.

seposen untuk Porsche

Sunday, June 27, 2010

eh,ape ni makcik?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/27/2010 12:18:00 PM 3 comments
sayatetapsaya betul

lokasi : pasaraya Nirwana Maju (tempat groceries paling murah kat sini)

cuti-cuti macam ni la rajin aku 'mengrintil' (maksudnye mengekori) mak aku pergi supermarket carik barang. dengar dia membebel pasal harga tepung dengan telur makin naik la, pasal nak masak ape malam ni la, dan memacam pasal lagi. time-time die pilih bawang, aku pergi la ke tempat feveret iaitu tempat barang-barang beku.

ok,troli aku depan aku. dan sebelah aku ade lagi satu troli, sape punya ntah. dalam troli aku, ade daging cincang, dua pek jejari ketam perisa ayam dengan nugget ayamas. aku toleh nak carik kentang goreng, beberapa seken lepas tu,aku terkejut bila tengok ade ikan tongkol plak dalam troli aku. pelik. aku ambik, aku belek-belek ikan tu, aku tarik nafas, ni mesti..

'eh, tu ikan acik. nak, pergi beli sendiri yek,' balas makcik tu. lepas tu, laki die kot, tanya..'kenape?' makcik tu kata 'budak ni tersalah ambik ikan kite.' aku senyum je la walhal dia yang salah letak!! aku pusing nak ambik sosej, aku toleh balik, tengok dalam troli aku, ade plak ikan tongkol tadi. ok, babai makcik.

tengahari tu, ikan tongkol masak kari. gila sedap mak aku masak.

Saturday, June 26, 2010

untuk kamu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/26/2010 08:55:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

wish that i was there by your side,
to give shelter for your broken heart
to give you warmth for your cold and fear
to give you strength..when tears fall down
from your eyes
to lend you shoulder, when you need one
to give you a place, where you know
that there's still love
spaces that belong to you
when yours is lost
that i
me
have that
just for you

Thursday, June 24, 2010

tak payah kawen la

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/24/2010 12:02:00 PM 1 comments
sayatetapsaya betul

buat kek batik yang gamaknye simple tu pun aku tak reti. bole pulak terkeras, sekali potong, dengan loyang kek mak aku sekali terpotong. punyala keras. mak aku da bising tu, katanya mana nak buat loyang kek lapis die nak meniaga. ala, mak ni. nanti orang ganti la..



kesimpulannya, gunakan 2 tin susu, jangan memandai-mandai ubah resepi ikut tekak sendiri. konon-konon nak elak kencing manis la, sakit jantung la bagai..

Monday, June 21, 2010

father of wisdom

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/21/2010 09:24:00 PM 1 comments
sayatetapsaya betul

semalam aku terbukak 8tv dan tertengok satu rancangan yang ala-ala Bersamamu kat tv3 tu. berbahasa cina, aku rasa rancangan dari Taiwan kot.

keluarga ni terdiri dari 2 orang, bapak dengan anak perempuan. bapak dia ni ade penyakit strok, anak perempuan baru berusia 15 tahun. binik dia meninggal sebab barah. diorang menyara hidup dengan menanam dan menjual rebung kat kawasan pergunungan. pergunungan mane, yang tu kene tanya diorang balik, aku lupa. sepanjang temubual, diorang senyum jek. walaupun hidup susah (makan tengahari pun kerajaan support tiap-tiap hari), tapi takle diorang nangis-nangis cerita pasal life diorang. berbeza ngan Bersamamu.

apa yang membuatkan aku tertarik pada keluarga ni ialah kata-kata bapak tu, 'kita perlu ajar anak kita hidup dalam kesusahan. biarkan mereka tahu susah payah mencari duit, barulah mereka boleh menghargai hasilnya.'

lagi satu, anak dia pernah kuar rancangan tv sebab kemahiran dia main alat muzik traditional Guzheng, tapi bapak dia tak bangga pun. pakcik tu siap pesan lagik kat anak dia, 'jangan rasa diri tu hebat sangat sebab keluar tv, kamu tetap perlu belajar sebab tak ada siapa akan tolong kamu, kecuali diri kamu sendiri dan ilmu yang kamu ada.'

bila ditanya adakah si anak pernah membuatkan pakcik tu kecik ati, memula pakcik tu kata tak ada. tapi bila tanya 2-3 kali, dia kata ada sekali, waktu anak dia dapat keputusan teruk masa exam. lepas tu, aku dok fikir-fikir balik...huhu mase sekolah dulu..ntah bape kali result exam aku teruk~ haih, insaf..insaf..

Wednesday, June 16, 2010

when nature's call

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/16/2010 11:45:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul


ikan tak ada kena mengena.

akceli, aku rasa langit sangat cantik sejak akhir-akhir ni


langit di Penang









from the window pane of my granny's house





langit when we're having barbeque




going to rain..its dark, scary but i just loved it

all in all

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/16/2010 12:27:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

when my father first met me at my granny's house, he kinda ask me 'kakak, kenapa dengan muke tu?' and i was like..'abah!!!' i know it's dark, and macam ade topeng yang berbentuk petak kat muke ni. i tak tahu nak jawab ape lagi..(kenapa aku tulis macam gadis gedik nih?)

so, itu la komen pertama abah bila nampak aku. sekian.

3 minggu tauliah. ni baru dapat hapdet full entri, serba sedikit jek pasal aktiviti aku semasa 3 minggu ni.






aku buat keputusan untuk balik awal ke Penang, sehari selepas Shrek 3 release..heheh. so, hari Sabtu tu Mirul datang and bring all of us to Queensbay, we had McD yang mane merupakan feveret Mirul (selain dari kekangan duit--->almaklumlah, tengah cuti), sebelum tu main-main game dulu and then tengok Shrek. memang terbaek!!



malam tu, having a very wonderful dinner. dinner aku dengan kengkawan Navy bukan dinner kat hotel atau restoran mewah, cukup sekadar masing-masing kuar duit, payung-payung dan wallaa..ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, daging masak merah, kerabu mangga, tomyam campur extra pedas and nasik putih + air tembikai. sume sekali RM40

the next day, hari Ahad, masing-masing melapor kat KD Sri Pinang. aktiviti bermula dengan kawad pagi tu, dan keesokan paginya kami tengok perlawanan hoki antara TUDM, TDM dengan TLDM.




pasukan penyokong..



feveret player aku..teehee..sempat je cuci mata tengok Iskabella nih

selama 3 ari perlawanan hoki, kami terpaksa berlatih kawad pukul 3 petang sampai 5 petang. syukur jugak mase tu, musim hujan. muahaha! muka tak burn sangat, kawad pun tak letih. cuma bila kau duduk dalam baris yang mana, ade budak malas basuh baju, kau boleh rasa nak pitam la bila diorang da berpeluh.

ok, sukan 4 penjuru. bukan bermaksud sukan tu dimainkan dari 4 penjuru berbeza macam padang bola tu. tapi sebenarnye melibatkan Palapes USM, Palapes UUM, staf KDSP dengan PSSTLDM. group aku bernasib baik, menang la acara bola tampar johan dengan futsal wanita, naib johan. hehe terel kan aku main?

seminggu kat KDSP setel, lepas tu move on dekat USM. which is super tired! dua minggu semuanya sama jek. pagi kawad, petang kawad, malam latih amik watikah depan agung. aku tersasul beberapa kali mase terima watikah kuning tu, aku cakap 'Daulat Tuanku', 'Menjunjung Titah', tak cakap pape langsung pun ade. heheh tapi Alhamdulillah, mase hari sebenar lancar je aku sebut 'Menjunjung Kasih, Tuanku' tu. hehe

pagi tu, kami bersiap sebaik mungkin. walaupun mak bapak aku tak datang, tapi aku tetap nak buat yang terbaik. dan lagi satu, aku ingat bila disebut kerabat diraja, semuanya hensem. hakhak tapi bila tengok raja muda perlis tu...chubby. comel betul! hakhak dia kata 'Palapes hitam legam'. tapi dia seronok.



it's me bebeh


having nasi putih, sambal, telur goreng and sosej for lunch..huhu

walaupun family aku tak datang, tapi aku ade Syuk, Pijie, Too dengan Mat temankan aku selepas selepas selesai upacara amik watikah. dan aku dapat bunga dari Puan As..hehe terima kaseh auntie! petang tu, jumpe dengan Menteri Pertahanan. beliau memang best! tapi..sebelum menunggu ketibaan dia tu, ramai je kepala macam ayam kene sembelih kat dewan tu. terteleng-teleng sebab tido..termasukla aku sekali.





told ya, we're so sleepy

malam tu..dinner ataupun comball dekat Eastern and Oriental Hotel. memang terbaik! overall, aku rase seronok. aku turun gak la kat dance floor tu, menari dengan Dato', Datin..heheh sekali sekala.



peach rose, and a yellow one from Shuk, not included here. bunga rose kuning tu dia curik dari meja makan



inner decor



super yummy grilled mediterranean salad



baked tomato soup



lemon sorbet



main course: tenderloin steak with mashed potatoes. for my partner, chicken breast with pasta.



yang ni desert dia..name mango ape ntah.

the next day, aku naik bas malam. so, siang-siang hari tu ronda-ronda dengan Kak Mun and Syuk and tengok movie ni..The A Team. memang terbaek!



dan berakhir di situ. hallamak, rindu ah ngan korang-korang intake 21 ni.











Thursday, June 10, 2010

hitam

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/10/2010 06:31:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

'eh, za. apsal ko gelap sangat ni?!'
'za, kau punya kesan sunburn tu teruk sangat la.'
'peh, gila belang!'
'za, apsal muka ko teruk sangat ni?'

ayat-ayat atas ni memang ayat nak mintak penampaq. dah tau aku tengah training mana dan (sempat) nak jaga muka bagai.

Thursday, June 3, 2010

tutup mata (entri bengang+jiwa kacau)

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/03/2010 08:11:00 PM 2 comments
sayatetapsaya betul

dah la tak dapat masuk platun sendiri, kene masuk platun universiti lain pulak. dah la platun universiti tu sumenye tak reti kawad, kaki sendiri salah langkah nak tegur kaki orang lain..memang la aku bengang. akibat tahap ke'tensen'an yang agak tinggi, GI cakap pung pang pung pang kat depan, aku buat tak tau jek. dia back-up anak buah die yang tak reti kawad tu. dah tu, anak buah dia sedap-sedap pick-up aku, kata aku langkah kecik la masa dalam baris, tangan tak hayun tinggi la..ewah-ewah sesedap rasa.

anak buah sendiri melantun hangit bole dia buat dek jek. wah, ini sudah lebey. hangin kot. aku tak marah nak tegur kesalahan aku, da memang tangan aku kalau dah bengkok tu,tak le nak buat ape la. tapi at least tangan aku hayun tinggi. tak macam anak buah dia tu, mase perlahan jalan pun bole lari-lari lagik, dah la tu selalu salah kaki. yang lagi sorang minah tu pulak, dok pijak kasut aku. bukan nak cakap 'sorry' pun. lagi dia kutuk ade la. last-last, dia dengan anak-anak buah dia aku buat tak layan. kau membebel la sorang-sorang sana.