.

seposen untuk Porsche

Monday, September 30, 2013

The Surprise

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/30/2013 09:27:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

It was 4 in the morning. We were lying side by side and suddenly he brought me to lie on his shoulder. Then he took my hand and going through my finger. I remembered that I haven't wear our ring a week before I admitted to the hospital until now. And how seriously he called our baby 'Abang' instead of 'Adik'. Because I resist to have another baby in such a short period. While he, on the other hand, was looking forward for number 2, 3, 4 and 10!

"Why?" I asked him while he's busy rummaging through my finger.
"Nothing,"
"Yes. If nothing there (moving my finger) then no more babies," I told him, in a funny way. Then I smile.
Out of sudden, he put a ring on my finger. I was glued to the ring. Speechless.
"Happy birthday, Sayang..."
I looked at him.
"And for our second child..."
Then he smile.
I never thought of having such present, ever, on my life.

Thanks, again.
It was the most surprising moment in my life.

Friday, September 13, 2013

Pantang 44 Hari :: Review Set Bersalin NR

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/13/2013 02:32:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Muhammad Raid sudah berusia 12 hari. Haii...comelnya anak aku ni bila dia tido. Tak tak berapa nak comel bila dia bangun pukul 12 tengah malam sampai la 5 pagi, huhu. Alhamdulillah, dia kena kuning tu tapi tak lama. Mula-mula bacaan dia 8, then esoknya bawak lagi, naik 9.5, lepas tu Alhamdulillah terus turun 5. Mungkin sebab bagi susu badan. Walaupun tak banyak, tapi boleh la.

Walau bagaimanapun, baby start untuk muntahkan susu badan yang aku bagi bila aku start ambik produk NR. Mungkin memberi perubahan pada rasa agaknya. Tapi produk Herbanika Bersalin NR ni agak bagus la. Aku tulis ni, tak dapat bayaran pape pun. Just nak share je lah. Sebab ikut sepupu aku yang sebelum ni pakai Lisa Formula, dia kata kurang best skit. Lepas tu anak kedua dia pakai NR, better. Aku pun mengakui la. Setakat ni aku baru ambik Phytonatal. Memang terbaik. Masa nak poo-poo awal-awal tu sakit la, cuak oiii. Ada dekat sejam aku dok dalam jamban tu. Punyalah takut nak meneran sampai satu masa asbenku ketuk pintu toilet, dia kata 'Berjaya ke tak??'

Aku rasa petang tu, ada dekat 2 kilo berat tinja aku tu. Memang lawas. Cumanya, aku rasa haus sikit makan Phytonatal, and rasa panas jek badan. Berpeluh. Then aku pakai lulur dia. Yang ni aku pakai sebelum mandi, rasa kulit halus jek after pakai lulur ni. Pastu aku sental sesedap hati di bahagian yang banyak stretchmark. Yang aku perasan, kat peha aku memang kurang dah. Kat bahagian perut, harus kuatkan kuasa menyental.

Minyak Herbanika plak aku letak kat pad dengan sapu kat tempat jahit. Minyak ni akan bagi rasa berangin yang selesa bila letak kat pad. Masuk hari ke-12 ni, kurang dah rasa sakit kat bawah tu. Cumanya rasa gatal. Mungkin sebab darah beku kot, darah tu kan tak menyerap kat pad. So ala-ala terawang-awang gitew di permukaan menyebabkan rasa tak selesa. Kerap gak aku menukar pad. Lagi satu, Mak siapkan air rebusan bijik manjakani untuk digunakan ketika bilas/cebok. Cepat keringkan luka Mak kata, aku ikut je la.

Untuk luka dalaman, aku makan ikan haruan yang dimasak singgang. Mak masak campur asam keping yang banyak, halia and bawang. Untuk lima hari pertama, makan ikan haruan. Then Mak masakkan ikan tenggiri. Resipi sama, ikan jek bertukar huhu. Aku jugak amik Gamat King Anugerah. Lepas habis ni, nak amik pati haruan. Yang penting, luka dalaman tu cepat sembuh.

