sayatetapsaya betul
when my father first met me at my granny's house, he kinda ask me 'kakak, kenapa dengan muke tu?' and i was like..'abah!!!' i know it's dark, and macam ade topeng yang berbentuk petak kat muke ni. i tak tahu nak jawab ape lagi..(kenapa aku tulis macam gadis gedik nih?)
so, itu la komen pertama abah bila nampak aku. sekian.
3 minggu tauliah. ni baru dapat hapdet full entri, serba sedikit jek pasal aktiviti aku semasa 3 minggu ni.
aku buat keputusan untuk balik awal ke Penang, sehari selepas Shrek 3 release..heheh. so, hari Sabtu tu Mirul datang and bring all of us to Queensbay, we had McD yang mane merupakan feveret Mirul (selain dari kekangan duit--->almaklumlah, tengah cuti), sebelum tu main-main game dulu and then tengok Shrek. memang terbaek!!
malam tu, having a very wonderful dinner. dinner aku dengan kengkawan Navy bukan dinner kat hotel atau restoran mewah, cukup sekadar masing-masing kuar duit, payung-payung dan wallaa..ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, daging masak merah, kerabu mangga, tomyam campur extra pedas and nasik putih + air tembikai. sume sekali RM40
the next day, hari Ahad, masing-masing melapor kat KD Sri Pinang. aktiviti bermula dengan kawad pagi tu, dan keesokan paginya kami tengok perlawanan hoki antara TUDM, TDM dengan TLDM.
pasukan penyokong..
feveret player aku..teehee..sempat je cuci mata tengok Iskabella nih
selama 3 ari perlawanan hoki, kami terpaksa berlatih kawad pukul 3 petang sampai 5 petang. syukur jugak mase tu, musim hujan. muahaha! muka tak burn sangat, kawad pun tak letih. cuma bila kau duduk dalam baris yang mana, ade budak malas basuh baju, kau boleh rasa nak pitam la bila diorang da berpeluh.
ok, sukan 4 penjuru. bukan bermaksud sukan tu dimainkan dari 4 penjuru berbeza macam padang bola tu. tapi sebenarnye melibatkan Palapes USM, Palapes UUM, staf KDSP dengan PSSTLDM. group aku bernasib baik, menang la acara bola tampar johan dengan futsal wanita, naib johan. hehe terel kan aku main?
seminggu kat KDSP setel, lepas tu move on dekat USM. which is super tired! dua minggu semuanya sama jek. pagi kawad, petang kawad, malam latih amik watikah depan agung. aku tersasul beberapa kali mase terima watikah kuning tu, aku cakap 'Daulat Tuanku', 'Menjunjung Titah', tak cakap pape langsung pun ade. heheh tapi Alhamdulillah, mase hari sebenar lancar je aku sebut 'Menjunjung Kasih, Tuanku' tu. hehe
pagi tu, kami bersiap sebaik mungkin. walaupun mak bapak aku tak datang, tapi aku tetap nak buat yang terbaik. dan lagi satu, aku ingat bila disebut kerabat diraja, semuanya hensem. hakhak tapi bila tengok raja muda perlis tu...chubby. comel betul! hakhak dia kata 'Palapes hitam legam'. tapi dia seronok.
it's me bebeh
having nasi putih, sambal, telur goreng and sosej for lunch..huhu
walaupun family aku tak datang, tapi aku ade Syuk, Pijie, Too dengan Mat temankan aku selepas selepas selesai upacara amik watikah. dan aku dapat bunga dari Puan As..hehe terima kaseh auntie! petang tu, jumpe dengan Menteri Pertahanan. beliau memang best! tapi..sebelum menunggu ketibaan dia tu, ramai je kepala macam ayam kene sembelih kat dewan tu. terteleng-teleng sebab tido..termasukla aku sekali.
told ya, we're so sleepy
malam tu..dinner ataupun comball dekat Eastern and Oriental Hotel. memang terbaik! overall, aku rase seronok. aku turun gak la kat dance floor tu, menari dengan Dato', Datin..heheh sekali sekala.
peach rose, and a yellow one from Shuk, not included here. bunga rose kuning tu dia curik dari meja makan
inner decor
super yummy grilled mediterranean salad
baked tomato soup
lemon sorbet
main course: tenderloin steak with mashed potatoes. for my partner, chicken breast with pasta.
yang ni desert dia..name mango ape ntah.
the next day, aku naik bas malam. so, siang-siang hari tu ronda-ronda dengan Kak Mun and Syuk and tengok movie ni..The A Team. memang terbaek!
dan berakhir di situ. hallamak, rindu ah ngan korang-korang intake 21 ni.
0 comments:
Post a Comment