.

seposen untuk Porsche

Thursday, November 25, 2010

macam-macam

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/25/2010 12:45:00 AM 0 comments Links to this post
Jeng! Jeng! Jeng!!
Haaa..disebabkan aku ni bakal guru. Jadi sudah tahu dapat tempat untuk buat buat latihan mengajar. Hikhik..excited dowh! Tapi..excited pun, aku tetap cuak. Almaklumlah, semalam kite duduk kat meja, cikgu mengajar kat depan. Hari ni, kita duduk kat depan, budak-budak tido kat meja oppppsss hehe bukan i hokeh

Cuti dan final exam pun da setel. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari duit poket tambahan untuk semester depan. Actually bukanlah untuk semester depan sangat pon sebab ade scholar (Alhamdulilah...) tapi lebih kepada keinginan untuk berbelanja yang semakin membuak-buak. Sejak-sejak keje ni, semakin tinggi pulak keinginan beli kasut, beg..dan baju. Baju import dari hendon pulak tuh, haha memang untung si Asma duduk kat Indon tu meniaga ngan aku yang sedang bekerjaya nih. Lagi tu, pantang Jusco buat sale, aku la promoter yang merangkap pembelinya sekali tehehe

Ok, berbalik pada isu penakut. Aku tak dapat satu sekolah dengan Zatil, merangkap kulit (kacang) kat sini (aku kacangnye). So, masing-masing tercampak, jauh. Aku sorang-sorang. Ada la lagi 4 orang tapi tu sume bukan budak course aku pun, tapi takpe la, nampak semua pun ok jek hehe aminn aminn aminnn

Sekolah aku dekat dengan pantai. Ala, pakai gugel maps carik, bukan susah pun. Hujung jarry jek. Mat-mat saleh and minah saleh bikini tu perkara biasa kat situ ----> ok tipu. Pantai tu lebih kepada tempat orang buat maksiat (maksiat? muka terkejut). Haaa la, dengan orang buang sampah.

Dekat sekolah tu ada kuarters guru. Fully furnished dengar citer. Aku tak sempat usha lagi, baru budak-budak ni pergi tengok. Ha, sedang eloklah tu. Aku harap ada kelengkapan asas macam mesin basuh, tv, peti sejuk, dapur, almari, peti sejuk, set sofa mahogany, katil King size --- wah, over. Ala, setakat ada tv, katil dengan tilam, almari pun dah cukup bagi aku. Lain-lain, pandai-pandailah. Kata askar..kena la kentel!

Lain-lain, itu je la. Mak aku suh balik kampung pulak sebab nak pindah rumah. Hmm..terpaksa la aku memendekkan jangka hayat aku bekerja. Gaji tak masuk lagik, duit makin kering. Hujung minggu ni nak berjalan ke Kedah, waaaa celah mana pulak aku nak carik duit tuh!!!

Friday, November 12, 2010

yang tidak sempurna

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/12/2010 05:09:00 PM 0 comments Links to this post
kadangkala kau lupa tentang dia, dia dan dia yang pernah kusebut
kadangkala kau ketawa disaat mereka diam
kadangkala kau tersenyum sendirian
kadangkala kau diam, disaat aku tak mampu berbicara
kadangkala mesejku tidak berbalas
lantaran kamu jauh disana
kerapkali aku buat kamu rindu
lantaran aku kerap pergi
kadangkala kamu berbicara
entah apa-apa
tahan telingaku untuk mendengar
kamu
bukan bidadari
bukan juga Miss World
cantik tidaklah mana
memasak kerapkali hangus
menyanyi suaramu sumbang
tetapi
yang tidak sempurna inilah
buat aku senyum
yang tidak sempurna inilah
buat aku rindu
yang tidak sempurna inilah
yang aku sayang

Wednesday, November 10, 2010

dilema mertuamu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/10/2010 12:06:00 PM 1 comments Links to this post
Pernah terfikir bahawa ibu bapa pun ada dilema tersendiri? Tambahan pula bila anak teruna mereka bawak balik 2 3 orang calon sekaligus..hah hengkau. Pilih mana satu. Nak nak pulak semua-semua menepati citarasa. Yang itu lebih, kurang kat sini. Yang kat sana kurang, lebih kat situ.

Kalau anak perempuan, dihadap la 2 3 orang calon. Pun susah nak pilih. 'Nak yang hensem tu ke, atau yang tinggi lampai tu ke, atau yang mewah sikit tu ke? Eh, macam aku pulak nak kawin hehehe' - kunun-kunun suara hati seorang ibu.

Jadi, sebagai calon-calon, kita haruslah compete untuk memenangi hati mertua kita!