sayatetapsaya betul
aku gayat. orang yang gayat tempat tinggi macam aku ni, mase kacik-kecik dulu, agak terel memanjat pokok jambu, rambutan, mangga dan memacam lagi. tapi aku gayat tengok bawah. setakat panjat, tengok atas jek ada pe hal kan.
tapi sejak-sejak masuk Navy ni, nak mati aku menangani kegayatan aku ni. pernah dulu, masa latihan life-raft, nak mati terjun dari atas jeti jambatan Pulau Pinang ke dalam air tu.
tadi petang, gatal punya rumet ajak buat latihan ujian renang. berenang dalam kedalaman 12 kaki, pastu terjun dari ketinggian yang aku tak tau berapa belas meter ntah. lagi sekali rasa nak mati menangani perasaan gayat tu. sampai kat tempat terjun paling atas, aku dah pegang palang kat tepi tu.
'hoi, kau pegang palang tu buat apa?!'
'aku gayat seh,'
sorang demi sorang terjun. elok je aku tengok. kecut perut, aku tengok bawah. peh, gila dalam! masa ni mula la aku ingat syurga la, neraka la, dosa-dosa dan hutang piutang aku, mak, abah, kucing...dah tu, tinggal aku. manusia yang dah sampai kat bawah tu jerit-jerit suruh terjun, padahal tadi diorang dengan aku sama je gigilnye. wah, kemain lagi korang eh. aku mula tutup hidung, silang tangan. tutup mata dan....
bibik : 'weyh, gila! macam mana dia terjun tu?'
kak mun : 'ha'ah la, bahaya!'
bibik : 'pak cik, macam mana ni?'
'biaq pi la, pandai la dia nak hidup.' balas pakcik jurulatih renang tersebut.
mental aku dibuatnye.
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment