.

seposen untuk Porsche

Thursday, July 9, 2015

Raya Bertiga

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/09/2015 11:38:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Sawang rumah keempat aku ni. Almaklum busy mengalahkan Perdana Menteri. Laki aku beritahu baru-baru ni kami tak balik beraya pada hari raya pertama. Aku tak kisah sangat, sebab dia tak belayar. So aku rasa, it's not a problem at all.

Kali ni juga la aku akan masak sendiri untuk raya. Pelan dalam kepala ni macam-macam. Tapi tak tau la sempat ke tak nak membuatnya. Kalau seorang buat, mana yang larat je la masak. Rancangannya nak rebus ketupat, dendeng daging, ayam kampung masak kari, sambal kacang dengan lodeh. Lepas tu aku nak buat dessert trifle ataupun red velvet cuppies. Punya la planning dalam kepala. Kuih raya 3 jenis dah siap, ok la tu. Maklum nak sambut raya di rumah sendiri, harus eksaited walaupun tanpa mak abah.

Cumanya...ha ada lagi plak tu. Laki aku plak ajak balik kampung. Hangin la aku satu badan. Mana nak jumpa bini tak suka balik kampung? Aku sorang jek. Harus le, sebab aku ni plan nak beli barang weekend ni. Asben pulak duty minggu depan sampai Jemahat baru balik umah. Ceit! Mana sempat nak beli barang macam-macam dengan menu aku camtu.

Penin mak jemah!!