.

seposen untuk Porsche

Friday, December 19, 2014

Yang Keterlewatan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/19/2014 08:36:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Semalam penjawat awam sudah menerima kemasukan gaji bulan Disember. Gaji awal sebab minggu depan sambutan kismas. Sekali aku cucuk, baki gaji aku hanyalah 3 angka. Naik terbeliak mata aku depan mesin ATM. Pesal aku punya tak masuk lagi?

Lepas tu barulah aku teringat, dokumen aku dari Johor baru je sampai sini 2 bulan lepas. Mesti diorang tengah proses dokumen and buat pusat pembayaran gaji baru untuk aku. Mulalah aku terfikirkan hutang yang menimbun. Bila aku kira-kira semula, hutang aku sama jumlahnya dengan gaji aku. Macam manalah aku hidup selama ni? Betullah kata orang, orang yang kaya itu ialah orang yang tidak mempunyai hutang.

Tadi, nak isi minyak kereta yang dok lip lap lip lap dari semalam pun membuatkan aku menyelongkar seluruh isi rumah. Kot ada duit terselit celah mana. Dalam hati menggunung harapan, moga-moga adalah sekeping dua not merah terselit. Cukuplah asalkan minyak keter tak berkelip. Asalkan dapat aku ke pasar. Hidup minggu ni pun berdasarkan belas ihsan suami. Maka terpaksalah aku berbelanja ciput-ciput dan beli apa yang perlu sahaja.

Sudahlah esok adik ada interview. Aku dah book kan homestay. Gaji tak masuk, macam mana nak bayar homestay. ASB lambat lagi boleh keluarkan. Kalau tak boleh jugak aku mengorek sikit-sikit nak tampung celah mana tak cukup. Baru plan nak jalan-jalan tapi nampak gayanya tak jadik.

Mungkin lepas hantar adik aku interview, kami balik ke rumah mertua dahulu. Aku bukan nak mengumpat, tapi sekadar meluahkan. Letihnya balik rumah mertua ni. Kadang aku terasa nak carutkan aje. Tanggungjawab aku hanyalah pada suami. Bukan pada abah mertua. Dia yang bertanggungjawab pada suami dia. Kenapa tinggalkan?! Hangin beb.

Tapi elok jugak kalau aku balik ni, mak mertua tak ada. Kihkihkih. Instead of my talent on cooking, I don't like to be forced to cook. When I was forced, you can see the results of the food. Kadang tu tak sedap, terkering lah, masin lah...urghh!

Hope balik kampung ni, usahlah deme mengajak pergi memana. Aku tengah kering, Bila la payment nak masuk...tsk..tsk..

Tuesday, December 16, 2014

Kudrat Empat Tulang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/16/2014 10:02:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t

Sebaik sahaja pulang ke pangkuan suami, aku penuhkan aktiviti harian dengan membesarkan Raid di depan mata. Sememangnya terasa cabaran apatah lagi bila si busuk tu menumpahkan nasi di atas karpet. Apalah yang aku mampu lakukan selain berlari ke dapur sambil menangis...hewhew... Nak marah tak boleh, kecik lagi. Bukan dia paham pun. Sudahnya..aku cakap je la lembut-lembut. Hai la anak, sabar je la.

Sejak suami mengikuti kursus diver ni, sangatlah bizinya beliau melayan kerenah orang atasan. Kalau tak sempat lunch, aku kan hantarkan apa-apa juadah yang aku beli...beli ya, aku tak la rajin sangat. Hari tu tibe-tibe mintak dibuatkan barbeku. Udah aku le menjadi mangsa memerap ayam. Aku campakkan aja serbuk cili, ketumbar dengan jintan manis. Lepas tu aku campak gula merah. Dah.

Hari ni pulak, dia nak makan tengahari kat rumah kitorang. Mau tak terbeliak mata aku. Elok aku setting kepala nak tido pukul 1 tengahari, aku dapat call dari asben bitau orang atasan dia nak join lunch. Udah le aku goreng ikan dengan kangkung je. Udahnya, aku mintak diorang beli lauk ayam goreng dengan nasi aje. Sebab aku memang masak nasik ukur-ukur 3 perut. Lepas tu, aku goreng lagi kangkung seikat. Mujur jugak pergi pasar pagi tadi beli 2 ikat. Lepas tu, aku gorengkan telur dadar.

Setelah meneliti penceritaan suami aku mengenai orang atasan dia yang kuat menge'pow' tu. Aku dapat rasakan dia kurang kasih sayang + cemburu. Bini dia kat East, doktor kat sana. Dia kat sini. Bila orang lain nak balik lunch...dia tak bagi. Dia ajak temankan dia lunch dan orang lain bayar. Hari tu, dihayaknya bebudak kursus (temasuk le laki aku) main futsal pukul 11 malam. Aku rasa nak menjerit sebab laki aku balik pukul 1 lebih. Sapa tak takut duk umah dengan anak je!!

Lepas tu, ada jugak dia ajak bebudak kursus pi karaoke. Emmph..dari situ aku simpulkan dia tu kesunyian. Berdasarkan pengalaman aku yang pernah terlibat dalam aktiviti ketenteraan macam ni, kalau kau seorang senior, kau nak ke makan dengan kadet-kadet kau dimana kau seorang sahaja senior? Unless kau gila-gila rapat dengan diorang dan kau kenal diorang ages ago. So, aku assume dia keseorang dan memerlukan teman. Since most of his squad already have their family here. He's a lone ranger. And he uses his title to forced people befriends with him. Sedih.

Sebab tu aku prefer untuk mengajar diri sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Tidak setiap peringkat dalam kehidupan kita, kita ada teman. Kadang-kadang, kita akan keseorangan. Jadi, bersedialah untuk itu.

Aku dapatlah simpulkan...bahawa dia sangat kesunyian. Aku harap dan berdoa...semoga tiada seorang pun dari ahli keluargaku berperangai seperi itu. Bahaya jika memaksa-maksa orang belanja makan ni. Takut jadi tak ikhlas, dan makanan itu jadi haram pulak. Sebab belanja terpaksa.