.

seposen untuk Porsche

Saturday, January 30, 2010

training sabtu #3

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/30/2010 06:53:00 AM 2 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

nak buat macam mana bila orang lain cuti Hari Wesak, kau pun sibuk nak cuti tapi tak dapat. entah macam mana bole ada pulak training hari-hari cuti ni. setakat hari sabtu, bole terima lagi. tapi bila training diadakan disaat orang lain bercuti, boleh mental ouh.
kau akan rasa tensen bila bangun pagi, dan tengok bilik-bilik penghuni lain gelap lagi.
kau akan rasa tensen bila tengok kafe mak cik jual sarapan tutup walhal biasanya hari sabtu, dia akan bukak untuk memenuhi perut budak2 Navy yang kebuluran.
kau akan rasa tensen bila kengkawan time-time cuti umum ni pergi naik Cameron atau Genting atau layan movie sampai lebam atau tido lewat malam sebelumnya
kau akan rasa tensen bila memikirkan cuti umum macam ni jugak, bila buat training, bapak ramai tak pergi. masing-masing ada alasan tersendiri

pikir positif punya pasal, aku akan dapat elaun lebih ari ni. patutnye elaun ari ni kena ganda 2 atau 3 kali sebab buat training masa cuti umum.

Thursday, January 28, 2010

nak mati

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/28/2010 12:59:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

aku gayat. orang yang gayat tempat tinggi macam aku ni, mase kacik-kecik dulu, agak terel memanjat pokok jambu, rambutan, mangga dan memacam lagi. tapi aku gayat tengok bawah. setakat panjat, tengok atas jek ada pe hal kan.

tapi sejak-sejak masuk Navy ni, nak mati aku menangani kegayatan aku ni. pernah dulu, masa latihan life-raft, nak mati terjun dari atas jeti jambatan Pulau Pinang ke dalam air tu.

tadi petang, gatal punya rumet ajak buat latihan ujian renang. berenang dalam kedalaman 12 kaki, pastu terjun dari ketinggian yang aku tak tau berapa belas meter ntah. lagi sekali rasa nak mati menangani perasaan gayat tu. sampai kat tempat terjun paling atas, aku dah pegang palang kat tepi tu.
'hoi, kau pegang palang tu buat apa?!'
'aku gayat seh,'

sorang demi sorang terjun. elok je aku tengok. kecut perut, aku tengok bawah. peh, gila dalam! masa ni mula la aku ingat syurga la, neraka la, dosa-dosa dan hutang piutang aku, mak, abah, kucing...dah tu, tinggal aku. manusia yang dah sampai kat bawah tu jerit-jerit suruh terjun, padahal tadi diorang dengan aku sama je gigilnye. wah, kemain lagi korang eh. aku mula tutup hidung, silang tangan. tutup mata dan....

bibik : 'weyh, gila! macam mana dia terjun tu?'
kak mun : 'ha'ah la, bahaya!'
bibik : 'pak cik, macam mana ni?'
'biaq pi la, pandai la dia nak hidup.' balas pakcik jurulatih renang tersebut.

mental aku dibuatnye.

Tuesday, January 26, 2010

teh krisantemum

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/26/2010 06:05:00 PM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

kadang-kadang, kita tak sedar kita ada buat sesuatu perkara yang membuatkan orang lain akan ingat kita sampai mati. sama ada benda baik atau jahat, lain cerita. tapi aku ingat sorang kawan aku ni. kiranya coursemate aku la.

mase tu kami rancang nak buat discussion pasal assignment. dia dari hostel dia, dia tanya la aku nak minum ape, dia tolong belikan. aku seperti biasa menempah air soya, tin punya. ok.

dalam pukul 8, kitorang bertiga dah ada di kafe blok aku. mase dia sampai, dia kata 'kau punya air takde la, sori...' aku kata takpa la walaupun sedikit kecewa. kalau dia beritahu awal, aku tempah satu jenis lagi air feveret aku. heh, orang lain minum air nestlo, tapi aku tak bole minum sebab nanti pening. tensennnya!

suddenly dia bawak keluar air tin krisantemum. aku tergamam. satu ayat je yang kuar dari mulut aku, 'gee...' terharu beb! inilah air yang aku nak tempah sebenarnye.

'i know u kan suke benda-benda ber'teh' ni' katanya dalam nada sedikit berlagak. ceh! tapi seyes memang gua terkaku. sebab air tin ni, aku ingat sampai bila-bila.

see how simple things really can touch people around us.

