.

seposen untuk Porsche

Saturday, August 14, 2010

hobi baru Ramadhan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/14/2010 07:10:00 PM
sempena bulan Ramadhan nih, bermula hobi baru iaitu...




pic kredit to me



haa..kumpul resipi kuih raya la, pe lagi? hmm..dalam kepala ni macam-macam plan nak menghanguskan dapur rumah memandangkan semester ni USM murah hati bagi cuti raya 2 minggu. masuk Ramadhan ke dua je aku dah tepon mak, semangat nih,

'mak, orang dah carik resipi kek ni. kek belacan yang mak mintak tu pun ade. nanti balik kite buat eh?'

'jangan warm-warm chicken poops sudah,kak,' balas mak separuh memerli. mengikut kejadian once sepon a time dulu-dulu..buat kek tinggal-tinggal sambil tengok tv, hangus la kek tu. selamat kek coklat, kau siram je la coklat cair atas kek tu, haha takdenye nak rasa hangus-hangus tuh.

oh ya, minggu lepas berlangsung la majlis Makan Malam Rejimental bertempat di Berjaya Hotels, Penang. seronok masuk Palapes ni, banyak betul dinner yang kene attend. sedar-sedar, 3 tahun da abes dekat 2k untuk makanan kat hotel saja. sungguh tak ku sangka. MMR ni, time makan lampu tutup, ade lilin jek kat meja makan, pastu makan ikut muzik. asal orkestra main lagu, suap makan. abes je lagu, sekelip mata pinggan hilang dari depan mata.


salad. omputih ni tak tinggal salad tiap kali makan. tang ni, musik da abes main pun aku curik-curik makan lagi. heheh pinggan orang lain tak licin, pinggan aku tak tinggalkan jejak langsung!

seafood chowder. sedap. balik umah nak wat.


lemon sorbet. sedap gak

oven baked steak with three pepper corn sauce. sayangnye daging liat, aku prefer yang grilled.


tiramisu. yang ni aku suka..sedap sangat



dan penutupnya..biskut dengan kopi susu. haha, kampung kan? biskut coklat hazel tu sedap walaupun rupanya takla semenggah mana. haa..gambar dihambek oleh Saypoi memandangkan kamera phone aku ni tak clear amik gambar dalam gelap, kalau pakai flash, carik pasal namanya.




memang yang mental tang makan la, tapi apa-apa pun..enjoy. hmm..berbalik pada cerita kuih raya aku tadi, bile boleh balik kampung nih?

0 comments: