.

seposen untuk Porsche

Saturday, June 4, 2016

Ramadhan ya Ramadhan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/04/2016 11:32:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, lagi beberapa hari nak menyambut Ramadhan, semoga sempat bertemu hendaknya. Almaklumlah, hidup mati ni rahsia Tuhan, siapalah kita nak meramal. *tibatiba

Semakin dekat dengan due, semakin berdebar pun ada. Persiapan kali ini, biasa-biasa saja. Almaklumlah, perancangan awalnya nak beraya dahulu. Jika ditakdirkan terberanak awal, aku redha ajelah melihat kuih dan muih, beraneka maaaacam makanlah jangan hanya dipandang (nyanyi)~~ Muahahah

Malam ini berkenduri pula di rumah. Makanya menjadi seorang anak, haruslah aku mencadangkan kita upah Katerer aje! Mujur emak juga awal-awal lagi merancang nak upah katerer dek kerana tak larat nak masak dah. Lagipun, tenaga kerja kurang hari ini. Anak dia lagi sorang baru habis kursus Palapes di Terengganu makanya tak dapat balik kampung. Tinggal la anak dara berempat, tolak mak buyung sorang, dah tinggal la tiga. Tiga-tiga ni rajin, tapi rajin melayan Raid je lah. Hehe rajin di dapur perlu dikerah baru bergerak.

Baju raya pun tak bertempah. Emm...mananya tak bertempah. Aku sudah berkirim salam dengan kawan yang lakinya kat Dubai. Sudah kukirim kuharap adalah. Kihkih. Aku tengok IG seller melampau jual up rege sampai seratus jugaklah dari yang member aku ni jual. Tertelan gigi aku dibuatnya *hanya retorik - gigi masih cukup*.

Sekejap lagi akan mulalah proses memasak nangka masak lemak campur babat. Tapi babat takde. Tu perancangan awal. Nangka dimasak bersama ayam. Pun voley.

Malam-malam sikit baru update lagi masuk gambar makanan dan suasana plak. Bolehlah menjadi tatapan sahabat nun jauh di perantauan...eh, perairan. Hewhew till then, chiao

Sunday, January 31, 2016

Tidak mudah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/31/2016 07:52:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Baru-baru ni ketika pulang ke kampung, terdengar khabar kurang enak (pada aku la) mengenai sepupu yang baru menerima segulung ijazah. Dengan sehelai kertas itu, dia mengharap untuk menerima gaji yang sesuai dengannya. Mak ayahnya pula runsing. Sudah habis belajar, PTPTN masih menunggu untuk dilangsaikan, anak dara pula masih menunggu tawaran kerja yang sesuai. Kerja kilang tak mahu, ikut katering pun tak mahu.

Aku hanya terdiam tatkala mendengar perkhabaran itu. Lain situasi anak tersebut dibesarkan, lain pula cara dia berfikir untuk menyelesaikan masalahnya (jika itu satu masalah). Aku bukan orang senang, terang-terang cakap. Selepas tamat SPM, aku kerja kilang. Bersama seorang rakan. Rakanku kerja sehari. Esoknya tak muncul-muncul lagi. Katanya letih. Mahu kerja di tempat yang lebih selesa. Masa kami pergi carik kerja minggu sebelumnya, rata-rata kedai jual pakaian di pekan kecil itu milikannya bukan orang kita. Lantas tak mahu pekerja seperti kita, apatah lagi pakai tudung.

Lepas STPM, aku ikut kursus Bahasa Inggeris di Bangi. Di sana aku menampung hidup dengan saki baki biasiswa tingkatan 6. Maklumlah, yuran pengajian dan tempat tinggal ditaja, tapi makan sendiri. Memang mahal kos makan kat sana. Tapi lauk pauknya amat menyelerakan. Namun, jika sekali makan RM10, aku mencari kerja sampingan. Mujur ada kawan-kawan yang mahu berniaga jual roti sosej dan kek batik serta nasi lemak. Aku mengambil upah jual bilik ke bilik. Sehari gajiku RM5. Bermula pukul 6 petang hingga 7 lebih. Jadiklah, RM5 tu aku buat makan malam pulak.

Semasa di universiti, aku masih lagi mencari peluang kerja sambilan. Kerja sebagai cashier/penjaga kedai di Koperasi desasiswa kami. Gaji mengikut shift dan ada ketika aku dapat RM80 sahaja. Aku pun bekerja hanya pada hari Sabtu dan Ahad saja. Alhamdulillah, dapatlah menampung kos makan.

Di tahun akhir, aku kerja di Jusco. Sales assistant je. Tapi muai. Gaji RM900 paling banyak aku dapat. Kalau tak dalam RM650 je sebulan. Itu pun aku masuk kerja setiap hari pukul 6 petang sampai 11 malam. Hari Sabtu dengan Ahad aku masuk pagi, pukul 10 sampai la malam. Saja buat OT sebab nak dapat lebih. Tapi kadang-kadang tu Supervisor tak bagi, sebab barang pun apalah sangat yang diorang jual. Hari-hari makan nasi lemak lauk telur mata. Kalau tak pun, makan nasi putih lauk sayur kobis goreng dengan sambal. Ada satu tenant kat food court yang jadi tempat makan aku dengan member. Pakcik tu kira murah je, Rm2-Rm3 je sekali makan. Air tak beli sebab bawak sendiri.

Tamat pengajian, balik ke kampung, masih lagi tidak dipanggil mana-mana tempat. Jadinya, aku kerja di 7 Eleven dengan gaji RM700 sebulan. Di sini, sistem gaji ialah sebulan dua kali. Maknanya setiap 2 minggu aku dapat RM350. Jadilah.

Kemudian aku mintak kerja di sebuah kilang perabot. Kerjanya lebih mudah, hanya jadi front girl je, macam receptionist dengan gaji RM700. Aku rasa lebih lega sebab tak perlu kerja shift, kejap malam kejap siang kejap petang. Baru dua bulan bekerja, bos aku suruh aku belajar mengenai jenis-jenis kayu dan penyimpanan data. Gaji naik lagi RM150. Aku syukur sebab ye lah, kerjanya bermusim. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang takde langsung. Tetapi, di kilang ini aku belajar mengenai mereka yang digelar bangsa Cina ini. Cara kerja mereka sangat mantap. Waktu bekerja semuanya serius. Jika rehat, mereka rehat. Aku tak pernah tengok diorang masuk lambat.

Sehinggalah aku dipanggil untuk ditemuduga posisi kini. Alhamdulillah. Aku rasa apa yang penting sekali, redha. Kerjalah apa pun selagi ia mendatangkan rezeki yang halal dan berkat. Sebab dari situ, kita belajar untuk terima seadanya. Kalau tak rasa susah, macam mana nak rasa senang.






Sunday, November 22, 2015

Mak Jemah Bijak Berbelanja (MJBB)

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/22/2015 08:34:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Kebelakangan ni (akceli baru bulan ni) Jemah (bukan nama sebenar) telah boros berbelanja sampai Asben pun kata benda yang serupa. Pembiayaan ASB Jemah terpaksa ditanggung oleh Asben kerana Jemah telah habiskan petty cash Jemah yang selama berbulan-bulan Jemah kumpul.

Jadi, oleh kerana perbelanjaan isi rumah terpaksa ditanggung Asben sepenuhnya, maka Jemah pun secara tak langsung menerima budget yang sangat tight. Jemah dah tinggalkan tabiat Jemah untuk order brownies chewy gooey dari member Jemah kerana hal ini.

Jemah juga sudah mula untuk membeli lauk-pauk stok peti ais untuk setiap minggu. Kadang-kadang tahan dua minggu kalau Jemah rasa Jemah bizi. Yaa...Jemah akan beli juga nasi bungkus, tapi hanyalah sebungkus. Kerana Jemah perasan Jemah makan sikit dan anak makan banyak.

Setiap kali beli lauk seperti ayam, ikan dan udang, Jemah akan pastikan lauk tersebut dipek dalam bekas yang kecil. Ini kerana kalau kita simpan sekilo udang dalam 1 bekas besar, nak masak nanti kena tunggu defrost semua baru boleh ambik sikit.

So Jemah rasa Jemah bijak (perasan lagi), Jemah gunakan plastik yang Jemah beli di Ikea beberapa bulan lepas dan bahagikan lauk-lauk tersebut. Contohnya, setiap kali masak udang butter, kami memang akan makan paling kuat pun 4 ketul seorang, so Jemah akan letak 8-10 ketul udang dalam 1 beg. Dan lagi 8-10 ketul dalam beg yang lain.

Begitu juga dengan ayam dan ikan. Untuk ayam, Jemah hanya beli bahagian peha dan tight sahaja. Sebab itu bahagian feveret. So akan ada 2 ketul untuk setiap pek.

Jemah juga telah menanam sifat bahawa makan di luar belum tentu selamat. Sebab Jemah selalu terpengaruh dengan status FB yang dikongsi rakan-rakan mengenai santau, udang tak siang, sotong yang hanyir dan sebagainya. Jemah akan sedaya-upaya masak juga walaupun kadangkala hauk. Ternyata memasak mengurangkan kos makan di luar. Contohnya makan di luar walaupun nasi goreng dan teh ais, Tentu tentu dah cecah paling kurang rm6. Tapi Jemah berkeluarga, so paling kurang rm20 dah tentu terbang.

Jemah rasa, kalau masak tu rm20 dapat dah peha ayam dan tight 4 ketul, tambah dengan ikan siakap saiz sederhana. Boleh dah buat lauk untuk 3 hari sekurang-kurangnya.

Jemah juga memastikan Jemah tak beli mainan anak sesuka hati. Itu ialah feveret Jemah yang terpaksa dibuang. Baru-baru ni Jemah membelikan anak set Lego made in China, jenis blok yang besar berharga rm68. Jemah tak bayar, Jemah mintak suami bayarkan. Jadi, perbelanjaan jimat sedikit disitu.

Jemah juga menghadkan permainan 'kutu' kat ofis. Kak Pah, akak di opis Jemah telah membuka 14 group kutu. Dia juga menghasut Jemah untuk join 3-4 group sebab katanya, tahun depan Jemah naik gaji. Tapi Jemah cuba bertahan. Sebab Jemah nak full control dekat perbelanjaan bulanan and cash yang Jemah ada. Jadi Jemah join 2 group sahaja. Cukuplah. Selebihnya, Jemah nak lebihkan pada bayaran pengasuh kalau boleh. Pengasuh anak Jemah sangatlah letih, Jemah hantar pepagi buta dan ambil pada lewat petang.

Jemah juga memastikan sebelum shopping, perut akan diisi terlebih dahulu. Ini kerana, shopping dengan perut lapar akan meningkatkan nafsu untuk membeli. Shopping dengan perut kenyang akan mengurangkan nafsu membeli. Cubalah!

Sekian tips MJBB. Yang buruk jadi teladan, yang baik jadi panduan.

.