Sunday, January 24, 2010

rehat

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/24/2010 10:48:00 AM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

sepatah kata Tuan Thomas, even kita pergi enjoy pun kite kena ade rehat yang mencukupi. so, bila hari ahad, setelah 5 hari kelas full, tambah training lagi, memang nak mati perasaan letih tu. walaupun jadual nampak macam tak pack, sehari kelas 2-3 jam jek, tapi bila kau dapat partner assignment yang rajin suka buat kerja awal-awal, kau akan rasa letih jugak sebab 5 hari bekerja jugak diperuntukkan untuk perah otak.

aku agak tensen gak bila partner aku yang rajin nih drill aku hari ahad sebab aku nak rehat, training hari sabtu memang letih la, takyah cakap. tapi disebabkan presentation aku minggu depan, nak tak ndak kena la kuatkan mental jugak buat kerja.

arhhgggghhh!!!!

Friday, January 22, 2010

training sabtu #2

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/22/2010 11:18:00 PM 2 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

padang kawad yang baru buat tu memang mantap! memuatkan empat orang umat yang berguling-guling di atasnye berpinar-pinar mata. Mael dah terbaring di sebelah, dada naik turun mintak nyawa, muka pucat ditambah peluh merecik-recik. Pa'od sebelah aku pun same. pucat bibir tak usah kira. memang mantap merasmikan padang kawad tu. Aida pun tergolek.

dah setel guling pun masing-masing tak larat bangun sampai disuruh bangun dek Tuan Arif, baru bangkit. itupun dengan susah payahnye.

aku berjalan terhuyung-hayang. pening tak hilang. ade rase mual. aida duk tepuk-tepuk bahu. takmau nya hilang! kawan-kawan lain yang duk tunggu kat bangunan sebelah naik risau. masing-masing tak sabar nak dapatkan citer apa yang berlaku. tapi aku tak larat..

dah beberapa puluh minit menahan mual..dalam perjalanan ke galley akhirnya aku...muntah hijau.

dem! selama ni tak pernah aku guling muntah. habis rekod aku.

Wednesday, January 20, 2010

perli

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/20/2010 10:39:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

'aku single la..'

'peewitt...ngurat ko r camnih!'

'ko? takmau la aku. aku takmau sampai nabi tak mengaku umat. hehe..'

'ala, ngurat untuk kawan aku, tak bley?' offerku.

'ah, takmau la. nanti kawan kau, muke hitam, pipi tersorong-sorong, gigi pun same,'

'eh,sesuailah dengan kau. kau pun bukannya cun sangat.'

istimewa

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/20/2010 05:47:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

dalam kereta Kak Mun, Bibi memandu dan aku duduk seat belakang, tengah-tengah. mase traffic tengah warna merah, aku perasan sorang budak perempuan ni, dalam lingkungan usia 15-17 tahun macam tu, melintas jalan, cakap sorang-sorang. t-shirt hitam, seluar pun hitam. macam tak berapa 'masak' jek. tetibe teringat
'eh,tu bukan anak murid kak mun ke?'
'ha'ah, ape la die buat sorang-sorang tu,'
kak Mun dulu cikgu mengajar pendidikan khas, dan budak tu memang student dia pun. aku terus memerhatikan tingkah laku dia. mana la pergi keluarga dia biarkan dia jalan sorang-sorang.
tapi aku teringat, dulu kami pernah terserempak dengan budak tu. dan yang meruntun jiwa ni, budak tu ingat kak mun pernah ajar dia, dia salam and cium tangan kak mun lagi.
'itu la istimewanya diorang ni, diorang sayang dan hormat betul kat cikgu diorang. budak-budak biasa ni, ade pandang kita pun tak nak,' kata kak mun.

Monday, January 18, 2010

tuhan kan adil

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/18/2010 01:37:00 PM 2 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

perjalanan dari Prangin Mall ke Bukit Jambul memang ambik masa dekat sejam jugak naik bas. sempat jugakla cuci-cuci mata dekat pemandangan kat luar memandangkan 3-3 orang ni (aku, Kemey and Fina) terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. lenguh kaki macam nak tercabut lutut.
nampak satu pasangan jalan kaki. lelaki tu hensem betul. tengok pulak awek dia.
'puan, kalau puan perasan kan. orang hensem selalunya girlfriend diorang mesti tak cantik,' junior aku kata. aku angguk sikit.
'pastu kalau 'puang' (bahasa kelantan sebut 'perempuan') tu cantik, laki dia mesti tak comey,'
aku angguk.
'Tuhan tu kan Maha Adil, kalau orang hensem, mesti dapat pasangan yang kurang sikit. kalau pempuan tu cantik, boyfren dia pulak tak semenggah mana.'
'hmm..'

sampai di Bukit Jambul, terserempak lagi satu pasangan. memang 2-2 sepadan. lelaki tu hensem nak mati, perempuan tu cun habess. macam mana pulak tu? itu kira rezeki masing-masing la kan.

