.

seposen untuk Porsche

Tuesday, May 17, 2011

Puding roti dan sos kastard

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/17/2011 08:51:00 PM

Alhamdulillah...puding roti bakar ni sudah selesai urusan penghantarannya. Untuk tempahan, dan untuk makan sendiri. Biasanya tiap kali dinner kat hotel, mesti ada dessert ni, tapi tak ada sos kastard. Cuma mungkin orang yang makan perlu kreatif dengan memakan puding ini bersama aiskrim.


Sebelum masuk oven. Ahah, rumah I takder microwave, oven sahaja yang ada yek. Jadi guna je lah apa yang ada. Untuk pesanan yang ni, aku tabur sultana kat atas. So ada rasa manis-masam-rangup sebab sultana tu ada yang garing, ada yang rangup.


Untuk yang diri sendiri punya (gambar kecik) aku suka sedikit hangus. Sebab makan panas-panas rasa crunchy gila dan sangat lembut. Resepi? Aku ambik dari internet, lepas tu alter situ sikit, sini sikit. Hehehe Alhamdulillah...

0 comments: