.

seposen untuk Porsche

Monday, March 28, 2011

bila rindu------>diet

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/28/2011 07:06:00 PM 0 comments
Ape nak buat kan? Bukak laptop, mengadap la benda-benda yang memacam ni ha. Esok nak kena observe untuk kali terakhir. Cuak..cuak..

Semalam aku call mak aku, rindu pulak kat orang tua tu. Aku pun terus bertanyakan pasal anak kucing kecik kat rumah tu...aiii, yang tu laaaaaagi aku rindu tehehe penawar suka duka si budak kecik tu. Manja..tapi tang mandi memanglah mewarisi sifat kekambingan emak dan bapaknya.



Buat masa sekarang, aku tengah berusaha diet nasik. Dulu aku pernah amalkan diet macam ni, sebulan tak makan nasik berat turun dekat 4kg jugak. Berkesan, badan pun nampak la perubahannya. Dan tak la terseksa sangat sebab setakat ganti dengan mee, roti dan spageti. Hee..boleh je aku hidup. Tengahari makan kuih atau spageti. Untuk hidangan malam, aku ambik bihun dengan sup ke..(feveret aku bihun kungfu + cili potong perghhh!).



Lagi satu diet, aku makan biskut Iko sahaja dengan air milo, teh hijau ataupun neskepe. Haa..yang ni memang berbaloi untuk kempiskan perut. Cuba la amalkan seminggu, dah nampak kesannya. Tapi terseksa batin ni oiii!! Karipap, samosa, mahupun lauk-pauk berminyak yang pedas dan sedap di kafe Indah Kembara aku tak bedal. Seksa tekak ouh. Waktu ni, biskut tu aku bawak bekal ke mana-mana pun. Agak terasa nak makan, aku makan la biskut tu.



Pernah gak aku cuba makan Nestle fitness fruits yang kepingan jagungnya punyalah....besar. Setiap hari aku ganti lunch dengan dinner aku makan benda tu selama seminggu. Ha, yang ni pun terbukti berkesan. Untuk waktu-waktu lain, kalau terasa nak mengunyah aku ambil buah jambu yang kering dalam paket hijau tu. Agak-agak tak cukup, aku minum milo ataupun makan coklat dengan kacang.



Lagi satu paling senang, aku ambil nasi putih. Tapi nasi putih tu 1/5 dari lauk. Aku lebihkan sayur (terutamanya jagung muda, sawi, brokoli, lobak merah dan kobis --> sayur veferet den) dan aku tak ambil ayam, aku ganti dengan sotong, udang ataupun ikan. Masa makan, air suam atau air masak je yang aku minum. Untuk malam, aku makan sup sayur atau daging. Yang ni nak kata diet, tak la jugak sebab tak bawak perubahan sangat pun. Cuma makan secara sihat jek.

Apa-apa pun, diet aku ni memang la tak berapa sihat sangat. Sebabnya kurang protein dan mineral, juga vitamin...karbo banyak la kot. Lagipun, aku diet bukan nak turunkan puluh-puluh kilo berat badan. Cuma nak buang 3 4 kilo jek hehe bagi maintain sket.

(pics kredit to atuk gugel)

Thursday, March 24, 2011

Cheras

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/24/2011 07:40:00 PM 0 comments


Cikgu : Ha, masa cuti hari tu ada pergi mana-mana tak?
Pelajar Y : Saya pi..cikgu!
Cikgu : Awak gi mana?
Pelajar Y : Saya pi Johor..
Cikgu : Iye, Johor yang tang mana awak pergi tu?
Pelajar Y : Kat Cheras, cikgu (dengan wajah innocent)

Wednesday, March 16, 2011

buat kesalahan itu 'tak apa'

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/16/2011 10:53:00 AM 0 comments
'Macam mana nak pandai English ek?'

Pertama sekali, minta maaf banyak-banyak kalau ada yang ingat aku poyo, koya atau pape je lah. Yang penting, itu antara soalan yang biasa ditanyakan. Tapi kat sini nak bagi tips-tips yang boleh la diamalkan untuk menguatkan penguasaan bahasa omputih ni.

1. Rajin-rajinlah menonton cerita omputih yang ada sarikata bahasa Melayu. Bukan apa, cuba tengok ayat-ayat yang mereka gunakan, tengok pulak bahasa Melayunya. Dan dalam hati, ulang balik ayat yang diorang cakap tu. Ini berguna untuk perbualan.



