.

seposen untuk Porsche

Wednesday, November 18, 2009

exam

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/18/2009 02:30:00 PM 3 comments
sayatetapsaya betul

lagi 45 minit exam tamat
dah 80% dewan kosong
dek kerana boring
belek2 slip exam purple tu..(ter'print' purple sebab ink abes)
banyak ruang lagi ni
terus catit barang2 keperluan yang nak beli
sebab setel jek last paper ni
nak shopping (^_^)
ok, siap tulis list barang
tengok jam, ada lagi 40 minit exam nak abes
pergh, ingat lame sangat dah tadi dok pikir barang2 nak beli
goyang2 kaki
boring
main2 senyum plak ngan bebudak belah depan
sedap aku sengih sambil angkat2 kening
pengawas peperiksaan datang
dengan muke masam
padan muke ko,za
sape suh main2 time exam?

Sunday, November 15, 2009

saye sayang M

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/15/2009 10:40:00 AM 2 comments
sayatetapsaya betul

hmm..membaca blog dr.M satu kemestian bagi saye. fikir2 balik, betul jugak apa yang dia kata tu. media kita, kalau pasal amah Indonesia kena dera, siap sediakan 1 kolum khas kat paper just for them to luahkan perasaan. tapi nasib Johor jual air kat Singapore sebanyak 3 sen untuk 350 million gallons for raw water yang perjanjiannya bakal tamat 2011 tak pulak digembar-gemburkan.

baru dapat tahu, dulu base Navy kita di Woodlands dipindahkan sebab sewanya berlipat kali ganda meningkat, sebab tu kita keluar dari situ dan baru berpindah ke Lumut.

ramai yang berasa zaman pemerintahan Tun Abdullah kucar-kacir.

baca blog beliau memang ok. terbuka jugak fikiran ni dari fikir life pasal diri-sendiri yang tak habis2. ada yang kata 'ala, kita kan remaja, sampai mase undi, undi la,' 'janji negara aman dan tenteram, Malaysia boley maa', 'tak suke la pasal politik2 ni.'

janji,saye tak mahu jadik orang Malaysia yang tak tahu apa-apa. bila orang Indon sibuk 'Ganyang Malaysia', kita pun sibuk nak lawan balik tapi tak tahu kenapa. ada je masalah negara lain yang lagi penting berbanding Indon tuh.

bace belog Tun M, lintang-pukang carik kamus. gila ah bahasa dia! yang komen pun 1 hal, nak jugak pakai bahasa susah nak paham. hadoi...

p/s: malu bace blog dia..rase diri ni cam kecik sangat

Wednesday, November 11, 2009

penangan kaki

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/11/2009 10:43:00 PM 0 comments

sayatetapsaya betul

'nak sangat pergi air terjun, dengar cerita member memang macam best. bertolak dari tempat tinggal sampai kat tempat air terjun dah pukul dua lebih. kawan-kawan memang seronok tak terhingga. hilang sifat kejantanan bila turut menjerit sama tatkala terjun dalam air.

aku seronok. menyelam timbul, menyelam timbul. macam kura-kura pun ade. tiba satu masa, sedap aku floating, tiba-tiba

blurp!

aku cemas. kaki kena tarik. ape lagi...penangan kaki gaban

member sorang tu, balik mata lebam

moral: kalau taknak orang buat kat kita 2 kali ganda, jangan buat kat orang

Monday, November 9, 2009

mak hakew

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/09/2009 11:21:00 AM 1 comments
sayatetapsaya betul

'mak, orang nak balik kampung!!!' beritahu dengan wajah ceria..
mak terdiam
'hmm..takder duit la tu nak balik kampung,'
hampeh betul...

Friday, November 6, 2009

dia akan pergi

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/06/2009 04:41:00 PM 2 comments
sayatetapsaya betul

tak lame lagi dia pergi..dan dalam hati ni mula rasa sunyi..
mula-mula dia datang dalam hidup, susah sangat nak terima
tapi dia okey..kami cuba jugak
menyedari manusia tak sempurna
hati ni terima jugak dia
dulu, dia ada ke..
takde ke..
saye tak kisah langsung
sebab dia bukan siapa-siapa
lama-lama, kami makin mesra
rindu kalau tak jumpa
sanggup contact walau seorang tu kat selatan, seorang lagi kat ceruk mana ntah
memang marah tu ada
tapi sayang tetap sayang
kini semua lain
dia isi ruang kosong dalam hati
kalau dia pergi
dia bawak sekali
nanti yang tinggal, cuma ruang kosong
sekarang, kalau dia takde, rase sunyi...
kejamnya!
korang tau tak, aku akan rindu korang gila-gila?










Wednesday, November 4, 2009

takut la sangat

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/04/2009 04:36:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul
Jave...
seat aku paling dekat ngan dia mase dalam dewan exam
kira toleh trus nampak muka dia la
gila pandai mamat tu
aku pulak, duduk dekat2 dengan dia
makin gugup
kertas soalan depan mata tapi tak boleh bukak
si Jave ni dengan selamba bukak
lepas tu, dia toleh
'i saw something scarry'
SENGALLL!!!
tak memasal aku ter'mental'
mula la kecut perut, hilang sume benda
jawab exam tangan menggigil
Jave!!!

Sunday, November 1, 2009

muka hensem pun tak guna kalau perangai macam...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/01/2009 10:32:00 AM 3 comments
sayatetapsaya betul


beberapa tahun kebelakangan ni, pihak LHDN dah suruh orang2 isi borang cukai pendapatan online. satu hal pulak abah memang tak reti gunakan internet. setakat microsoft word beliau lepas la sebab nak buat surat claim koperasi. sebelum ni pun isi borang manual.

kisah mula, bila tahun pertama kuatkuasa isi borang online, abah pergi pejabat LHDN daerah Segamat. kerana tidak celik IT, abah dan ramai lagi orang seangkatan dengannya pergi ke kaunter yang sediakan khidmat isi borang online tu. memang berbaris panjang la. sampai turn abah, setel isi, hambik kau bayarannya RM50!!

abah cerita kat saye, memang la saye tak puas hati. RM50 untuk isi borang online? sedangkan isi borang tak sampai sejam, kalau ikut penggunaan di kafe2 siber yang lain, tak sampai RM2 pown! tahulah abah orang kampung, tak tahu apa2 pasal internet tapi tolonglah berperikemanusiaan sikit. pergi kat kaunter tu, bagi jelingan bapak tajam+mantap same tukang isi borang. entah berapa ribu la keuntungan haram dia kaut hari tu. sebab abah pergi pagi, ramai. siap kena ambik nombor lagi. abah pergi petang tu pulak.

kurrrranggg ajjjarrr punya orang. sanggup menipu orang2 tua dan seangkatan yang tak reti IT mase nak isi borang? sejak kejadian tu, memang ambil langkah drastik untuk isikan borang cukai abah setiap tahun.