.

seposen untuk Porsche

Wednesday, May 30, 2012

Boring

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/30/2012 07:03:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Wan ni asal dah balik kampung, memang hilang terus orangnyer. Jangan kata sms, call jauh sekali, bau kentut pun payah. Bengang plak aku. Dengan keadaan aku keseorangan kat sini, ditambah pulak perasaan malas berkati-kati tak nak datang orientasi...menjadikan aku tensen. Dan bila aku tensen, harus aku makan dengan banyaknye.



Minggu lepas aku dengan Mashi (tah) dinner dekat Old Town. Ni seken time aku masuk Old Town, dulu aku pergi ngan Kak Mun. Oh, betapa aku rindu nak makan-makan dengan beliau! Huhu


This is Chocolate Coffee which Mashitah ordered. Price RM 4.90.


Mine is Orange Frizz Float. I think its a combination of 7-Up, Sunquick concentrate and vanilla ice cream. It's nice but the portion is too big for me. With the price of RM 6.90, it would be much better if shared by two person. Kinda refreshing drinks and suit the best for your lunch, not dinner.


I always love sandwich..


Tuna toast. Roti dah sejuk, tapi masih rangup ditambah dengan kesegaran salad tu (salad masih rangup) dan juga cold tuna. Just nice. RM 5.90. Ini kalau beli roti Gardenia sendiri, tuna dengan salad, mau dapat berkeping-keping tuna toast. Nak membazir makan kat luar je kekdahnye.



Asam laksa, harga RM 6.90. Sedap la jugak walaupun tak rasa asam laksa langsung. Rasa masam, tapi takde rasa ikan. Mungkin tidak menggunakan ikan segar kot.


Beberapa hari sebelum tu aku ada baki strawberi dengan aiskrim Cookies and Cream..ape lagi. Sebelum g sekolah aku sumbat dulu semangkuk.

Aii...bile la boleh balik kampung nih!








*thanks for the Red Delicious (n_n)* mmuah!

Saturday, May 19, 2012

Masalah dalaman manusia :: Aku tak kebulur wifi kau ok

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/19/2012 09:32:00 PM 1 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.




Ini minggu lepas punya...lepas tu minggu ni punya plak...

Sebelum ni takde plak hamba Allah ni muncul, beberapa minggu kebelakangan ni menjadi-jadi plak.




Friday, May 18, 2012

Hari Guru itu Hari Aku

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/18/2012 10:45:00 AM 1 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.



Ehehehehehehehehem!

Hahah yessss...I never thought I won...I never thought I was up-to-date enough to won this award. However, you guys are so cute. Thanks.





Fyi, we need to wear like a student and we're taking big effort to make it happen. Some of us have been borrowing shoes, scarf and baju kurung from the student.




I also bought another shoe to match with my uniform. Back then, students who wear satin as their school uniform is considered as rich enough.





Kesemua pelajar tingkatan enam ini sudah mempunyai anak. Sekian.







Berarak ke dalam dewan.



Masuk-masuk jek dewan, tepukan gemuruh dari pelajar. Siap ada karpet merah lagi beb!


 Red rose as a symbol of appreciation....no?



Selepas itu bermulalah rombongan guru dari kelas ke kelas. The firt class was nice. We've been entertained by 3 students who show their talent to dance!

But my eyes was glued to the thing in red box.


Finally!! I'm having a small portion of this deliciously tempting oreo cheesecake. There's lotsa food. Pizza aje dah datang dari tiga company, nasi beriani, nasi ayam, nasi beringin, chicken chop, roti jala, spageti and chips. Banyaklah. I love Hari Guru (sebab banyak makanan).

Itu sajek kot. Lopeh ni taktau la mano skola den dapek posting.

Sunday, May 13, 2012

Kisah seram di asrama

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/13/2012 01:21:00 AM 7 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Kisah #1

Aku suka baca citer seram kat asrama skola. Dijadikan citer, aku pun ade jugak koleksi peribadi pasal asrama skola aku tu. Dijadikan citer, form 4 dengan 5 aku duk asrama. Memang pes time la duk asrama, eksited sebab duk skola teknik, banyak betul bebudak hensem (ceh).

Dijadikan citer, asrama bebudak pompuan ni betul-betul belakang hospital Segamat, belakang hospital itu ialah bilik mayat. Jadiknya, blok aku ni blakang bilik mayat la. Kalau yang tidur katil double decker belah atas leh la nampak blok mayat tu.

Alkisah malam tu kitorang prep kat dewan makan. Kalau prep, asrama kosong, lampu sumer padam (kes nak jimatkan elektrik, sila maklum). Kecuali lampu koridor je la menyala. Warden lak mostly kat dewan makan pantau student. Aku plak, di tengah-tengah prep kul 9 malam tu terasa nak terkucil yang amat sangat! (sangat2). Ko pepaham je la kalau dah tak tahan tu.

Disebabkan tekad, aku lari balik asrama. Masa tu asrama aku, depan bilik air ground floor, ade pokok besar merimbun. Ada 2 bilik air, satu kecik, satu lagi besar. Dengan aku yang takut-takut berani, aku masuk tandas kecik tu. Sebelum bilik air kecik tu, ada surau. Pintu surau terbukak tapi lambu tutup.

Setel urusan, aku keluar bilik air dan lalu depan surau. Masa tu, lampu jalan kat hospital tu terang, dan surau tu gelap. So boleh bayangkan situasi wayang kulit kat situ. Tiba-tiba aku TERtoleh dekat dalam surau, aku nampak bayang-bayang 2 kepala botak jalan belakang surau. Berderau tapi masa tu, kemampuan berfikir buatkan aku teka-teki sapelah punya kepala tu. Terbayang jek mende hijau tu dalam kepala, aku pecut ke dewan makan.

Aku citer kat kengkawan aku malam tu sebelum tido, masing-masing selamba dek aje. Tapi kami memang baca Yasin malam tu.


Kisah #2

Kitorang pelajar pempuan ni, memang ade skuad khas bagi menangani masalah histeria (exco agama). Masa tu ade sorang budak ni selalu kena histeria, kitorang panggil dia 'adik'. Kengkadang ade jugak heroin undangan saje masuk campur menangani kes histeria ni (aku la tu).

Satu malam tu, ada 2 orang kena histeria sekali gus. Aku dengan member aku sorang ni pun, tolong la exco2 agama tu menguruskan sorang junior ni. Yang 'adik' tu awal-awal lagi dah kena dulu.

Kalau nak tau, bebudak yang kena histeria ni, mata diorang bergerak je follow mende alah tu. Masa kitorang pegang budak ni, punyalah kuatnya minah ni mengerang. Dah ditampar berkali-kali pun tak sedar jugak. Mata dia plak asyik melilau je ke sana sini.

Alkisahnya member aku tu plak period. Pastu tolong junior tu. Time dok follow mata dia melilau kejap-kejap kat loker, pastu kat katil, pastu melilau lagi. Last sekali dia stop betul-betul atas kepala member aku yang period ni. Apa lagi, berderau member aku tu. Lama jugak mata minah tu terpaku kat member aku tu, pastu baru bergerak balik. Member aku ambik nafas lega. Maunya tak...


Kisah #3

Kisah ni masa aku kat universiti dulu. Memang dah jadik tabiat aku balik awal untuk start sem baru. Kalau kelas hari Isnin, hari Jumaat malam atau Sabtu malam aku dah sampai. Dan kebiasaannya jugak aku la yang tido sorang kat blok Indah Kembara tu. Toksah cakap la ade orang, memang takde pun. Kalau ade tu la nun kat tingkat 3, takpun 4. Tapi atas tu selalunya takde orang.

So biasanya aku sampai dalam kol 9 malam, aku akan call mak aku pastu aku mandi. Nak dijadikan citer, aku memang selalu berdoa semoga ada orang la. Aku nak g mandi kat toilet ujung nun. Time tetengah mandi tu, aku rasa cam ade orang lain join skali aku mandi. Aku dengar bunyik air terbukak kat sinki dan bunyik selipar kelepek-kelepek. So aku pun rasa selamat la skit. Setel mandi, aku kuar bilik air, tengok sinki sume kering jek. Fyi, aku tak pakai sinki pun sebelum tu sebab tak berani.

Aku tengok-tengok kot kat luar ada kesan orang jalan, takde plak. Emm...sudahnya aku cabut masuk bilik cecepat, lampu koridor sume aku bukak, aku tido sambil tunggu rumet aku yang biasanya sampai kol 4 5 pagi nanti. Huhu seksa ouh.


Kisah #4

Asrama skola aku dulu, ground floor dengan tingkat pertama, tandas ada 2 bilik. 1 bilik air kecik tu, satu lagi yang besar. Dorm aku tingkat pertama. Ground floor takde dorm, cuma ade bilik warden,bilik tv, surau, bilik basuh dengan bilik air.

Tingkat kedua plak ade 2 bilik air jugak. Sama je macam tingkat pertama dengan ground floor, bezanya tingkat kedua punya bilik air ni, bilik air kecik tu dikunci. Kisah ni member aku la citer. Katanya senior kitorang dulu, masa gi toilet memalam, die perasan bilik air yang selalu berkunci tu tetiba terbukak. Masa on the way dia nak balik dari toilet yang lagi satu tu, kena melalui bilik air yang kecik tu, ada sorang minah rambut panjang berdiri. Kes ni aku taktau la betul ke tak, tapi yang berkunci tu sampai zaman aku skola pun, tetap berkunci.


Kisah #5

Ada 1 masa tu, skola kitorang pernah kena histeria besar-besaran sampai kitorang semua kena duk surau utama siang-siang buta. Surau utama ni besar, kalau hari Sabtu, Khamis memang semua pelajar berkumpul untuk bacaan Yasin, solat hajat ataupun Qiamulail. Hari tu memang hari bersekolah, tapi sebab kes macam tu, kitorang dibawa ke tempat yang 'selamat'. Masa duk kat surau, ade dekat 10 ke 12 orang budak pompuan yang kena histeria. Penat toksah cakap la. Almaklumlah, bila diorang terkena histeria, kekuatan jadik berganda-ganda. Kerjanya nak menerajang orang je.

Bila keadaan tu reda dalam kol 11 lebih macam tu, bebudak yang terkena ni kata, dia nampak ada makhluk hitam berbulu besar dekat pintu surau. Benda tu nak masuk kacau diorang tapi tak boleh. Masalahnya, dengan makcik cleaner asrama pun kena kacau. Beliau mendakwa kakinya ditarik ketika menaiki tangga aspuri. Dan masa ni jugaklah, tandas tingkat 2 yang selalu berkunci tu, terbukak. Aku sedar perkara ni sebab aku naik atas carik junior aku, tandas tu terbukak luas.


Kisah #6

Memang ada satu-satu masa kat skola asrama tu yang aku rasa, payah betul mata ni nak lelap. So bila dah payah nak lelap tu, aku terkebil-kebil sengsorang atas katil berlawan dengan nyamuk. Ada satu malam tu aku rasa mata ni payah betul nak tido, dalam kol 12 lebih camtu, aku rasa panas sangat. Lepas tu nyamuk kiri kanan macam hape. Tetibe aku terdengar bunyik pintu pagar blok kitorang terbukak.

Masa tu aku rilek lagi. Sebab aku fikir pagar tu memang guard tutupkan. Masuk 2 3 kali aku dengar bunyik yang sama, aku mula dengar bunyik lain. Bunyik tu panjang sangat. "Eeeeeeeeeeeeeeeeek". Sayup-sayup jek plak tu. Aku baca la ape yang terlintas sampai la terlelap.

Bila aku balik cuti hujung minggu tu, aku citer kat mak aku pasal malam aku tak bleh tido tu. Mak aku kata bunyik yang aku dengar tu....mungkin bunyik cik ponti. Sebab cik pon tu bukannye berbunyik macam yang slalu kuar kat tv tu, tu tipu. Diorang mengilai panjanggg betul.

