.

seposen untuk Porsche

Tuesday, August 31, 2010

it is almost impossible to smile on the outside, without feeling better on the inside

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/31/2010 12:27:00 AM 0 comments
Toastmaster Club (TMC) ialah sesuatu yang baru yang baru bagi aku. Selama ni memang aku aktif berkelab bagai sejak zaman sekolah lagi. Tapi, aktif sebab nak markah merit jek, tu yang jadik GP (gila pangkat) sebab nak merit tinggi-tinggi.

Sejak join TMC ni, aku dapat rasakan sesuatu yang lain --->suspen tak? heheh untuk maklumat lanjut pasal TMC, kat sini.


Apa yang aku belajar, setiap senyuman manusia tu, mesti ada kisah tersendiri. Senyuman tu macam satu pelindung untuk sorok kisah sedih supaya orang kenal kita, seolah-olah hidup kita indah jek.

Apa yang paling aku tak sangka, mereka-mereka yang kongsi kisah sedih sebagai 'ice breaker' tu adalah antara, orang-orang yang aku tengok, selalu gembira. Orang yang pandai buat lawak, selalu buat kengkawan ketawa. Orang yang selalu senyum, bagi perangsang kat orang lain. Orang yang kuat, berdikari. Orang yang kuat bekerja, selalu nak kesempurnaan dalam setiap perkara. Orang-orang inilah.

Sampai satu masa, orang-orang yang aku rasa sempurna ni, mempunyai banyak kisah yang diorang simpan. Simpan dalam satu kotak, lepas tu buang kunci kotak tu.

Aku tak retilah nak cerita macam mana, tapi kadang-kadang, kita tengok orang tu gembira, ceria jek, kita selalu ingat hidup dia pun mesti bahagia manjang. Tapi sebenarnya tak! Sebab manusia senyum untuk berbagai sebab. Mungkin mereka senyum, sebab mereka tak mahu orang bersedih tentang kisah silam mereka. Mungkin mereka senyum, sebab nak sembunyikan kesedihan, marah ataupun kecewa. Atau paling simple, diorang senyum sebab nak buat orang lain happy.

Aku belajar, di sebalik senyuman tu, ada 1001 kisah yang disembunyikan. Dan mereka yang mampu senyum disebalik derita yang ditanggung tu, ialah orang yang benar-benar kuat.
*
*
*
Bagus kalau hantar berperang nih.

Wednesday, August 25, 2010

pilihan terbaikkah?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/25/2010 04:40:00 PM 1 comments
seldom feels like this. when there's a time that i need to make decision, i make up my mind too. i was certain, am not going to look back.

but there's also a time, when i've decided, and then i was thinking back. is this the best thing to do? when it wasn't certain, i wasn't sure whether it was the right choice. and guilty take place.

at one point, i need to step on my feet. here's my choice.

i'm sorry for everything. i'm just being nice but sometimes, i wasn't on the right track.

of all, this might be the time. i don't know. i'm just...guess. don't blame me. i'd do nothing. you're the one who get yourself with it.


***

mati ko lipas. sape suh masuk celah-celah meja aku?!

Thursday, August 19, 2010

anak dara dan periuk karan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/19/2010 12:02:00 AM 2 comments
kisahnya begini:

satu hari, seekor jerung jalan-jalan di tesco. lalu teringat yang bliau ade periuk karan kat bilik. tetiba jerung terasa mahu memasak. takkan nak masak ikan plak? tak patut. lalu...


ok, bayangkan ini lemon...ah, ni udang

bagaikan lemon cendawan tumbuh selepas hujan

siput ape ayah?
siput lemon babi
siput ape?
siput lemon babi..
siput spe?
siput la....%#$@

setahun jagung dan setahun enoki (cendawan pepanjang tuh)

ramalanku benar belaka mengalahkan sotong paul

bagaikan lemon ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul

haa, ni aku taktau nak letak peribahasa apa dah
biasa pakai Adabi? Knorr? ni lagi best

sape makan lemon cili, dialah rasa pedasnya.
makcik ni bertanggungjawab menjadikan steamboat kami sedap

lupe lak, ade ayam tadi. bila presentation takde orang nak judge, ade aku kesah main campak je dalam mangkuk? haha


jangan terpedaya dengan wajah ayu dan cun..ni lah jerung yang terbabit dalam kejadian rentung bilik tuh (n_n)
overall, jangan jadikan alasan sebagai penghalang untuk kita!