Mandi, asben akan panaskan air campur daun lengkuas, serai wangi dan halia. Aku masukkan Uncang Cuci NR skali. Then mandi la suam-suam. Hangat jek rasa badan, selesa. Pastu baru sapu minyak urut NR tu, then pakai krim barut dia, pastu berbengkung. Bengkung pun asben tolong pakaikan. Huhu pasni bila dia dah mula bekerja, aku la pakai sendrik.

Setelah beberapa hari menggunakan set bersalin NR, nampak perubahan. Badan rasa bertenaga sikit. Aku baru je amalkan set ni dalam 5 hari camtu. Sebab Mak pesan, nak guna set bersalin, tunggu sampai bayi dah tanggal tali pusat. Ikut je la. Perubahan takde la banyak sangat, sebab baru lagi kan. Paling nampak, badanku ler. Wan kata dah susut sikit. Hee harus la. Nak jaga badan punya pasal.

Makanan dan minuman, minggu pertama memang aku sendiri yang catu. Sebab Wan kata after deliver, "Nape perut besar lagi?" Huhu. So nasi aku memang segenggam, air suam separuh gelas. Tapi bila time minum petang, boleh habis setin biskut mayat aku cicah dengan milo panas. Berselera betul. Sebab aku makan nasi sikit sangat. Mak pun bising tapi tak boleh nak buat apa-apa bila anaknya taknak. So untuk cover balik rasa lapar yang datang, aku ambik kurma, kismis dan buah epal bila lapar. Then aku dah taknak sekat-sekat air kosong sebab badan perlu air untuk proses perkumuhan, plus aku breatfeed jugak. Minum je. In sha Allah akan teruskan sampai la habis pantang.

Mak jugak tak bagi aku makan udang, ketam, sotong dan beberapa jenis ikan. Setakat ni aku makan ikan gelama, haruan dan tenggiri sajork. Makanan berkacang pun tak boleh. Termasuklah soya, tauhu dan kicap sebab berasaskan kacang. So protein ganti dengan ikan yang mak aku masakkan. Vitamin C penting, untuk pengecutan rahim dan penyembuhan luka dalaman. Aku amik anggur dan epal. Vitamin yang spital bagi tu aku tak makan pun, huhu. Jangan la contohi ye, sebab vitamin yang dey all bekalkan tu bagus untuk penyembuhan dalaman, cuma aku ni selalu lupa makan ubat-ubatan tu. Lebih suka consume straight dari sumber asalnya.

Setakat ni, tu je yang aku lakukan dalam tempoh berpantang. Best berpantang ni, tak payah buat kerja satu hapa pun. Mak aku tak bagi buat, dia suh aku tidokan anak, susukan anak, rehat, tido, online dan tengok tv jek. Makan pun berhidang masuk dalam bilik. Emm...yang tak bestnya. Mak aku masak best-best plak time aku tengah pantang ni. Sambal udang la, karipap daging la, labu masak lemak, ayam kampung ungkep...huwaaaaa!!!






Wednesday, September 11, 2013

Delivering a baby

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2013 12:22:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...I just delivered my baby, weight 2.95kg at HPSF, Muar last Saturday a 7.55pm, 31st August 2013.

***

Pagi tu, dalam pukul 5.30 aku dah keluar umah. Area aku ni, kalau kuar umah waktu cenggitu memang sunyi. Sedang aku menyetat enjin kereta, aku terperasan kucing jiran aku yang terlepas dari kandangnya, duduk depan gate umah diorang.

"Miawww...cukkk cukkk cukkkk"

Yes, kucing tu dah berada dalam keterku dalam sekelip mata. Memang manja kucing jiran aku ni, comel pun comel, spesis bulu tebal kembang-kembang tu. Aku culik kejap ye hehe. Lepas tu aku drive slow menuju ke Pasir Gudang untuk menjemput Incik Asben. Beliau bertolak dari Lumut malam tadi dalam pukul 9.