Sunday, January 17, 2010

warkah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/17/2010 12:05:00 AM 0 comments Links to this post


warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setia ku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

tapi ku melepaskanmu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

p/s: sometimes we need a shoulder to cry on, but then, we just don't know who's..and later we keep the tears to ourselves.

Saturday, January 16, 2010

training sabtu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/16/2010 08:06:00 PM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

'korang dah sarapan ke belum ni?'
masing-masing yang menunjukkan muka lapar di pagi hari menggeleng. jurulatih kawad tu berkerut.
'aik? bukan korang sarapan sekali dengan darat ke?' tanya GI Shaharim.
'bukan, sarapan tu untuk diorang jek. lapar ni, GI,' balas Yen, Manaf and beberapa orang lagi.
'ok, takpe, takpe, kejap lagi saya belanja,' balas jurulatih.

masing-masing mengeluh lega. dalam hati, aku siap mengucapkan syukur. memang lapar. bangun pukul enam pagi, lepas tu siap-siap dengan baris pagi lagi. ni dah mengangkut M16. pukul 9 memang champion waktu matahari nak terbit tuh, panas lain macam.

'ok, semua julang senjata!!!'
command diberi. kitorang terpinga-pinga.
'kekiri pusing!!!'
pusing kiri. semua makin jelas dengan tujuan GI Shaharim.
'dari kanan, cepatttt lari!'
hah, sah mendapat la sarapan kitorang pagi tu, 2 round padang kawad. memang dasat dia punya penat.

Friday, January 15, 2010

potong

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/15/2010 05:38:00 PM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

sambil membelek-belek majalah Elle, aku perhatikan Bibi ngan Zatil memotong rambut. macam best. dalam pada aku tak nak tak nak potong rambut tu, terselak satu page yang potongan rambutnye tersangatlah ok dengan bang lagi kat depan. ah,aku potong je la. bukak tudung dan tunjukkan fesyen, amoi comel tu kirai-kirai rambut aku. pastu dia selak sana, selak sini.

'you perm ke?'
aku geleng sambil senyum.
'rambut asal?'
'ha'ah'
dan seterusnya kecip kecip kecip

setel urusan. aku tengok rambut yang digunting. alahai, ciputnya... pastu kena bayar rm12 plak tu. gila mahal!

p/s: pastikan pilihan yang dibuat itu berbaloi dengan hasilnya

Monday, January 11, 2010

hati-hati

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/11/2010 07:12:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

bila bercakap, maka perlulah kita menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulut kita. perlu selaraskan dengan akal budak universiti tu. sebab orang selalu ingat budak u ni pandai-pandai. sebab tu fikir pun kena la macam orang yang berpelajaran. makanya, kenalah jaga pertuturan. ini kalau yang keluar tu asyik nak memerli orang je kerjanya, tak le nampak tinggi mana ilmu tu kan bila yang keluar cuma menyakitkan hati insan lain. sila la jaga perasaan mereka-mereka ni. kerana bila SEKALI kata-kata mereka menyakitkan hati, tahu pulak. dan bila kata-kata kita yang menyakitkan hati mereka KERAP KALI tu, tak pulak kita nampak, kan?

semangat

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/11/2010 09:45:00 AM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

'helo, cik, mc d cik dah sampai depan blok nih!'
letak phone. tak tunggu lama, terus aku sarung mana yang sempat, agak-agak dah bertutup semua yang perlu, aku berlari ke depan blok hostel. lapar tak terkira, terbayang kentang gorengnye yang berkolestrol tinggi tu. peh!

'akak blajaq kat sini jurusan apa?' tanya budak delivery tu sambil menghulurkan bungkusan makanan.
'pendidikan' balasku pendek sambil sibuk carik rm15.10
'ooo...jadik cikgu la nanti?'
'ha, lebey kurang la, blaja kat mane?' tanyaku pulak sambil hulur duit.
'saya ni lepasan spm. lepaih ni nak masuk matrik, lepas tu nak masuk u jugak,' katanya. aku tenung muka dia dalam-dalam. matanya bersinar harapan yang tinggi. aku cakap trimas sambil pusing nak balik bilik.
'good luck!'
dia senyum.

p/s: seronok tengok orang bersemangat nak belajar.

