.

seposen untuk Porsche

Saturday, January 16, 2010

training sabtu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/16/2010 08:06:00 PM
sayatetapsaya betul

'korang dah sarapan ke belum ni?'
masing-masing yang menunjukkan muka lapar di pagi hari menggeleng. jurulatih kawad tu berkerut.
'aik? bukan korang sarapan sekali dengan darat ke?' tanya GI Shaharim.
'bukan, sarapan tu untuk diorang jek. lapar ni, GI,' balas Yen, Manaf and beberapa orang lagi.
'ok, takpe, takpe, kejap lagi saya belanja,' balas jurulatih.

masing-masing mengeluh lega. dalam hati, aku siap mengucapkan syukur. memang lapar. bangun pukul enam pagi, lepas tu siap-siap dengan baris pagi lagi. ni dah mengangkut M16. pukul 9 memang champion waktu matahari nak terbit tuh, panas lain macam.

'ok, semua julang senjata!!!'
command diberi. kitorang terpinga-pinga.
'kekiri pusing!!!'
pusing kiri. semua makin jelas dengan tujuan GI Shaharim.
'dari kanan, cepatttt lari!'
hah, sah mendapat la sarapan kitorang pagi tu, 2 round padang kawad. memang dasat dia punya penat.

1 comments:

mr_ridz on February 2, 2010 at 8:44 PM said...

hahaha.. mmg lawak..
gi yg klaka.. pastu mesti semue tergelak kan ..