Saturday, May 12, 2012

Giler

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/12/2012 12:31:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

sudah agak lama tidak menulis...ya. Kerana ketiadaan masa untuk menaip, masa pula cukup-cukup untuk rehat, calling2 dan bekerja. Oleh kerana saya seorang yang sangat menghargai masa, jadi aku rasa kalau ade orang yang tak tahu menepati masa, aku jadik sangat benganglah ya. Sila maklum.

Posting

Keputusan penempatan untuk budak-budak kos pendidikan yang dah bertahun grad tapi tak kerja lagi akan keluar dalam masa yang terdekat ni. Mungkin minggu depan, hari Isnin. Sangat gerun.

Mungkin selepas aku dapat tau, aku tak akan ditempatkan di sekolah sekarang ni, buat aku rasa sedih sikit. Sebab sekolah ni, sekolah kawalan. Bermaksud disiplin pelajar berada di tahap yang baik, pencapaian akademik pun baik, jadi dari segi pembelajaran InsyaAllah tiada masalah. Cumanya dari segi pengurusan dan pentadbiran la. Tugas-tugas luaran lebih banyak dari tugasan mengajar dan mendidik itu sendiri. Itu yang buat aku lemau sikit tu. Fitrah manusia macam aku, duit nak, keje taknak.

Tapi kalau aku dapat skola yang disiplin pelajarnya teruk...hmm belum tentu pentadbirannya baik. Jadi, sekurang-kurangnya kalau dapat kat skola skang ni, satu masalah da setel, iaitu masalah disiplin pelajar la.

Minggu ni tak pepasal lak aku banjir (baca : nangis) sebab emosi tak memasal, dekat si dia pulak tempat melepasnya. Kesian si dia, terpinga-pinga bila bertalu-talu bom atom aku bagi.

Rehat

Letih kot, setiap hari kol 6 lebih aku da bangun. Lepas tu siap-siap g sekolah ade latihan aerobik. Balik plak jalan kaki sudah tentu. Letih balik panas-panas jalan kaki, ada kelas awal pukul 11.45 pulak. Da ke sekolah balik kol 11 sampai la 7 malam baru jumpa rumah. Macam tu la rutin berulang. Sebab tu aku sangat menghargai hari minggu. Itu je la masa untuk rehat.Rehat maksud aku, bukan membuta ya. Rehat dari segi tengok tv, makan dengan tenang, membaca dan online serta bergayut.

Member ajak joging pun aku tak kuasa nak pergi. Sebab hari-hari bangun awal, aku dah plan banyak aktiviti sendiri. Bangun nak sarapan, basuh baju, lepas tu nak rehat bla bla bla. G joging je balik dah tentu-tentu sarapan kat warung...duit lagi terbang. Nak teman jenjalan pun nanti kuar duit jugak...ahh duk umah lagi bagus. Makan je la apa yang ada.

Rasuah

Kerani aku tu lambat uruskan gaji aku. Sampai aku terfikir, takkan nak kena bagi rasuah baru kasi jalan. Dalam situasi macam ni, aku terfikir. Orang terlibat dengan rasuah, kadang-kadang bukan atas kehendak sendiri. Tapi situasi memaksa. Lambat yang melampau-lampau. Orang lain punya elok je urusan selesai, kita punya tertangguh. Macam dalam kes aku, 5 6 bulan gaji tertunggak. Lepas tu pihak tu sedap cakap suruh mintak dekat bapak aku. Peh...

Gaji

Senang cakap, moto aku senang jek. Takde duit, tak jalan kerja.

Bila aku dengar gaji aku lambat, memang aku malas la nak melibatkan diri dalam aktiviti bersifat kerelaan di sekolah. Bila orang kata...jadik cikgu ni, kena ikhlas. Tak payah fikir gaji, yang penting pelajar dapat ilmu yang berguna. Pui! Kau ingat cikgu ni tak makan nasik?