Friday, January 8, 2010

duit

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/08/2010 10:44:00 AM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

bila kau sangka budak-budak yang dapat scholarship tu kaya, kau salah!
aku mula-mula ingat macam tu jugak. tapi bila aku kira-kira sem ni punya scholar, gila banyak duit kena pakai. tapi kira Alhamdulillah la sebab tengah-tengah aku survive nak beli buku, ade jugak duit masuk.

tolak campur bahagi darab semuanya, tinggal rm1150 untuk aku belanja lagi 4 bulan aku kat sini. entah cukup entah tak. yang penting kena lepaskan yang terdesak dulu, contohnye printer yang mengada-ngada nak cartridge baru, lepas tu buku-buku yang tunggu untuk difotostet, lepas tu dinner Navy bulan 2 ni.
kensellah nak balik kampung, kena banyakkan pergi training Palapes carik duit lebey nih!

Tuesday, January 5, 2010

tolak

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/05/2010 10:03:00 PM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

perasaan bukan main-main. aku agak geli-geleman bila sebut tang-tang hati dan perasaan ni. bukan pasal benda ni jiwang ke hape, tapi entah le..sifat semulajadi kot. terencat kat situ. mak aku kata, 'kau kawen dengan orang utan je la'. haish, masin mulut beliau, naya aku.

aku sedih bila aku cuba menenangkan dan orang tu tak dapat terima. paling sedih (agak bengang sebenarnye) bila dia asyik pertahankan diri dia ngan masalah dia tu
'rilek sudeh..'
'kau tak faham ape aku rasa' katanya lepas setel meluah masalah
'aku pun pernah kena macam kau jugak' aku cube nak pujuk dia
'ah, nanti kau tau la bila qada' dan qadar tu sampai kat kau pulak'
aik, aku pulek yang kena. dia jugak yang beria-ia nak citer kat aku. hangin jugak. nak aje aku sembur ikut kata hati yang tengah bengang dengan dia. tapi, api bertemu api, takkan sejuk.
'kau, kadang-kadang Allah hilangkan mentari kita, kemudian Dia datangkan guruh, puas kita menangis, mencari di mana mentari kita, rupa-rupanya Dia nak bagi kita pelangi yang indah, sabarlah..mesti ada hikmah disebalik benda ni.'
dia diam

esok pagi,aku dapat mesej
'tak sangka jiwang jugak kau ni kan'
dem!

Monday, January 4, 2010

short trip

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/04/2010 06:45:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

siapa kata perempuan bertudung tak pandai carik keseronokan? statement ni muncul sewaktu aku dan kawan-kawan bermain di Lost World of Tambun. aku tak tau la yang lain-lain (perempuan bertudung yang dah pergi situ) tu macam mana, tapi sewaktu nak bermain gelung yang berpusing-pusing tu, ada bunch of guys yang tengok aku dan member macam nampak alien.

terus-terangnye, perjalanan yang pada mulanya nak tengok penternakan ikan kelisa tu jadik percutian 2 hari 1 malam. kolam ikan kelisa tu luas, melabur mungkin untung banyak sebab ada 400 lebih kolam kat situ, satu kolam ada 24 ekor induk, setiap 6 bulan akan berlaku tuaian anak ikan.

'satu kolam berharga rm2400'. mula la aku merancang-rancang dengan mata bercahaya seumpama anime nak beli kolam. sekali rupanya rm240,000 da... telan liur aku dibuatnye. tunggu aku kerja la nampaknye merasa nak melabur riban-riban nih.

mirul tangkap anak ikan
Location : Burmese Pool, Taiping


'awek, awek, tangkap la gambar kami!'


trimas za, ko memang terel tangkap gambar

senyum seronok

Lost World!!
Location : Tambun


beratur beli tiket masuk, mulut muncung counting the total amount

dalam Tambun tak sempat snap sebab semua busy pointing fingers 'aku nak main yang tu', 'lepas ni naik yang tu pulak' macam tu la. overall, it was fun walaupun letih. of course paling letih kak Mun sebab dia drive, kesian dia..thank u sooo mucho kak mun.

makan-makan at Noodle's Station. the spring noodle with tom yam seafood was nice. price pun sedang-sedang elok untuk orang tak berduit macam aku.

sori tak ajak kawan-kawan lain, heh belajar dari pengalaman. nak buat macam mana, bila aku ajak je, itu dikatakan plan awal. plan awal2 memang selalunya tak jadik. so, better time nak pergi, pergi terus.