Tuesday, August 17, 2010

khas untukmu wanita

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/17/2010 12:30:00 AM 1 comments
adakah aku yang gila? ataupun memang sifat perempuan yang sukakan barangan free?


ok, mula-mula bayangkan ini lemon

MySpace


dan lepas tu ada 4 5 6 7 8 lemon lagi


oh, rupa-rupanya ada banyak lemon!! lebih dari 8 pulak tu


aaaa...ada pengutip lemon rupanya...


dan ada beribu-ribu lemon!!! wahhhh..
(oh ya, itu bibik yang diupah bagi mengerjakan lemon-lemon terbabit)


yaaa..bila ada barang free aku jadik gila!

kisahnya bermula bila kene isi borang survey dan dapat 1 kotak. satu sahaja. dan kemudian, dapat tahu petang tu pukul 3 mereka akan edarkan secara free. Aida dengan murah hati hantar aku pergi kelas tutor dan sebelum pergi kelas, kami serang van Libresse (gambar van takde sebab takut diserang oleh orang lain). yeeehaa!! lepas tu, kami unpacked dan repack balik yang telah di pack-kan tuh. haha jual kat pasaran gelap dan dapatlah berbuka mewah-mewah.



ok, tipu. akceli jadikkan stok untuk setahun.

MySpace

best gilosss

Saturday, August 14, 2010

hobi baru Ramadhan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/14/2010 07:10:00 PM 0 comments
sempena bulan Ramadhan nih, bermula hobi baru iaitu...




pic kredit to me



haa..kumpul resipi kuih raya la, pe lagi? hmm..dalam kepala ni macam-macam plan nak menghanguskan dapur rumah memandangkan semester ni USM murah hati bagi cuti raya 2 minggu. masuk Ramadhan ke dua je aku dah tepon mak, semangat nih,

'mak, orang dah carik resipi kek ni. kek belacan yang mak mintak tu pun ade. nanti balik kite buat eh?'

'jangan warm-warm chicken poops sudah,kak,' balas mak separuh memerli. mengikut kejadian once sepon a time dulu-dulu..buat kek tinggal-tinggal sambil tengok tv, hangus la kek tu. selamat kek coklat, kau siram je la coklat cair atas kek tu, haha takdenye nak rasa hangus-hangus tuh.

oh ya, minggu lepas berlangsung la majlis Makan Malam Rejimental bertempat di Berjaya Hotels, Penang. seronok masuk Palapes ni, banyak betul dinner yang kene attend. sedar-sedar, 3 tahun da abes dekat 2k untuk makanan kat hotel saja. sungguh tak ku sangka. MMR ni, time makan lampu tutup, ade lilin jek kat meja makan, pastu makan ikut muzik. asal orkestra main lagu, suap makan. abes je lagu, sekelip mata pinggan hilang dari depan mata.


salad. omputih ni tak tinggal salad tiap kali makan. tang ni, musik da abes main pun aku curik-curik makan lagi. heheh pinggan orang lain tak licin, pinggan aku tak tinggalkan jejak langsung!

seafood chowder. sedap. balik umah nak wat.


lemon sorbet. sedap gak

oven baked steak with three pepper corn sauce. sayangnye daging liat, aku prefer yang grilled.


tiramisu. yang ni aku suka..sedap sangat



dan penutupnya..biskut dengan kopi susu. haha, kampung kan? biskut coklat hazel tu sedap walaupun rupanya takla semenggah mana. haa..gambar dihambek oleh Saypoi memandangkan kamera phone aku ni tak clear amik gambar dalam gelap, kalau pakai flash, carik pasal namanya.




memang yang mental tang makan la, tapi apa-apa pun..enjoy. hmm..berbalik pada cerita kuih raya aku tadi, bile boleh balik kampung nih?