2. Kalau tengok cerita bahasa Melayu, tengok translating dalam bahasa omputih. Haa..ni kalau nak bina ayat bagus la, sebab ayat Melayu panjang meleret-leret. Sekali kau tengok dia transfer dalam bahasa omputih, pendeknye la hai.









3. Sekali sekala dengan kengkawan, cuba la bertanya atau bercakap dalam English. Contohnya :

   Ali    : Aku lapar la weyh...jum makan
   Abu : Eat...eat...eat...itu je lah yang ko tau.
  Ali    : Poyo la ko nak cakap omputih dengan aku plak
  Abu   : Aku tau ko jeles, aku hensem dan poyo cambagus speaking ngan ko plak kan?

Praktis ayat drama dalam perbualan. Malu tapi kena enjoy lah. Biar orang gelak, janji kita belajar sesuatu, tak gitu? Rileks sudah.



4. Tengok kartun! Yaa...kartun. Kartun biasanya menggunakan bahasa yang mudah difahami dan ringkas. Itu yang penting. Tapi dari segi kosa kata, kartun lebih sesuai untuk perbualan sebab kosa kata mudah dan susunan ayat menarik.

5. Yang paling penting, usaha! Tak ada usaha, tak kemananya semangat kita ni.

Tips kat atas ni berguna untuk perbualan kita seharian. Sebab kita ada 2 kebolehan berbeza. Ada yang boleh bercakap, tapi lemah menulis. Ada yang boleh menulis, tapi lemah dari segi percakapan. Kalau 2-2 boleh, Alhamdulillah... selamat berjaya! (n_n)

Tuesday, March 15, 2011

rentung dapurku!!!! -jerit mak

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/15/2011 09:16:00 PM 1 comments
Apa lagi, bila dah jumpa resepi senang macam ni, makin rajin jugaklah aku nak masuk dapur. Kata abah, macam mana nak kawen kalau tak reti masak bla..bla..bla..


Pandangan dari sisi kereta


Membuatnya agak senang, basic buat tat nenas. Tapi tak sangka selepas kejadian Red Velvet bantut tu kali ni menjadik plak. Tengok scone dekat Cameron hari tu pergi, huu~ RM12 satu set woo. Bapak mahal! Buat sendiri, lagi puas la menghadap mende alah ni.


Cara-cara penyediaan :

1 komputer riba (senang pakai laptop sebab mudah angkut ke dapur)
RM 15 (kos membuat bahan iaitu tepung kek, sultana, susu cair/segar, gula, butter)
Broadband berkelajuan 1gb
Blog resepi scone
Pembantu rumah a.k.a bibik untuk blender gula, cuci perkakasan memasak.. (aku belasah adik-beradik aku jek)




Nak makan senang je..dengan jem! Makan panas-panas best. Makan sejuk tak berapa sedap, tapi okey jek. Ikut tekak masing-masinglah.


Pandangan dari atas helikopter


Pandangan dari mata abah tehehe~

Sunday, March 13, 2011

balik kampung memang masa yang paling seronok

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/13/2011 11:04:00 PM 0 comments
gambar tolong cerita segalanya...


Dan minggu yang memenatkan di sekolah. Mengecat..mengecat...dan mengecat sampai berpanas dan demam terus. Huh..terima kasih pada pihak berwajib yang tolong beri kerja buruh kasar camnih.


Sungai Dua char kuey tiaw is the best! I bet you since i eat there (unfortunately it is small) and take away 'special' punya tehehe~


dan Horlick dia memaaaang 'kaw' (bukan 'kau'). Kedai ni dah pernah kuar paper, Metro kalau tak silap aku. Abang tukang masak pun hensem. Berbaloi la pergi.

Minggu sebelum tu pergi ke umah sedara kat Cheras bagi merehatkan minda. Bidor Station Kopitiam ialah tempat aku mengisi perut. Toleh-toleh kat dinding kedai, Ana Raffali dengan MUH pernah datang situ daa.. Masa aku datang, ada wartawan Utusan kot tengah interview pemilik tu.


Shuh..shuh..jari penyebok


Tapi roti bakar dia memang terrrbaek 


Ahahahahahahahahaha

Balik kampung, ada satu benda baru aku jumpa. Haaa, kerepek bijik durian. Pelik? Aku lagi pelik. Aku jamah sekeping dua je, dah orang bagi.


Rasa die pedas, manis dan masin sikit.