Sampai sana, fetch my husband then balik Masai semula. Pulangkan kucing noks. Plan hari ni, patutnya kitorang akan balik ke Muar. Sebab I punya cuti bersalin dah start dari hari Khamis hari tu lagi. So sambil-sambil balik kampung, ingat nak spent time ngan dia, jalan-jalan, makan-makan and dating la kiranya sebelum I melahirkan anak and start berpantang makan.

Sampai rumah, kusuruh dia berehat dulu, solat Subuh sementara aku sambung membuta sikit lagik. Tapi, sedang berborak-borak, tiba-tiba ada air mengalir kat kaki. Aku cuak. Terus lari ke bilik air. Laki aku pun cuak gak.

"Sayangg...macam nak beranak jek ni..." itu je yang mampu aku cakapkan. Aku call Mak, Mak kata aku mungkin mengalami kembar air. Maybe la, walaupun aku tak pasti apa itu 'kembar air' tapi melihatkan air je yang keluar, ye la kot. Airnye jernih dan tidak likat. Aku ingatkan air ketuban tu cam likat sikit. Ini tidak. Huhu

Then, mula la pikir nak kemana. Aku cuak-cuak gini, gi aje la memana spital. Tapi ni kat JB, satu hal plak pas bersalin nak balik Muar nanti. Pukul 7, Wan bawak sume barang yang aku dah pack siap-siap masuk dalam keter. Kitorang decide nak ke HSI. Aku dah cuak sangat ni, takut terberanak bila-bila masa jek. On the way tu, aku laparrr sangat. Drive-thru dulu. Puas mencekik bubur dengan beger, baru kitorang decide lagi skali, balik Muar terus la.

Aku dapat rasa air ketuban tu masih keluar lagi, rasa tak selesa sebab seat basah habis! Huhu tapi sempat plak terlelap tu. Sesekali aku celik, 140km/hr. Aku tutup mata balik. Dalam hati berdoa semoga dipermudahkan segalanya.

Sampai area Bukit Pasir, perut rasa lapar lagi. Aku mintak Wan carikkan kedai kuih tepi jalan. Tekak ni nak makan kuih manis-manis pulak. Tak ada pulak tu! Sampai kat spital Muar, cek jalan, ok, baru 2 cm bukak. So kene admitted ward then Wan pulak uruskan macam-macam. Kesian suamiku. Dahlah baru sampai dari Lumut, terus drive balik Muar, sampai Muar pulak bini masuk wad, dia uruskan GL, daftar itu ini...huhu.

Menjelang pukul 5 petang, mak abah sampai beserta makcik dan pakcik sedaraku. Masa tu aku dah tak mampu senyum lagi menyambut kedatangan diorang. Sebab rasa sakit dah makin kuat, kerap kali aku gi toilet, duduk lama kat toilet, buang air kemain banyak, then baru buang air besar...tu pun tak lega. Ok, rasa sakit bersalin tu macam rasa sengugut. Aku dapati, rasanya sama. Cuma double-kan rasa senggugut tu, haa dapat la rasa sakit bersalin.

Yang aku ingat, aku takut betul nak minum air by this time. Sebab aku dapat tau, minum air selusuh tu bukannya membantu sangat, cuma menambahkan rasa sakit je sedangkan jalan untuk baby keluar belum terbukak lagi. Wallahualam. So, sampaikan air kosong pun aku rasa takut nak minum. Tapi disebabkan haus sangat, aku teguk air rendaman bunga Neraca Fatimah yang mak bawakkan tu. Dua teguk jek. Cukup la.