Thursday, August 12, 2010

looking through the glass window

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/12/2010 08:18:00 PM 1 comments
tadi on the way dari USM nak ke Komtar dalam bas Rapid, bas berhenti dekat satu simpang tu, traffic light merah. seat aku tepi tingkap,so aku tengok ke luar. sebelah kanan aku ade sebuah van warna merah hati, dalam tu ade sepasang warga emas, dua orang budak kecik. sorang tu dalam lingkungan usia 5 tahun, sorang lagi bayi, dalam dekat-dekat 12bulan camtu, dalam pelukan makcik.

khusyuk aku tengok pakcik tu buat mimik muka dekat bayi dalam pelukan makcik tu. main-main dengan bayi tu. makcik tu gelak-gelak. makin galak aku tengok pakcik tu buat reaksi-reaksi muka. tanpa sedar, aku tersenyum melihat telatah pakcik tu. siapa bayi tu? cucu dia ke..anak dia ke..

teringat aku, kecik-kecik dulu mesti seronok betul abah terima anak-anak dia. bahagia abah aku mungkin sama dengan wajah bahagia pakcik and makcik tadi. tapi bila semakin besar, anak-anak yang dimanja disayang masa kecik tu berubah sifat. dari yang menyenangkan ati, jadik semakin menyakitkan hati. agak-agak la, mesti abah kecik hati kan? abah menyesal tak sebab dia sayangkan anak-anak dia dari kecik, tapi bila besar..anak-anak buang abah..

hmm..(T_T)

Wednesday, August 11, 2010

oh puasa!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/11/2010 06:04:00 AM 0 comments
pagi ni bersahur dengan cornflakes, susu dan madu mentah. MySpace
malam tadi telefon mak aku, aku tanya dia apa rancangan bersahur. huuu~dia sebut lauk simple-simple je tapi berjaya membuatkan aku rasa 'adus..kenapa la aku tak dapat sambut puasa dengan diorang.' sebab kalau kat kampung, waktu bersahur aku punya nafsu makan mencanak-canak. lebih hebat dari waktu berbuka (ini fakta, bukan auta). sebab tu badan cepat naik kalau duduk kampung tehehe..
lepas tu aku mengadu, aku bersahur ala-kadar jek. mak aku tak la bising, tapi ayat dia tu "ala,kak, syukur je la dengan apa yang ada. orang tengah perang tu, ntah-ntah sahur tak makan, buka pun tak makan." huuuhukhuk
MySpace
padan muka, tak reti nak bersyukur langsung!

Thursday, August 5, 2010

terima kasih

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/05/2010 10:22:00 PM 0 comments
terima kasih. kerana jawapan-jawapan aku tu, jelas membuktikan kau tak buat apa-apa, kau tak jalankan tanggungjawab yang diberi. walhal aku tau kau buat kerja kau. sebab kau cerita kat aku sebelum kau cerita kat orang lain. tapi aku jawab aku taktau apa-apa bila orang tanya.

terima kasih, sebab selama ni perkara yang aku buat, aku tak pernah fikir macam mana orang rasa. aku sakitkan hati orang, aku buat orang kesian kat aku dengan alasan-alasan aku, banyak kali aku buat, kau sikit pun tak kisah. tapi bila kau sekali je, buat macam tu kat aku, aku tak boleh terima.

terima kasih.


