Saya suka perfume!
Ala, senang cakap, semua orang suka minyak wangi kerana ia membuatkan orang rasa selesa bila berdekatan dengan kita. Lebih penting lagi, bila kita pakai minyak wangi, kita rasa yakin diri. Eau de cologne, eau de toilette dan eau de parfum. Ketiga-tiga ni lain tau. Eau de parfum paling tahan lama. Jangan ingat sumernya same ye.
Pemakaian minyak wangi perlu sesuai dengan aktiviti kita pada hari tersebut. Ni dari pembacaan aku la. Sebab tu kita memerlukan beberapa jenis minyak wangi yang sesuai digunakan untuk dinner, party, clubbing, majlis perkahwinan, tidur dan menghadiri kuliah/kelas.
Dulu aku tak tau pasal benda ni. Aku ingat boleh pakai 1 jenis je lepas tu keluar pergi pasar malam la, Tesco la, jalan-jalan dekat Feringgi la. Lepas tau, baru aku beli lain-lain bau. Hah, jangan ingat aku orang kaya yang beli minyak wangi ratus-ratus satu botol yek. Minyak wangi aku simple jek. First minyak wangi yang aku paaaaling suka ialah :
Avon Smile. Baunya memang manis dan aku rasa sangat sesuai dengan diri aku. Bila aku pakai perfume ni, Zatil akan kata, 'Ini bau Ruzack'. Lihatlah bagaimana bau boleh membuatkan orang mengenali kita. Tapi perfume ni dah tak keluar lagi dah. Baunya sweet dan agak ringan. Kalau nak pergi kelas, perfume ni satu kemestian sebab macam bau gula-gula manis jek.
Dulu zaman-zaman aku sekolah menengah, paling popular ialah perfume Buttterfly dari Avon gak. Tapi aku tak berapa minat sangat baunya, sebab pening. Boleh plak bebudak ni beli ramai-ramai satu jenis bau jek. Kau bayangkanlah, dari dorm 1 sampai dorm 6 baunya sama jek...gilos.
Silkygirl Loving You dengan Sweetheart. Bau memang syiok dengan harga berpatutan. Berapa belas ntah. Kan aku dah kata, aku tak pakai perfume mahal-mahal nih. Janji bau ok. Zatil ada sekali terrrbeli perfume sama dengan aku. Pastu mula la kata aku tiru dia. Ceh! Haha. Tapi baunya memang sedap, untuk berdating agak sesuai sebab bau ala-ala romantik sikit. Jenama ni paling kerap aku pakai, habis sebotol, beli sebotol lagi. Sesuai dipakai ke majlis makan malam.
Elianto Spring Forest Collection. Aaaah...baunya memang menepati jiwa raga dan cita rasa. Memang sedap baunya. Segar dan ringan. Yang ni pun kerap aku pakai. Ada je botol besar, tapi aku lagi suka beli botol kecik sebab harganya yang kecik pun agak mahal juge ye..sekitar RM18 sebotol. Bagi orang macam aku, kalau sebotol kecik macam tu RM18 dengan Silkygirl RM15 tapi botol besar...memang banyak bezanya! Tapi tapi...ha,kan aku selalu derhaka tang beli-beli barang nih. Hee~
Elianto pun sama macam Avon. Wangian tu takkan keluar 2 3 kali. Sebab tu kalau ada je yang baru kat kedai dia, aku beli. Setakat ni, baunya aku suka. Cuma baunya tak tahan lama. Biasanya pakai untuk perjalanan jauh. Bila berhenti kat R n R boleh la pakai, untuk pergi berkelah, mandi-manda...
Mood Magic by Nutox. Feveret! Baunya tahan lama, segar dan manis, paling penting bagi aku, baunya ringan dan tak memeningkan kepala. Ada bau laut sikit. Sangat sesuai dipakai untuk bersantai tepi pantai petang-petang, jalan-jalan kat tempat yang terbuka dan tak ramai orang. Kesukaan aku ni. Masa beli hari tu, dapat losyen tangan free yang amat sedap baunya.
Tadi kata tak pakai jenama memahal...Burberry tu kan ke mahal. Haa...bau Burberry Touch kegemaran aku. Tapi yang for men punya la. Si dia pakai masa keluar hari tu. Hmm...memang aku suka kalau dia pakai perfume ni.
Ada sorang member aku pernah bitau, dia boleh tau perfume tu mahal ke murah dengan baunya sahaja. Dia kata perfume mahal ni baunya lain sikit, perfume cikai-cikai tahap aku ni baunya lain pulak. Entah la..tapi aku tak le menafikan bahawasanya perfume mahal tu memang sedap baunya. Bagi aku, selagi bau badan seseorang tak mencemarkan reaksi muka aku ke tahap dewa, ok jek. Ape de hal bau busuk ke dak, ye dak?
Monday, May 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.
Gema Parfum
Macam-macam minyak wangi.
----------
Post a Comment