Pandangan dari sisi kereta
Membuatnya agak senang, basic buat tat nenas. Tapi tak sangka selepas kejadian Red Velvet bantut tu kali ni menjadik plak. Tengok scone dekat Cameron hari tu pergi, huu~ RM12 satu set woo. Bapak mahal! Buat sendiri, lagi puas la menghadap mende alah ni.
Cara-cara penyediaan :
1 komputer riba (senang pakai laptop sebab mudah angkut ke dapur)
RM 15 (kos membuat bahan iaitu tepung kek, sultana, susu cair/segar, gula, butter)
Broadband berkelajuan 1gb
Blog resepi scone
Pembantu rumah a.k.a bibik untuk blender gula, cuci perkakasan memasak.. (aku belasah adik-beradik aku jek)
Nak makan senang je..dengan jem! Makan panas-panas best. Makan sejuk tak berapa sedap, tapi okey jek. Ikut tekak masing-masinglah.
Pandangan dari atas helikopter
Pandangan dari mata abah tehehe~
1 comments:
tebanya cookies tu...
hehe
Post a Comment