.

seposen untuk Porsche

Monday, May 31, 2010

busuk

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/31/2010 07:38:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

jadik kadet, busuk
jadik junior mids, busuk
jadik midshipment, busuk
sedang naik jadik Lt. M, busuk

busuk
busuk
busuk

dah la busuk, hitam pulak tu
jalan kaki tertempang-tempang
muka berminyak
badan bongkok sebab letih
bau peluh masam
toleh belakang
ade budak u mane entah, muntah
nampak seketul-seketul ape yang die bedal sebelum masuk padang kawad
tekak aku pulak naik kembang

jadual tauliah
0500H bangun, mandi, siap-siap pakai uniform
0600H setel subuh, terus turun sarapan
0630H ambik M16 dan terus berbaris
0700H masuk padang, jalan dulu seround dua padang dengan bawak natang 2.96kg tu
1030H rehat, minum air panas teh atau nescafe
1100H sambung kawad
1200H abes kawad, g makan, rehat-rehat
1400H sambung kawad
1700H kawad setel, balik bilik and solat
1600H makan malam, muster (berbaris), solat maghrib
1800H latihan amik watikah kat dewan pulak
2300H/2400H/0300H setel latihan, baru balik bilik and zzz...

Saturday, May 22, 2010

ape yang penting

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/22/2010 09:29:00 AM 3 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

sejak-sejak bapak aku mengumumkan dia dan emak tak dapat datang pentauliahan aku, aku jadik kurang semangat sikit nak menghadiri tauliah. mana taknya, bila lagi nak tunjukkan kat diorang yang aku nampak smart, kachak, hensem dan cantik bergaya dengan baju-baju uniform Navy tu..something yang membuatkan diorang bangga sikit dekat anak daranya yang seorang ni..

terus, serentak dengan kejadian yang agak memilukan dan menghampakan ni, aku terus mengubah konsep sambutan hari penting aku. dulu konsep aku bila ada hari penting ialah, orang-orang penting pun mesti ade celebrate dengan aku. sekarang ni konsep aku, hari tak penting, yang penting ialah orang yang ada dengan aku setiap hari. mungkin dengan cara ni, aku lebih menghargai orang sekeliling aku...

Thursday, May 20, 2010

Dia lebih tahu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/20/2010 10:35:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

dulu waktu sekolah, aku memang tak berapa kenal sangat dengan sorang manusia ni. tak rapat pun. tahu nama jek, then tegur-tegur pun sekadar angkat kening. aku pun tak berapa minat dengan dia ni sebab mulut dia agak kureng asam sikit. so, tegur macam tu je la.

sampai satu masa, ada satu ketika satu benda buruk terjadi atas diri aku. dan mereka yang aku sangka kawan selama ni, mula mengasingkan diri. dan tiba-tiba 'dia' muncul, and tegur aku dengan eloknye. mungkin nampak kot muke aku yang macam pemintak sedekah waktu tu, elok pulak dia ni.  perangai mulut sedikit laser tu aku buang jauh-jauh, even die pun penah me'laser' aku tapi, dia da mintak sorry, aku pun ok je la. dalam diam, dia bagi semangat kat aku untuk keep moving on walau ape pun jadik.

'Benarlah firman Allah, "Boleh jadi apa yang kamu benci itu lebih baik buat kamu dan kemungkinan apa yang kamu suka itu sesuatu yang tidak baik untuk kamu." Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana dia Maha Mengetahui segalanya.

Monday, May 17, 2010

potong lagi

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/17/2010 09:53:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

'amoi..mau potong macam mana?' tanya nyonya tu sambil mengurai-urai rambut.
'kasi pendek sikit sudah la,' balasku. nyonya tu angguk-angguk. beberapa minit kemudian, aku terkejut melihat hasilnya.

AAAAA!!!! KENAPA PENDEK CAM LADY DIANA NIH?!!!

nyonya tu cam bengang tengok reaksi aku terhadap hasil keje die.
'you punya rambut memang pendek. paras leher saja pun tak cecah maa~'
ooo ye ke? heheh patut la potong sikit pun terus pendek.

Friday, May 14, 2010

langsuir mengembek

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/14/2010 11:23:00 AM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

waktu : sekitar pukul 2 pagi
situasi : atas katil, setting mawu tidur

satu..
dua..
tiga..
empat ekor kambing masuk kandang..mmbekk
lima..
enam..
tujuh..
lapan ekor kambing masuk kandang..mmbekk
kambing da berpuluh ekor masuk kandang, mata makin ngantuk, mesej tak jugak sampai2. menaip pakai kaki ke dia nih?

baru sedar, malam ni lain betul. suasana kampung aku sunyi...sepi... takde bunyik burung kuang-kuit, takde bunyi kereta lalu lalang mahupun motor, sejuk.. aku tarik comforter tutup badan. panas pulak. aku buang comforter tepi kaki. tiba-tiba

kreeenggg!!!
atap zink betul-betul atas aku berbunyi. serentak itu, aku dengar bunyik satu benda besar terbang. bunyi macam mengepak. tapi sangat besar. tak semena-mena, aku rasa seram sejuk. dengar bunyik tu, seram sejuk aku jadiknya. makin segar pulak mata ni. aku beranikan diri, intai lubang dekat dinding.

lubang tu cukup untuk mengintai situasi kat luar rumah. dan aku nampak, satu benda putih, terbang dari satu pokok ke pokok getah yang lain...

serentak itu, phone aku berbunyik. aku toleh atas katil. huh, baru nak reply! aku toleh semula ke lubang tadi. hambik kau, terpacak dah makhluk tu kat depan aku.



*ok, perenggan last tu tipu, aku terus tido akceli.

Thursday, May 13, 2010

perhatian: Partner diperlukan!!!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/13/2010 09:13:00 AM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

anda hensem?
kacak?
tinggi lampai?
kaya?

ok,kriteria ni hanyalah kriteria sampingan. tak ada pun tak apa (yang nombor 4)

kriteria utama : Lelaki dan Bujang

bertempat di Eastern and Oriental Hotel, Penang pada 12 Mac 2010, jam 2000H akan diadakan satu dinner, rasmi. tapi partner boleh pakai bebas (tidak termasuk swimsuit). dinner ni bagi meraikan pegawai-pegawai muda yang baru ditauliahkan pagi tu.

ini perkara serius. jadi, sila ambil serius jugalah yek. bayaran makanan sebanyak RM250 sudah pun disetelkan, secara rasminya, anda pergi lenggang kangkung berbekalkan pakaian di badan dan ic (kot-kot la nak masuk kalabun malami kat sebelah hotel tu). penginapan turut ditanggung di Desasiswa Indah Kembara dengan kadar semalam sahaja. lain-lain, setel sendiri.

seriously, e n' o is one of the best hotel i've ever been! trust me, bcuz on our first year at Penang, we need to find a hotel that suits to our dining for Navy, and i found that this classic hotel really got my eyes. it is rich, the ballroom is like the one you saw in disney's fairytale, elegant. what else can u ask more? PR dia, yang jumpa kami masa tu, hencem! hikhik ok, lari topik.

so, sesiapa yang berminat. please do so to contact me. leave a comment. and there will be some other girls jugak yang memerlukan partner. semuanya ganteng-ganteng (cun-cun)




told ya, breakfast di tepi laut

serene~

walkway luas membolehkan u olls kuruskan badan

sebab supposely i bring my abah, then die kata 'abah nak jalan-jalan la dengan mak malam tu.' aish..honeymoon barangkali. gambar ballroom gagal ditemui. picture credits to me.

Sunday, May 2, 2010

anjing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/02/2010 02:14:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

masing-masing mata merah. lebam jek bawah mata. penerangan Laskar tu agak bosan, pasal perahu layar, laser la senang citer. akhirnye, pukul 9 lebih Jurulatih suh tukar baju bagi yang nak main kayak. heh, pergi tempat tu untuk belajar pasal laser, tapi last-last naik kayak jek.

kerana kemengantukan yang amat sangat, tak terbendung langsung gamaknye. aku, Jue, Bibi, Aida. 4 orang ni pergi jauh dari Boat House. kira tempat strategik, hujung pantai betul. di mana pasirnya sejuk, pokok kelapa dan batu besar. 4 orang ni tergolek. huish, nyenyak tidur sampai tak sedar... orang lain panas-panas peluh hitam (yek!) main kayak dengan air masin, yang 4 orang ni bedal tidur.

'JUE!!!!!
ZA!!!!!
BIBI!!!!!!
AIDA!!!!!'

masing-masing celik mata. uish..sedap tido. bukak mata, Kemey berdiri. cekak pinggang. panggil balik ke Boat House sebab semua da habis main kayak. sampai kat sana, masing-masing mencekik minum pagi, mee goreng dengan teh panas. fuh, sedappp..bangun tidur terus makan, apa tak nikmatnya. lepas tu mula la sekor-sekor

'aii..baru makan? orang lain da abes makan dah..'
'mak haih, korang pergi mana ni? korang tido eh?'
yang ni kurang asam, cakap kuat-kuat. tapi ade lagi paling haram..
'korang tido kat hujung sane tu eh? (sambil jari tunjuk kawasan kitorang tergolek) eee...kat situ ade anjing lalu la..'
'jeles la tu kitorang tido,' balas kami.
'korang kene samak ni. tadi anjing lalu kat situ. najis!!'


ini rupe laser tersebut. sume pun sibuk nak posing


kayak-ing..


antara duyung yang sempat jadik manusia


what the...


turtle...


yeah, kegirangan selepas cukup tidur