Assalammualaikum w.b.t.
sudah agak lama tidak menulis...ya. Kerana ketiadaan masa untuk menaip, masa pula cukup-cukup untuk rehat, calling2 dan bekerja. Oleh kerana saya seorang yang sangat menghargai masa, jadi aku rasa kalau ade orang yang tak tahu menepati masa, aku jadik sangat benganglah ya. Sila maklum.
Posting
Keputusan penempatan untuk budak-budak kos pendidikan yang dah bertahun grad tapi tak kerja lagi akan keluar dalam masa yang terdekat ni. Mungkin minggu depan, hari Isnin. Sangat gerun.
Mungkin selepas aku dapat tau, aku tak akan ditempatkan di sekolah sekarang ni, buat aku rasa sedih sikit. Sebab sekolah ni, sekolah kawalan. Bermaksud disiplin pelajar berada di tahap yang baik, pencapaian akademik pun baik, jadi dari segi pembelajaran InsyaAllah tiada masalah. Cumanya dari segi pengurusan dan pentadbiran la. Tugas-tugas luaran lebih banyak dari tugasan mengajar dan mendidik itu sendiri. Itu yang buat aku lemau sikit tu. Fitrah manusia macam aku, duit nak, keje taknak.
Tapi kalau aku dapat skola yang disiplin pelajarnya teruk...hmm belum tentu pentadbirannya baik. Jadi, sekurang-kurangnya kalau dapat kat skola skang ni, satu masalah da setel, iaitu masalah disiplin pelajar la.
Minggu ni tak pepasal lak aku banjir (baca : nangis) sebab emosi tak memasal, dekat si dia pulak tempat melepasnya. Kesian si dia, terpinga-pinga bila bertalu-talu bom atom aku bagi.
Rehat
Letih kot, setiap hari kol 6 lebih aku da bangun. Lepas tu siap-siap g sekolah ade latihan aerobik. Balik plak jalan kaki sudah tentu. Letih balik panas-panas jalan kaki, ada kelas awal pukul 11.45 pulak. Da ke sekolah balik kol 11 sampai la 7 malam baru jumpa rumah. Macam tu la rutin berulang. Sebab tu aku sangat menghargai hari minggu. Itu je la masa untuk rehat.Rehat maksud aku, bukan membuta ya. Rehat dari segi tengok tv, makan dengan tenang, membaca dan online serta bergayut.
Member ajak joging pun aku tak kuasa nak pergi. Sebab hari-hari bangun awal, aku dah plan banyak aktiviti sendiri. Bangun nak sarapan, basuh baju, lepas tu nak rehat bla bla bla. G joging je balik dah tentu-tentu sarapan kat warung...duit lagi terbang. Nak teman jenjalan pun nanti kuar duit jugak...ahh duk umah lagi bagus. Makan je la apa yang ada.
Rasuah
Kerani aku tu lambat uruskan gaji aku. Sampai aku terfikir, takkan nak kena bagi rasuah baru kasi jalan. Dalam situasi macam ni, aku terfikir. Orang terlibat dengan rasuah, kadang-kadang bukan atas kehendak sendiri. Tapi situasi memaksa. Lambat yang melampau-lampau. Orang lain punya elok je urusan selesai, kita punya tertangguh. Macam dalam kes aku, 5 6 bulan gaji tertunggak. Lepas tu pihak tu sedap cakap suruh mintak dekat bapak aku. Peh...
Gaji
Senang cakap, moto aku senang jek. Takde duit, tak jalan kerja.
Bila aku dengar gaji aku lambat, memang aku malas la nak melibatkan diri dalam aktiviti bersifat kerelaan di sekolah. Bila orang kata...jadik cikgu ni, kena ikhlas. Tak payah fikir gaji, yang penting pelajar dapat ilmu yang berguna. Pui! Kau ingat cikgu ni tak makan nasik?
Saturday, May 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment