.

seposen untuk Porsche

Tuesday, August 31, 2010

it is almost impossible to smile on the outside, without feeling better on the inside

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/31/2010 12:27:00 AM
Toastmaster Club (TMC) ialah sesuatu yang baru yang baru bagi aku. Selama ni memang aku aktif berkelab bagai sejak zaman sekolah lagi. Tapi, aktif sebab nak markah merit jek, tu yang jadik GP (gila pangkat) sebab nak merit tinggi-tinggi.

Sejak join TMC ni, aku dapat rasakan sesuatu yang lain --->suspen tak? heheh untuk maklumat lanjut pasal TMC, kat sini.


Apa yang aku belajar, setiap senyuman manusia tu, mesti ada kisah tersendiri. Senyuman tu macam satu pelindung untuk sorok kisah sedih supaya orang kenal kita, seolah-olah hidup kita indah jek.

Apa yang paling aku tak sangka, mereka-mereka yang kongsi kisah sedih sebagai 'ice breaker' tu adalah antara, orang-orang yang aku tengok, selalu gembira. Orang yang pandai buat lawak, selalu buat kengkawan ketawa. Orang yang selalu senyum, bagi perangsang kat orang lain. Orang yang kuat, berdikari. Orang yang kuat bekerja, selalu nak kesempurnaan dalam setiap perkara. Orang-orang inilah.

Sampai satu masa, orang-orang yang aku rasa sempurna ni, mempunyai banyak kisah yang diorang simpan. Simpan dalam satu kotak, lepas tu buang kunci kotak tu.

Aku tak retilah nak cerita macam mana, tapi kadang-kadang, kita tengok orang tu gembira, ceria jek, kita selalu ingat hidup dia pun mesti bahagia manjang. Tapi sebenarnya tak! Sebab manusia senyum untuk berbagai sebab. Mungkin mereka senyum, sebab mereka tak mahu orang bersedih tentang kisah silam mereka. Mungkin mereka senyum, sebab nak sembunyikan kesedihan, marah ataupun kecewa. Atau paling simple, diorang senyum sebab nak buat orang lain happy.

Aku belajar, di sebalik senyuman tu, ada 1001 kisah yang disembunyikan. Dan mereka yang mampu senyum disebalik derita yang ditanggung tu, ialah orang yang benar-benar kuat.
*
*
*
Bagus kalau hantar berperang nih.

0 comments: