.

seposen untuk Porsche

Tuesday, January 26, 2010

teh krisantemum

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/26/2010 06:05:00 PM
sayatetapsaya betul

kadang-kadang, kita tak sedar kita ada buat sesuatu perkara yang membuatkan orang lain akan ingat kita sampai mati. sama ada benda baik atau jahat, lain cerita. tapi aku ingat sorang kawan aku ni. kiranya coursemate aku la.

mase tu kami rancang nak buat discussion pasal assignment. dia dari hostel dia, dia tanya la aku nak minum ape, dia tolong belikan. aku seperti biasa menempah air soya, tin punya. ok.

dalam pukul 8, kitorang bertiga dah ada di kafe blok aku. mase dia sampai, dia kata 'kau punya air takde la, sori...' aku kata takpa la walaupun sedikit kecewa. kalau dia beritahu awal, aku tempah satu jenis lagi air feveret aku. heh, orang lain minum air nestlo, tapi aku tak bole minum sebab nanti pening. tensennnya!

suddenly dia bawak keluar air tin krisantemum. aku tergamam. satu ayat je yang kuar dari mulut aku, 'gee...' terharu beb! inilah air yang aku nak tempah sebenarnye.

'i know u kan suke benda-benda ber'teh' ni' katanya dalam nada sedikit berlagak. ceh! tapi seyes memang gua terkaku. sebab air tin ni, aku ingat sampai bila-bila.

see how simple things really can touch people around us.

1 comments:

mr_ridz on February 2, 2010 at 8:30 PM said...

pndai btul mengarang..
best bce entry nie
ader moral tue .. :)