam bila selisih dengan cikgu. Ini tak, boleh nampak jenis budak yang pandai dengan budak kelas hujung. Kalau budak kelas pertama ngan kedua tu, elok lagi perangainya. Bagi salam, takpun pandang dan senyum. Kalau budak kelas belakang, pandang pun tak nak. Kalau yang perempuan, harapkan pandang aje la, siap jeling lagi. Wah! Kelas nkoo sekolah aku ni.

Aku teringat pesanan atuk aku, 'biarlah kita bodoh, kurang berilmu, asalkan budi bahasa kita tinggi.'

Wednesday, January 5, 2011

hilang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/05/2011 10:59:00 PM 0 comments Links to this post
Bila kita sedar kita dah hilang sesuatu, dan pada masa yang sama, hakikatnya kita tak dapat patah balik ke masa lalu. Kita akan rasa satu perasaan, berat sangat dalam hati. Sebak.

Benarlah, bila ada di sisi, tak pernah kita endahkan. Tapi bila dah hilang, baru kita tercari-cari. Dan bila kita sedar, ia dah pergi untuk selama-lamanya...