Tuesday, August 3, 2010

kenapa lelaki perlu melabur?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/03/2010 07:44:00 PM 1 comments
pic credit to aku



kesian tengok kaum Adam, perlu bekerja keras untuk macam-macam perkara yang kadang-kadang bukan untuk dia pun, tapi dia kena jugak kerja keras untuk orang lain.

situasi 1 : nak kawen..ape yang aku tak ada? rupa paras macho, kalah anak pakcik Miskin ngan pakcik Ahmad. badan ketul-ketul idaman gadis seMalaya, kehidupan ok. aku tak merokok, bibir merah merekah. baik pun baik, awek pun ada...tapi kenapa aku tak boleh kawen lagi? Sebab kerja aku...adush...setakat lepas aku makan bole la. mana nak bayar sewa rumah, bil telefon, topap awek, makan minum, bagi mak lagi, tak campur dengan tolak Ptptn bulan-bulan. cik awek asyik tanya 'bila abang nak masuk meminang, mak dah tanya tu...' aii..emaknye nak kawen dengan aku ke aku yang nak kawen ngan anaknye ni. huish, pening pening. kawen mau 10k hantaran, tak campur masa bertunang, dan cik awek yang berangan honeymoon kat luar negara. ketix betul cik awek aku ni, demand melampau..hmm duit duit

situasi 2 : aku da kawen, binik aku tengah sarat tu. tunggu lagi sebulan dua kuarlah penyambung generasi keluarga aku. aku cukup syukur mase binik aku beritahu 'abang, ayang berbadan dua! ade tadpole dalam perut ayang!!' oh,cukup gembira. tapi fikirkah binikku itu akan sembilan bulan akan datang? lampin bayi kena beli, kalau bliau jenis orang zaman dulu-dulu pakai lampin kain basuh hari-hari takpe jugak, ini minah moden. lampin pakai buang. susu bayi lagik..mahal betul susu sekarang. kan bagus kalau binik aku dapat provide susu sampai la anakku itu membesar. aish...duit duit...simpan bulan-bulan pun tak cukup sebab lama-lama mesti kena kikis punya.

situasi 3 : seronok aku tengok anak-anak aku. Jehan umur 5 tahun, Fahrin umur 7 tahun. tak lame lagi masing-masing masuk sekolah rendah, lepas tu sekolah menengah dan universiti. semua pakai duit. binik aku pun sarat mengandung lagi sorang (mengandung lagik!). rezeki rezeki. tapi...semua pun pakai duit. masuk sekolah, yuran kena bayar, yuran kertas peperiksaan la, yuran PIBG la, yuran keraian la, padahal budak tu bukan pergi pun mesyuarat PIBG, kertas pun banyak mane la diorang guna. bukan jawab esei tapi yuran sampai RM60. dah masuk universiti lagi la, adui...takkan nak jual tanah sebidang kat kampung, nanti tua-tua aku nak balik kampung, tak larat duduk bandar. sekarang memang menyimpan, tapi deliver anak kedua aku dah terpaksa korek. binik aku pergi pusat melangsingkan badan. habis ribu-ribu. tahniah binikku. adui...duit duit

aku terpengaruh dah dengan kawan aku nih. ramai gak melabur dalam ASB, pinjam dekat bank 10k, 20k, 30k, then masuk dalam ASB, lepas tu bayar bulan-bulan ikut perjanjian pinjaman. kalau pinjam 10k, bulan-bulan bayar rm80, tapi tengok pulak berapa tahun ikat pinjaman tu. ni untuk masa depan, tunggu la sampai habis kontrak pinjaman, mungkin masa tu dalam akaun akan ada...100k? tak mustahil.

ok, memang la berhutang, tapi antara hutang kau dengan PTPTN yang bunga je meningkat, dividen tak dapat. atau hutang dengan bank, dapat untung melalui ASB...mana kau nak?

aku jadikkan bapak aku sebagai mentor dalam hal ni. mungkin ada bapak-bapak lain di luar sana yang lebih berjaya melabur tapi itu merekalah. cuma...was was terhadap duit yang dilaburkan tu ke arah mana. apa-apa pun, bersangka baik itu lebih bagus dari fkir bukan-bukan. mari la melabur untuk simpanan masa depan!!