.

seposen untuk Porsche

Wednesday, September 11, 2013

Delivering a baby

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2013 12:22:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...I just delivered my baby, weight 2.95kg at HPSF, Muar last Saturday a 7.55pm, 31st August 2013.

***

Pagi tu, dalam pukul 5.30 aku dah keluar umah. Area aku ni, kalau kuar umah waktu cenggitu memang sunyi. Sedang aku menyetat enjin kereta, aku terperasan kucing jiran aku yang terlepas dari kandangnya, duduk depan gate umah diorang.

"Miawww...cukkk cukkk cukkkk"

Yes, kucing tu dah berada dalam keterku dalam sekelip mata. Memang manja kucing jiran aku ni, comel pun comel, spesis bulu tebal kembang-kembang tu. Aku culik kejap ye hehe. Lepas tu aku drive slow menuju ke Pasir Gudang untuk menjemput Incik Asben. Beliau bertolak dari Lumut malam tadi dalam pukul 9.

Sampai sana, fetch my husband then balik Masai semula. Pulangkan kucing noks. Plan hari ni, patutnya kitorang akan balik ke Muar. Sebab I punya cuti bersalin dah start dari hari Khamis hari tu lagi. So sambil-sambil balik kampung, ingat nak spent time ngan dia, jalan-jalan, makan-makan and dating la kiranya sebelum I melahirkan anak and start berpantang makan.

Sampai rumah, kusuruh dia berehat dulu, solat Subuh sementara aku sambung membuta sikit lagik. Tapi, sedang berborak-borak, tiba-tiba ada air mengalir kat kaki. Aku cuak. Terus lari ke bilik air. Laki aku pun cuak gak.

"Sayangg...macam nak beranak jek ni..." itu je yang mampu aku cakapkan. Aku call Mak, Mak kata aku mungkin mengalami kembar air. Maybe la, walaupun aku tak pasti apa itu 'kembar air' tapi melihatkan air je yang keluar, ye la kot. Airnye jernih dan tidak likat. Aku ingatkan air ketuban tu cam likat sikit. Ini tidak. Huhu

Then, mula la pikir nak kemana. Aku cuak-cuak gini, gi aje la memana spital. Tapi ni kat JB, satu hal plak pas bersalin nak balik Muar nanti. Pukul 7, Wan bawak sume barang yang aku dah pack siap-siap masuk dalam keter. Kitorang decide nak ke HSI. Aku dah cuak sangat ni, takut terberanak bila-bila masa jek. On the way tu, aku laparrr sangat. Drive-thru dulu. Puas mencekik bubur dengan beger, baru kitorang decide lagi skali, balik Muar terus la.

Aku dapat rasa air ketuban tu masih keluar lagi, rasa tak selesa sebab seat basah habis! Huhu tapi sempat plak terlelap tu. Sesekali aku celik, 140km/hr. Aku tutup mata balik. Dalam hati berdoa semoga dipermudahkan segalanya.

Sampai area Bukit Pasir, perut rasa lapar lagi. Aku mintak Wan carikkan kedai kuih tepi jalan. Tekak ni nak makan kuih manis-manis pulak. Tak ada pulak tu! Sampai kat spital Muar, cek jalan, ok, baru 2 cm bukak. So kene admitted ward then Wan pulak uruskan macam-macam. Kesian suamiku. Dahlah baru sampai dari Lumut, terus drive balik Muar, sampai Muar pulak bini masuk wad, dia uruskan GL, daftar itu ini...huhu.

Menjelang pukul 5 petang, mak abah sampai beserta makcik dan pakcik sedaraku. Masa tu aku dah tak mampu senyum lagi menyambut kedatangan diorang. Sebab rasa sakit dah makin kuat, kerap kali aku gi toilet, duduk lama kat toilet, buang air kemain banyak, then baru buang air besar...tu pun tak lega. Ok, rasa sakit bersalin tu macam rasa sengugut. Aku dapati, rasanya sama. Cuma double-kan rasa senggugut tu, haa dapat la rasa sakit bersalin.

Yang aku ingat, aku takut betul nak minum air by this time. Sebab aku dapat tau, minum air selusuh tu bukannya membantu sangat, cuma menambahkan rasa sakit je sedangkan jalan untuk baby keluar belum terbukak lagi. Wallahualam. So, sampaikan air kosong pun aku rasa takut nak minum. Tapi disebabkan haus sangat, aku teguk air rendaman bunga Neraca Fatimah yang mak bawakkan tu. Dua teguk jek. Cukup la.

By 6pm, aku dah get ready untuk masuk labour room. Wan la menyorong aku guna wheelchair. Tak dapat aku bayangkan betapa letihnya dia hari ni, dan aku plak rasa macam nak terbang je pergi labour room. Ini nak menunggu lif terbukak, pastu bapak jauhnya labour room ngan wad pesakit. Huhu

6.30pm, aku masuk labour room. Cek jalan, dah 5cm. So Sister tu kata, tunggu lagi dua jam sampai 8cm. Waaaa...aku dah rasa sakit giler dah ni. Aku tanya, bile tu agak-agak?

"Dalam pukul sembilan atau sepuluh macam tu..."

Aku mental dah. Sakit sangat dah ni. Pinggang sakit, perut sakit. Pastu Sister tu, doktor and nurse sume skali 5 orang blah meninggalkan aku sengsorang. Mak aih, lagi dua jam. Ntah camner, aku terasa sakit ya amat, takleh tahan dah, aku terus panggil doktor. Aku cakap aku tak tahan dah, diorang cek jalan lagi, kali ni 8cm. Heh, aku tak tunggu lama, teran aje.

Dua tiga kali teran tak berjaya. Diorang nak tinggalkan aku lagi, kali ni ade sorang jek nurse pelatih tu ditinggalkan dengan aku. Bila rasa sakit tu datang, aku teran aje. Kali ni, Alhamdulillah boleh teran. Tapi sakit woo nak meneran. Teran-teran tak kuar. Tensen. Aku pun penat. Sakit lagi. Nak menangis aku tapi takleh, sebab diorang tak bagi nanges. Tapi meleleh la jugak air mata aku, meleleh sebab kepenatan meneran. Ada satu masa diorang bagi aku rasa kepala bayi tu yang dah nak kuar.  Huu semangat terus nak meneran.

Bayi tu kuar-kuar je terus aku dengar tangisan dia. Aku bersyukur sangat, lega rasanya. Entah macam mana perasaan masa tu. Lega sangat..pastu tak berenti-renti aku cakap time kasih kat diorang yang berada dalam labour room tu. Sumernya sangat-sangat membantu. Part paling sakit masa kena jahit. Waa...aku tak rasa dibius pun. Rasa dia masuk jarum and tarik benang tu. Tapi aku bantaikan borak ngan tukang jahit tu and nurse pelatih tu. Bagi tak rasa sangat sakit tu.

Lepas tu, aku diberi minum air Wahi a.k.a. Milo panas. Leganya, terus terlelap aku sekejap dalam setengah jam camtu, sebelum doktor datang cek jahitan. Then kuar dari labour room, there he is. My husband. Aku senyum, dia pun senyum.

Malam tu dalam wad, dia temankan aku. Patutnya tak boleh tapi dia duk diam-diam je kat penjuru katil aku, nurse tak perasan. Aku tak berani lagi angkat bayi, tapi boleh je nak pegang and menyusukan dia. Asben yang angkatkan and letakkan kat aku. Dalam pukul 1 pagi camtu, dia tido kat lantai berselimutkan kain batik dan berbantalkan beg pakaian. Aku tak tido sangat malam tu. Sebab masih tak percaya aku dah melahirkan anak. Jadinya aku tengok suamiku, sayu rasanya. Hari ni dia letih betul. Aku tengok baby. Aku diam je, terkebil-kebil sengsorang.

***

Hari ni, dah hari yang kesepuluh anak kami lahir ke dunia. Namanya, Muhammad Raid Bin Syazwan. Minggu ni jugak merupakan minggu terakhir asben bercuti. Jawapnya, rindulah aku kat dia nanti.

Pengalaman melahirkan anak tu...tak tahulah nak cakap macam mana. Kalau tanya sekarang, bila anak kedua pulak...aku pun taktau bila. Nikmat melahirkan, tapi tak sanggup tang dijahit tu je. Eh, banyak jugak tak sanggupnya. Entahlah, Allah s.w.t. Maha Mengetahui segalanya, baik yang tersurat dan tersirat. Aku berdoa semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Ameen...



0 comments: