.

seposen untuk Porsche

Tuesday, June 16, 2015

Mood

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/16/2015 09:17:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Lama tak menulis, maka banyak jugalah bahagian yang tidak disimpan secara rasmi. Rasmilah sangat, walhal sekadar blog jer pun.

Beberapa minggu kebelakangan ni, mood memasak kembali menurun. Dalam kesibukan snap gambar makanan, tapi disebabkan satu dua juadah kurang menepati selera, lantas turut affect mood juga.

Ada lagi sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Seronok rasa, tapi tak seronok pun ada juga memikirkan raya kali ni terpaksa balik kampung mertua. Heh, biasa la tu. Aku menantu biasa-biasa yang tak berapa gemar balik rumah mertua. Nak buek camno, dah ambik anak tepaksa la ambik mak bapak sekali. Haish.

Baru-baru ni pergi ke butik tudung kawanku lantaran aku menempah beberapa helai tudung Bawal Ratu beliau yang memang best untuk dipakai. Aku sedar mata Ummi seronok memerhatikan kerongsang-kerongsang Swarovski yang harganya puluhan ringgit. Emm aku memang takla membelikan walau ku tahu dia mengharap. Hehe maklum menantumu pun pakai singget punya brooch, takat nak beli brooch puluhan ringgit dalam mimpi mungkin.