By 6pm, aku dah get ready untuk masuk labour room. Wan la menyorong aku guna wheelchair. Tak dapat aku bayangkan betapa letihnya dia hari ni, dan aku plak rasa macam nak terbang je pergi labour room. Ini nak menunggu lif terbukak, pastu bapak jauhnya labour room ngan wad pesakit. Huhu

6.30pm, aku masuk labour room. Cek jalan, dah 5cm. So Sister tu kata, tunggu lagi dua jam sampai 8cm. Waaaa...aku dah rasa sakit giler dah ni. Aku tanya, bile tu agak-agak?

"Dalam pukul sembilan atau sepuluh macam tu..."

Aku mental dah. Sakit sangat dah ni. Pinggang sakit, perut sakit. Pastu Sister tu, doktor and nurse sume skali 5 orang blah meninggalkan aku sengsorang. Mak aih, lagi dua jam. Ntah camner, aku terasa sakit ya amat, takleh tahan dah, aku terus panggil doktor. Aku cakap aku tak tahan dah, diorang cek jalan lagi, kali ni 8cm. Heh, aku tak tunggu lama, teran aje.

Dua tiga kali teran tak berjaya. Diorang nak tinggalkan aku lagi, kali ni ade sorang jek nurse pelatih tu ditinggalkan dengan aku. Bila rasa sakit tu datang, aku teran aje. Kali ni, Alhamdulillah boleh teran. Tapi sakit woo nak meneran. Teran-teran tak kuar. Tensen. Aku pun penat. Sakit lagi. Nak menangis aku tapi takleh, sebab diorang tak bagi nanges. Tapi meleleh la jugak air mata aku, meleleh sebab kepenatan meneran. Ada satu masa diorang bagi aku rasa kepala bayi tu yang dah nak kuar.  Huu semangat terus nak meneran.

Bayi tu kuar-kuar je terus aku dengar tangisan dia. Aku bersyukur sangat, lega rasanya. Entah macam mana perasaan masa tu. Lega sangat..pastu tak berenti-renti aku cakap time kasih kat diorang yang berada dalam labour room tu. Sumernya sangat-sangat membantu. Part paling sakit masa kena jahit. Waa...aku tak rasa dibius pun. Rasa dia masuk jarum and tarik benang tu. Tapi aku bantaikan borak ngan tukang jahit tu and nurse pelatih tu. Bagi tak rasa sangat sakit tu.

Lepas tu, aku diberi minum air Wahi a.k.a. Milo panas. Leganya, terus terlelap aku sekejap dalam setengah jam camtu, sebelum doktor datang cek jahitan. Then kuar dari labour room, there he is. My husband. Aku senyum, dia pun senyum.

Malam tu dalam wad, dia temankan aku. Patutnya tak boleh tapi dia duk diam-diam je kat penjuru katil aku, nurse tak perasan. Aku tak berani lagi angkat bayi, tapi boleh je nak pegang and menyusukan dia. Asben yang angkatkan and letakkan kat aku. Dalam pukul 1 pagi camtu, dia tido kat lantai berselimutkan kain batik dan berbantalkan beg pakaian. Aku tak tido sangat malam tu. Sebab masih tak percaya aku dah melahirkan anak. Jadinya aku tengok suamiku, sayu rasanya. Hari ni dia letih betul. Aku tengok baby. Aku diam je, terkebil-kebil sengsorang.

***

Hari ni, dah hari yang kesepuluh anak kami lahir ke dunia. Namanya, Muhammad Raid Bin Syazwan. Minggu ni jugak merupakan minggu terakhir asben bercuti. Jawapnya, rindulah aku kat dia nanti.

Pengalaman melahirkan anak tu...tak tahulah nak cakap macam mana. Kalau tanya sekarang, bila anak kedua pulak...aku pun taktau bila. Nikmat melahirkan, tapi tak sanggup tang dijahit tu je. Eh, banyak jugak tak sanggupnya. Entahlah, Allah s.w.t. Maha Mengetahui segalanya, baik yang tersurat dan tersirat. Aku berdoa semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Ameen...