.

seposen untuk Porsche

Saturday, September 4, 2010

popia

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/04/2010 07:09:00 PM
inti dah siap buat tadi, tunggu sejuk je lepas tu boleh la aku gulung popia tu. siap fikir-fikir dalam kepala, aku suka inti popia penuh-penuh sebab aku bosan bila beli popia kat luar, inti sikit, kedekut, lepas tu inti cuma sengkuang semata (uish..tak puas hati benar nih). ha, nak tambah lagi, inti tak sedap, rasa pun tak ada. lepas tu charge la sekeping popia 30 sen, 40 sen!

cadangnye nak berehat sebentar. sementara tunggu inti sejuk, aku baring-baring sambil godek netbook adik aku. terlelap.
*
*
*
bangun tidur..aku pergi dapur. selak tudung saji, tengok-tengok
AAAAAAAAAAA!!!!!!!
'mak, sape buat nih?'
'zana buatkan. dia kata kesian tengok kau buat inti, sampai tertidur...'



hukhuk...popia aku~

1 comments:

Anonymous on September 4, 2010 at 10:38 PM said...

haha =)