Ape nak buat kan? Bukak laptop, mengadap la benda-benda yang memacam ni ha. Esok nak kena observe untuk kali terakhir. Cuak..cuak..
Semalam aku call mak aku, rindu pulak kat orang tua tu. Aku pun terus bertanyakan pasal anak kucing kecik kat rumah tu...aiii, yang tu laaaaaagi aku rindu tehehe penawar suka duka si budak kecik tu. Manja..tapi tang mandi memanglah mewarisi sifat kekambingan emak dan bapaknya.
Buat masa sekarang, aku tengah berusaha diet nasik. Dulu aku pernah amalkan diet macam ni, sebulan tak makan nasik berat turun dekat 4kg jugak. Berkesan, badan pun nampak la perubahannya. Dan tak la terseksa sangat sebab setakat ganti dengan mee, roti dan spageti. Hee..boleh je aku hidup. Tengahari makan kuih atau spageti. Untuk hidangan malam, aku ambik bihun dengan sup ke..(feveret aku bihun kungfu + cili potong perghhh!).
Lagi satu diet, aku makan biskut Iko sahaja dengan air milo, teh hijau ataupun neskepe. Haa..yang ni memang berbaloi untuk kempiskan perut. Cuba la amalkan seminggu, dah nampak kesannya. Tapi terseksa batin ni oiii!! Karipap, samosa, mahupun lauk-pauk berminyak yang pedas dan sedap di kafe Indah Kembara aku tak bedal. Seksa tekak ouh. Waktu ni, biskut tu aku bawak bekal ke mana-mana pun. Agak terasa nak makan, aku makan la biskut tu.
Pernah gak aku cuba makan Nestle fitness fruits yang kepingan jagungnya punyalah....besar. Setiap hari aku ganti lunch dengan dinner aku makan benda tu selama seminggu. Ha, yang ni pun terbukti berkesan. Untuk waktu-waktu lain, kalau terasa nak mengunyah aku ambil buah jambu yang kering dalam paket hijau tu. Agak-agak tak cukup, aku minum milo ataupun makan coklat dengan kacang.
Lagi satu paling senang, aku ambil nasi putih. Tapi nasi putih tu 1/5 dari lauk. Aku lebihkan sayur (terutamanya jagung muda, sawi, brokoli, lobak merah dan kobis --> sayur veferet den) dan aku tak ambil ayam, aku ganti dengan sotong, udang ataupun ikan. Masa makan, air suam atau air masak je yang aku minum. Untuk malam, aku makan sup sayur atau daging. Yang ni nak kata diet, tak la jugak sebab tak bawak perubahan sangat pun. Cuma makan secara sihat jek.
Apa-apa pun, diet aku ni memang la tak berapa sihat sangat. Sebabnya kurang protein dan mineral, juga vitamin...karbo banyak la kot. Lagipun, aku diet bukan nak turunkan puluh-puluh kilo berat badan. Cuma nak buang 3 4 kilo jek hehe bagi maintain sket.
(pics kredit to atuk gugel)
Monday, March 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment